Monday, June 8, 2009

Catatan Hati


Ok kali ni bukan cacatan hatiku atau hatimu ek... Catatan hati yang aku maksudkan di sini adalah daripada judul buku seorang pelajar cemerlang SPM 2008 Nik Nur Madihah. Beliau merupakan pelajar terbaik 2008 dengan mendapat 20A, perghh 20A tu... banyak oh!!! memang terer! Apakah rahsia kejayaan beliau? Nak tau beli laa buku beliau heuheuheu ok kat sini aku tepekkan intro buku tersebut.

Si ayah bergelut dengan gelombang.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.

Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!

Jika kawan² nak tau rahsia tersebut beli laa buku ini. Ianya amat baik untuk semua peringkat umur terutama bagi anak² yang akan menduduki peperiksaan samada SPM, PMR atau UPSR. Buku ini mengandungi 126 muka surat dengan kulit depan yang tebal dan isi kertas yang berkualiti tinggi dengan cetakan berwarna. Penulisan didalam buku ini mudah dibaca dan difahami dan amat sesuai untuk ibubapa, guru dan jugak pelajar yang ingin berjaya. Catatan Hati merupakan buku ke dua yang terbitkan selepas Permata Puteri Rabbani.

Aku sempat berjumpa dengan tuan punya buku di Shah Alam minggu lalu bersama ayahnya (Pak Nik) orangnya sungguh sederhana dan cute (Pujian Ikhlas) . Sekali pandang sebijik macam muka Nadzirah (anak buah aku) dan dalam kesempatan itu la aku menyuruh kakak aku (my bos) untuk membeli buku tersebut untuk Nadzirah, siap mendapat tandatangan beliau sendiri pada buku tersebut. Aku sempat sembang dengan ayah kepada Nik Nur Madihah iaitu Pak Nik dan meminta izin sekali untuk membuat artikel ini dan mengambil gambar bersama anak beliau. Kepada kawan² yang berminat tentang buku ini boleh hubungi Pak Nik sendiri di talian 018-9095894 untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Aku dan Nadzirah

Tahniah untuk Nik Nur Madihah atas kecemerlangan dan kejayaannya!

1 comment:

CIKGU NAMAN said...

satu contoh yg sgt baik kn?aku pnh buat pos psl madihah dulu..tp sket je..