Wednesday, June 3, 2009

Panduan Membuat Blog

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku posting untuk panduan kepada blogger baru, ramai yang sering bertanya dengan aku macamana nak buat blog, susah ker buat blog? so di sini aku cuba terangkan serba sedikit apa yang aku paham tentang blog ini, di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu :).

1. Apa itu Blog ?

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

2. Cara membuat blog

Untuk membuat blog perkara pertama yang perlu anda ada ialah email. Kemudian melalui email tersebut anda hendaklah mendaftar di www.blogger.com


Apabila anda memasuki laman www.blogger.com, andakan akan melihat paparan seperti di atas. Berikut adalah langkah² yang perlu anda lakukan:

  • Klik pada butang CREATE A BLOG
  • Isikan alamat email yang sah (Cth: adysyam@yahoo.com atau adysyam@gamil.com)
  • Isikan alamat email yang sah sekali lagi
  • Tuliskan password yang anda inginkan pada kotak Enter a password
  • Isikan sekali lagi password anda tadi pada kotak Retype password
  • Tuliskan nama samaran yang yang ingin anda paparan pada kotak Display name (Cth : Ady)
  • Pada bahagian Word Verification masukkan tulisan yang dipaparkan semula kedalam kotak yang disediakan.
  • Tandakan kotak kecil pada bahagian Acceptance of terms kemudian klik anak panah Continue untuk meneruskan pendaftaran.
  • Masukkan tajuk blog anda pada Blog title (Cth : Sederhana Itu Indah) Boleh diubah kemudian
  • Masukan nama Alamat blog yang anda inginkan (Cth: maysyda) maysyda.blogspot.com kemudian continue untuk memilih template.
  • Selesai sahaja memilih template blog anda telah berjaya mendaftar dan boleh memulakan posting dengan klik butang anak panah “Start Blogging” dan terus ke posting.
  • Masukkan posting yang anda inginkan dan klik “Publish Post” untuk di paparkan.

3. Kandungan (Content) blog :

Bagi mereka yang baru mendaftar, biasanya mereka akan bingung dan tidak tahu apa yang perlu di posting untuk blog mereka. Tepuk dada tanya selera, kebanyakkan ramai orang mendaftar dan membuat blog untuk tujuan persendirian (Personal Blog) anda juga boleh membuat posting tentang kehidupan anda, cerpen, puisi, sajak, dan macam² lagi. Jadikanlah blog anda dengan gaya hidup anda sendiri mungkin apa yang anda kongsikan akan mendapat tarikan untuk pembaca melayari isi-isi (posting) yang anda buat.

3 comments:

Costa Rica said...

hallamak ady,
CR barru nak delet blog tetibe bley lak ady post camne nak create blog..cam perli je....hehehhe
thnks for follow...

Ady Syam said...

pulak nak delete blog... rileks arr... banyak kegunaannya tu :)

mannira said...

good job..ms org buat blog ritu..terkial2la duk try & error... nanti boleh bgtau member yg nak buat blog..tq ady