Thursday, April 23, 2009

Welcome To Sandakan

Salam kawan² kali ni aku nak bercerita tentang kampung halamanku, Ya betul! Sandakan, Sabah. Aku di lahirkan di daerah ini dan mendapat pendidikan awal di sini, Time aku naik Form 2 aku berpindah ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran dan balik ke Sandakan setelah aku Form 4 kemudian berhijrah lagi ke Semenanjung semenjak aku berumur 18 tahun. Eh apsal pulak cerita pasal sekolah ni ngeeee... :P, Sandakan merupakan daerah yang terbesar di negeri Sabah tapi bukan Ibu Negeri, Ibu Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu, kat bawah ni aku nak story sedikit info tentang Sandakan.

Pengenalan
Mengikut catatan Sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu iaitu "SANDAK" yang bererti "pajak gadai". Jadi pengertian keseluruhannya adalah "bandar yang di pajak gadai". Sandakan terletak kira-kira 1,900 kilometer dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia dan hanya kira-kira 28 kilometer dari sempadan negara Filipina. Bandar Sandakan telah wujud sebagai sebuah residensi semenjak tahun 1948. Sandakan telah dipilih sebagai Bandaraya pada 02.02.2002 dan mendapat gelaran "Sandakan Bandar Alam Semulajadi", Setiap daerah pasti ada tarikan tersendiri dan bagi aku, Sandakan daerah kelahiranku mempunyai banyak tarikan... Selain daripada pusat pelancongan

Penduduk
Penduduk Sandakan terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, Kadazandusun dan suku-suku lain seperti kaum Bugis, Bajau, Murut, Sungai, Suluk dan sebagainya. Mengikut Bancian Penduduk 2000 penduduk yang terdapat di daerah ini adalah seramai 368,916 orang , mengikut pecahan :

* Bumiputera = 168,478
* Bukan Bumiputera = 86,208
* Bukan Warganegara = 114,230

Hurmm... ramainya bukan warganegara, namun itulah lumrah penduduk di Sandakan, kerana sempadannya hanya 28 kilometer daripada Filipina membuatkan ianya sering dilawati oleh orang luar. Apa yang aku suka pasal Sandakan ni sebab kedudukan bandar dan kampung yang berada di tepi laut membuatkan aku pernah menjadi seorang Nelayan, ingat lagik masa sekolah dulu² selalu lepak di Tembok Pasar tengok sunset... Alahai rindunya... Bukan sekadar tengok Sunset siap boleh memancing lagi. Sandakan jugak merupakan Pusat Pelancongan kerana mempunyai Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok iaitu salah sebuah Hutan Asli Terpelihara dimana kawan² buleh tengok Orang Utan, Bukan saja Orang Utan, Monyet Belanda pun ada, Sepilok terletak 14 Batu daripada Pusat Bandar dan 8 Batu dari Pusat Bandar terdapat satu Taman Buaya. Haizz Sandakan... I miss You...

9 comments:

Ann said...

sabahan rupenye..sabah mmg tkenal ngn laut yg cantik..hrp dpt pegi satu hri nnti..

Unknown said...

really nice place to visit. :)

Dee said...

cantiknyer..x sabar nk gi kk n labuan bulan 7 nti..

Leenoh said...

Subhanallah, cantiknya, buat satu entri paparkan gambar cantik-cantik utk kami dan juga benarkan kami copy, tak payahlah kami pergi snap di sana. hehehe.

Ivy Metaga said...

oh..orang sabah rupa nya, yup sabah bnyk tmpt cantik terutama nya island nya...

sutera putih bertukar pink,,, said...

ahhhhhhhhhhhhhhhh..........
nak g sabah!!!!!
sekian.

edan coba said...

Tringin nyer nk g sana...
tp apakn daya..
:)

Asz Azmi said...

nak tanya2.. btol ke kat sandakan ni fomous dgn pasar dia? btol ke? teringin nk g sabah... tggl sabah jer lg yg xpernah pegi.. len negeri semua dah pergi..huhu..

Ady Syam said...

Asz - Yups!!! Sandakan ikan dan sayur murah, dan pasar dia macam2 ada... lebih kurang macam pasar pilipin di Kota Kinabalu... Ada rezeki jalan2 laa ke Sabah :D