Thursday, May 28, 2009

Maintenance

Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan, sila rujuk pada label dan archive yang sedia ada untuk rujukan.

P/S : Orang komplen blog aku berat... lambat nak bukak... so aku buat slow² untuk selenggarakan balek... :) Chaiyok!

Makan Pun Boleh Dapat Duit

Makan di Island Red Cafe (IRC) - Dapat Duit !! Dua bulan dapat komisen RM86,009.07 !!!

Salam Kawan²... Percaya atau tidak itulah hakikatnya makan pun boleh dpat duit, hari ni aku diberi tugas untuk publishkan cerita ini oleh bos aku sendiri. Bagaimana boleh dapat duit dengan makan? Senang sebab semua orang perlu makan nasi dan lauk-pauk setiap hari. Ubah saja tabiat makan direstoran yang tak bagi komisen kepada restoran yang bagi komisen! Ah kepada sesiapa yang suka makan kat luar tu eloklah tambah pendapatan dengan mengikuti program ini.

Klik Gambar Untuk Saiz Besar
Macam mana dapat wang besar?

Jadi ahli Island Red Cafe dengan membeli prepaid voucher yang dimasukkan dalam debit card anda.

Anda dapat 20% diskaun semua makanan yang anda pesan melalui debit kad anda.

Tiada tarikh luput untuk anda guna wang anda itu.

Anda akan diberikan dua website

1. Website syarikat untuk anda lihat maklumat komisen dan hiraki anda.
2. Blog anda sendiri untuk anda guna marketing.

Jangan Lepas peluang ini, kepada yang berminat untuk mengetahui plan dan strategi program ini, sila hubungi saya di talian 016-6189594 / 03-87390423 atau hubungi web rasmi kami di www.kmlcentre.com

Wednesday, May 27, 2009

Tukar Domain Tunggu Cek


Salam... Lama aku tak merepek kat blog sendiri ni ngeee :P, minggu ni aku slow sikit berblogging sebab tempat kerja aku sekarang ada banyak kerja. sebelum ni boleh rilek² depan komputer tapi sekarang... hampir setiap minggu ada saja penghantaran nak di buat ke sana ke sini ke situ ke siti nurha... hehehe... dan sebelum aku berehat untuk minggu ni aku nak tinggalkan beberapa pesan kat kawan² yang mana aku dah tukar domain... domain ni free jer dan aku nak ucap jutaan terima kasih kepada bro Daus yang sudi memberi tunjuk ajar, kalau korang nak domain macam aku punya ni kontek laa beliau... urut² skit sure dia ajar punya :P heuheuheue...

Dulu domain asal maysyda.blogspot.com kini aku dah tukar kepada ady.via.my Pengungjung masih bisa ya mengunjungi blog gua dengan domain yang lama kerna domain baru ini dan yang lama masih berfungsi seperti sediakala.. ya ampun.. ngapain sih bisa jadi begini. ok laa sebab aku tukar domain sebab suka hati aku laa heuheuheu ok ok laa sebenarnya aku nak elak kontroversi dari awal lagi yang mana ramai pengunjung sangka aku adalah seorang wanita aiyoyo!~ maysyda nama aku kalau diterbalikkan... maysyda=adysyam. harap² dengan domain baru ni pengunjung dan kawan² masih setia bersama blog Sederhana Itu Indah
Alhamdullillah setelah 3 bulan aktif (2 bulan sebelumnya tak aktif) dipersada blogger kini aku berjaya jugak buat duit dengan Nuffnang :P ngeee... rezeki... rezeki... syukur... berblog pun boleh dapat duit.
Kepada kawan² yang nak ajukan soalan tentang nuffang atau masalah blog boleh email aku di adysyam2001@yahoo.com atau add jer YM kita chat terus :) Insyallah kalau aku free aku tulun yang terdaya...

