Tuesday, June 2, 2009

Terminator Salvation & Monster Vs Aliens

Hari Sabtu lalu aku cuti sebab konon² nak prepare barang untuk pindah rumah, tapi ntah macam mana plak tetiba planning nak turun Time Square tengok wayang. Satu sebabnya My Wife mengidam nak makan Chicken Rice Shop dan kedua beriya sangat nak tengok cerita Monster Vs Aliens, so aku pun layan jer laa…

Gerak dari rumah pukul 12 tengah hari kemudian tahan teksi pegi Time Square, sampai jer dalam 12.20 gitu, macam tak ramai jer orang, tapi bila beli tiket mak aih! Orang beratur punyalah panjang, nak tak nak ikut jugak beratur dan terus beli tiket untuk 2 movie, pertama Terminator Salvation jam 1.40pm kemudian Monter Vs Aliens kul 4.40pm. Sementara tunggu wayang bermula kami pegi lunch kat Chicken Rice Shop. Nyum....!~

Jom layan sinopsis 2 movie ni...


Terminator Salvation
Filem ni merupakan filem yang ke 4 selepas Terminator : Rise Of Machine. Kalau sebelum ni movie ni di bintangi oleh Arnold Susah Nak Eja (schwarzenegger) dengan zamannya yang datang dari masa depan tapi kali ni Pengarahnya McG membawa kelainan dalam filem ini dimana tahun 2018 John Conor (Christian Bale) mengetuai pasukan Resistance menentang robot Terminator ciptaan manusia sendiri (Skynet). Ramai dah tahu apa itu terminator (Robot Manusia) yang dicipta sebagai Senjata Pembunuh Berteknologi tinggi dan akhirnya berubah ingin menguasai dunia atas sikap manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab.

2003 adalah detik permulaan Skynet iaitu syarikat yang bertanggungjawab membuat projek Terminator telah membuat penyelidikkan ke atas Marcus Wright(Sam Worthington), Marcus adalah Robot manusia pertama yang dihasilkan tapi tidak berjaya sehinggalah tahun 2018 beliau bangun dan mencari identiti sendiri dengan jantung yang berdegup, fizikal yang sempurna seperti manusia tetapi didalam badannya adalah besi (robot). Beliau membantu John Cornor bersama² menentang robot² Terminator untuk menyelamatkan Kyle Rise (Ayah kepada John Cornor) untuk masuk ke dalam Skynet, pelbagai dugaan yang harus di tempuh. Perghh…berputar belit filem ni susah nak terangkan, tapi kalau dah tengok filem² sebelumnya memang boleh tangkap. Aksi² menarik dan kecanggihan teknologi di dalam filem ni membuatkan ianya adalah yang terbaik berbanding filem-filem sebelumnya.


Monster Vs Alien
Susan Murphy yang dialih suarakan oleh Reese Witherspoon akan berkahwin dengan pengaca TV Cuaca popular Derek menjadi punah setelah beliau dihempap oleh meteor yang jatuh dari langit. Akibat dihempap oleh meteor tersebut, beliau menjadi besar (Rasaksa Ginormica) sekaligus membawa diri beliau ditahan oleh pihak berkuasa untuk ujian. Di pusat ujikaji beliau ditemukan dengan beberapa kawan seperti Bob si Jeli, Dr. Cockroach Ph.D. Si lipas genius dan The Missing Link si biawak macho. Namun akhirnya beliau terpaksa menjadi senjata rahsia untuk negaranya setelah peristiwa tersebut tidak dapat kembali seperti normal.

Ketua Alien Gallaxar terpaksa bekejar kebumi setelah kuasa daripada meteor tersebut ada di dalam badan Susan, beliau tidak berpuas hati setelah robot spy yang dihantar kebumi untuk mendapatkan kuasa tersebut tidak berhasil kerana telah dimusnahkan oleh Susan and the geng... cheewaa macam upin dan ipin pulak :P

Kerana tidak boleh mengharapkan robot-robot beliau, maka beliau sendiri turun padang untuk merampas kuasa tersebut, memang best giler arr filem animasi ni, tak tahan tengok gelagat si jeli² tu… satu panggung digeleteknya, aku pun tak miss ketawa terbahak-bahak dalam panggung tu, rasanya filem animasi ni boleh pergi jauh arr chewah!!! Cam pengkritik AF la pulak….

So kawan² yang belum tengok lagi tu bawak laa seisi keluarga atau teman yang istimewa pegi layan movie ni sure best!!!! Terminator tu pun tontonan umum tak ganas, tapi effect dia memang power… Monster Vs Alien pulak… huehuehuehue… Tengok laa jer laa si Bob jeli² tu sure korang terbahak².

6 comments:

CIKGU NAMAN said...

mmg kaki wyg eh?huhu

Ann said...

mmg suka sgt citer2 terminator ni..tak penah mgecewakn, tp aku lg suka version 1, sbb ade2 kisah romantic kot...haha.

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

lama dah tak tgk wayang nih.....

dah tua2 nih..susah sikit nak tgk wayang...huhuhu

joegrimjow said...

tgu cite transformer

ady said...

a'ah joe... tak sabar nak tgk megatron mengamok :P

sutera putih bertukar pink,,, said...

ya betulll...
waiting 4 transformers!!!!!