Tuesday, May 26, 2009

Tutorial Disable Right Click


Tutorial ni request dari cik tieha... Dan soalan beliau begini kat shoutbox "hehee.thnx...nk belajar cane xnk kasik right click copy tu..cane ek..?" Ok kat sini aku akan terangkan 2 cara bagaimana hendak menghilangkan fungsi right click di dalam blog.

Cara² nak masukkan script tersebut seperti berikut

Pertama
1. Login ke ID Blogger atau terus ke "Dashboard"

2. Klik "Layout" kemudian pilih Bahagian "Edit HTML"

3. Cari code <body> (CTRL + F Kalau nak senang carik) kemudian gantikan dengan code <body oncontextmenu="return false;"> kemudian save, dan settle!!!(Asas)

Kedua
Cara ke 2 boleh guna cara ini dan tak perlu guna cara di atas. "Add a Gadget" dan pilih "HTML/JavaScripts" dan masukkan code seperti dibawah dan save!.

Code:
<script language=JavaScript>
<!--

//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com

var message="Function Disabled!";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>

Tambahan
Text amaran boleh di ubah mengikut kesukaan anda dengan menukarkan var message="Funtion Disabled!": dengan perkataan anda sendiri.

Semoga Berjaya :)

Monday, May 25, 2009

Hidup Sihat Jantung Sihat



Berhenti Merokok
Para penyelidik telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Harungi Hidup Dengan Tenang
Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan.

Jantung Sihat Sepanjang Hayat
Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?
Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

Maklumat tambahan
Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut.

Sumber : KML Centre

Saturday, May 23, 2009

Night At The Museum 2


Movie lawak ni memang best, semalam aku dengan wife tengok kat tempat biasa di MBO Ampang, satu panggung gelak dibuatnya, watak² yang tak banyak berubah dari filem pertama dan ditambah denga beberapa watak baru ke dalam filem kedua ini membuatkan ianya lebih kelakar dan "adventure"! Jom layan sinopsis filem ni sedikit.

Larry Daley (Ben Stiller) seorang lelaki yang berjaya, mempunyai syarikat alat peralatan canggih untuk kegunaan rumah selepas 2 tahun meninggalkan kerjayanya sebagai Pengawal Keselamatan Muzium. Namun memiliki syarikat yang besar dan berharta bukanlah sesuatu yang Larry impikan kerana hidupnya telah berubah daripada seorang pengawal kepada hartawan. 2 tahun tidak berkunjung ke muzium yang dulunya adalah empat kegembiraannya berubah apabila suatu hari Larry singgah ke muzium, semua patung² didalam muzium tersebut akan dipindah ke Washington pusat pameran terbesar di dunia.

Melalui tajuknya Battle of the Smithsonian, Larry terpaksa pergi ke Smithsonian untuk menyelamatkan rakan² patungnya apabila Kahmunrah iaitu abang kepada Ahkmenrah raja firaun ingin menakluki bumi dengan memanggil bala tenteranya daripada zaman silam melalui jongkong emas yang menghidupkan kesemua replika didalam muzium tersebut.

Memang kelakar giler!!! apalagi tunggu lagi isikan hujung minggu anda dengan membawa keluarga ke pawagam yang berhampiran... pasti terhibur!!!

Tuesday, May 19, 2009

Rahsia Bulan Cinta


Setiap orang dilahirkan dalam bulan berbeza mempunyai sifat-sifat tersendiri ketika bercinta. Berikut adalah ramalan 12 bulan sikap setiap orang dalam bercinta. Namun jangan jadikannya sebagai satu kepercayaan, tetapi cukup sekadar hanya sebagai panduan dalam melayari dunia cinta.

JANAURI
* Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan.
* Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintainya sekiranya dikhianati.
* Sukar setia pada yang satu.
* Pandai mengambil hati tetapi mudah melukai.
* Selalu berdiam diri ketika bertemu pasangan.
* Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Sikap cemburu yang tinggi tetapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya.
* Pasangan ideal: Lahir bulan 3,6,8,11

FEBRUARI
* Sukar untuk jatuh cinta tetapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
* Amat hormat kepada pasangan.
* Amat suka memikat pasangan.
* Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
* Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya.
* Sangat romantic pada dalaman dan bukan pada luaran.
* Patuh kepada pasangan dan selalu menjaga hati pasangan.
* Kurang beremosi terhadap pasangan.
* Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 5,9,10,12

MAC
* Mudah menawan hati pasangannya.
* Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
* Sanat pemalu dalam meluahkan isi hati.
* Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
* Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
* Perasaan cemburu yang sederhana.
* Sengat manja dan sering ingin dimanjakan pasangannya.
* Mudah memilih pasangan tanpa berfikir panjang.
* Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
* Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
* Berprasangka terhadap pasangan.
* Pasangan ideal : 1,5,10,12

APRIL
* Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
* Selalu memendam perasaan terhadap individu dicintai.
* Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
* Sentiasa ingin diberi perhatian.
* Amat cemburu dalam perhubungan.
* Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
* Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
* Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
* Romantic dan terlalu romantik.
* Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
* Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
* Kebanyakan individyu yang lahir dalam bulan ini boleh dinggap “hamba cinta” seperti Laila, Juliet, Siti Zulaika.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 2,4,7,11

MEI
* Amat mudah jatuh cinta.
* Baik dan jujur dalam perhubungan.
* Pandai menarik hati pasangan.
* Mudah untuk dipujuk.
* Kurang suka untuk sentiasa bersama.
* Mudah menerima cinta seseorang.
* Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
* Nekad uhtuk menjaga hubungan yang baik.
* Pandai mengatur hidup pasangan tetapi bukan queen control.
* Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
* Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkkan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 6,9,10,11

JUN
* Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
* Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
* Mudah jatuh hati tetapi tidak terlalu memilih.
* Cerewet dalam hubungan.
* Mudah merajuk dan mudah dipujuk.
* Cepat rasa bisan dalam percintaan.
* Kurang yakin dalam perhubungan.
* Selalu melindungi pasangan dan kritikan atau umpatan orang.
* Dahagakan pujian dari pasangan.
* Pasangan ideal : 1,3,5,8

JULAI
* Amat sukar didampingi pasangan.
* Sukar dimengerti oleh pasangan.
* Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubugan.
* Amat mudah dipujuk danb berterus terang.
* Amat menghargai kesetiaan pasangan.
* Mengambil berat dan mengasihi pasangan.
* Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
* Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
* Suka merajuk dan dipujuk.
* Setia terhadap pasangan.
* Sukla mendengar dan tidak suka membantah.
* Cemburu terhadap pasangan.
* Suka menilai dan menjaga perhubungan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 4,6,7

OGOS
* Tidak serius dalam perhubungan.
* Mengambil mudah dalam perhubungan.
* Kesetiaan diragui.
* Pendai memujuk pasangan.
* Suka memimpin pasangan.
* Romantic, pengasih dan penyanyang.
* Kelam-kabut dalam perhubungan.
* Sering bertukar pasangan.
* Sukar mencari pilihan yang tepat.
* Sangat sensitive dan tahap cemburu yang sederhana.
* Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenaan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 1,6,10,12

SEPTEMBER
* Bersopan santun dalam perhubungan.
* Bertolak ansur terhadap pasangan.
* Suka mengkritik pasangan.
* Suka prihatin terhadap pasangan.
* Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
* Amat memilih pasangan.
* Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
* Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 3,6,8,11

OKTOBER
* Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
* Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
* Sopan terhadap pasangan.
* Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
* Muda terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
* Suka menerima pandangan pasangan.
* Emosi yang mudah terusik.
* Pengasih dan penyayang terhadap pasangan.
* Cemburu dan terlalu cemburu.
* Romantik.
* Memahami pasangan.
* Pasangan ideal :Lahir bulan 1,2,4,5,8,9,10,12

NOVEMBER
* Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
* Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
* Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa sahaja.
* Degil dan ingkar dengan pasangan.
* Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
* Mudah ambil berat terhadap pasangan.
* Sambil lewa dalam perhubungan.
* Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
* Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
* Kurangmenghargai pasangan dalam hal-hal percintaan.
* Kurang bersama dengan pasangan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 4,7

DISEMBER
* Pemurah dalamn perhubungan.
* Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
* Tergesa-gesa dalam perhubungan.
* Sukar didampingi oleh pasangan.
* Benci dikongkong.
* Suka mempengaruhi pasangan.
* Curang dalanm percintaan.
* Kurang bekerjasam dengan pasangan.
* Selalu cuba untuk mencari pasangan baru .
* Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 3,9,11,12

Sumber : Cinta Itu Indah

Push 2009


Ahad lepas aku pegi tengok cerita ni kat MBO, hero hensem dan nakal dalam Filem Fantastic Four Chris Evans diberi kepercayaan memegang watak utama sebagai Nick Gant, beliau memiliki kuasa istimewa daripada ayahnya yang mampu menggerakkan benda hanya dengan mengawal daripada kuasa dalamanan. Dia dan kawan²nya diburu oleh sekumpulan pemerintah yang di gelar "Divison" kerana salah seorang kawan dan heroin dalam movie ini Camilla Bella yang memegang watak Kira mempunyai kuasa yang boleh mempengaruhi minda sesorang telah di tahan oleh pihak Division dan berjaya melarikan diri dengan membawa benda yang amat diperlukan oleh pihak itu. Nick yang dibanu oleh heroin muda Dakota Fanning yang memegang watak Cassie harus mencari Kira jika mereka ingin terus hidup. Cassie mempunyai kuasa dimana hero kecik ini boleh mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.


Remaja-remaja yang memiliki kemampuan psikik luar biasa ini telah diburu Division yang mana ahli² Division jugak mempunyai kuasa luar biasa seperti mereka. Hampir Keseluruhan cerita ini di filemkan di Hong Kong dan mereka juga di buru oleh penduduk tempatan kerana Kira memiliki benda yang pihak Division inginkan. Mereka dikelilingi oleh orang yang berkeupayaan luar biasa dan harus mencapai matlamat mereka untuk terus hidup. Memang dasyat laa movie ni, aksi tembak menembat yang tidak memerlukan tangan, teriakan yang mampu membunuh, penguasaan minda yang akan melakukan apa saja adalah kuasa² hebat dalam movie kali ini. So apa tunggu lagik layan laa PUSH 2009 di pawagam berhampiran.

Monday, May 18, 2009

Ahmad Daud & Datin Rafaeh - Sudah Kawin Kah Belum



Sederhana Itu Indah


Ahmad Daud & Zaleha Hamid - Menunggu Nasi Minyak



Sederhana Itu Indah


Ahmad Jais & Zaleha Hamid - Kenek Keneklah Udang



Sederhana Itu Indah


Ahmad Jais - Gambus Jodoh



Sederhana Itu Indah


Ahmad Jais - Joget Mak Andam



Sederhana Itu Indah


Anita Sarawak - Selamat Pengantin Baru



Sederhana Itu Indah


Datin Rafaeh Buang - Joget Pengantin Baru



Sederhana Itu Indah


DJ Dave - Pengantin Tiba



Sederhana Itu Indah


Hijjaz - Selamat Pengantin Baru



Sederhana Itu Indah


Hussin Ismail - Selamat Pengantin Baru



Sederhana Itu Indah


Ideal Sisters - Di Hari Persandinganmu



Sederhana Itu Indah


Izam Eye & Waheeda - Kompang Dipalu



Sederhana Itu Indah


Junainah M. Amin - Berapakah Hantarannya



Sederhana Itu Indah


Masnah Ali - Malam Berinai



Sederhana Itu Indah


Masnah Ali & R Ismail - Inang Pengantin



Sederhana Itu Indah


R Ismail - Di Renjis-Renjis



Sederhana Itu Indah


R Ismail - Gunung Payung



Sederhana Itu Indah