Tuesday, June 30, 2009

Hati Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


Moral:

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Ressa Herlambang - Menyesal



Sederhana Itu Indah


Si Buta Dan Si Gajah

Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.

Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata, "Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba."

Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.

Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu.

Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja.

Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.

Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.

Moral:

Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik
Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara terperinci

Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja

Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui brainstorming'

Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya

Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global

Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara

Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.

Tutorial Drop Down Menu

Tutorial kali ini merupakan link shortcut berpetak untuk meletakkan link blog, artikel atau apa saja link yang di inginkan. Ianya boleh digunakan sebagai widget dan saiz petak yang kecil dapat menjimatkan ruang di sidebar. Kelebihan tutorial kali ini bukan saja sebagai alternatif untuk membuat link, ianya juga dapat menampung sebanyak mungkin link yang ingin anda masukkan. Anda boleh merujuk pada gambar di atas di mana saya letakkan sebagai "Kategori Indah" di dalam blog saya sendiri.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasukkan Drop Down Menu pada pada.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard.

2. Pilih Layout kemudian ke menu tab Page Elements.

3. Klik mana-mana Add a Gadget kemudian Pilih HTML/Javascript.

4. Copy dan Paste code di bawah kedalamnya.

<select onchange="window.open(this.options[this.selectedIndex].value,'_blank')" style="width:184px" name="menu" size="1"><option selected value="0"/>Tajuk Utama</option>

<option value="Link1"/>Tajuk Link1</option>

<option value="Link2"/>Tajuk Link2</option>

<option value="Link3"/>Tajuk Link3</option>

</select>

*width:184px : Gantikan dengan lebar sidebar anda (mengikut kesesuaian)

*Tajuk Utama : Tajuk utama yang akan dipaparkan di dalam kotak.

*Link1 : URL link

*Tajuk Link1 : Tajuk yang akan dipaparkan di bawah tajuk utamamenu di dalam kotak

Contohnya:

<select onchange="window.open(this.options[this.selectedIndex].value,'_blank')" style="width:184px" name="menu" size="1"><option selected value="0"/>Blog Hangat</option>

<option value="http://ady.via.my"/>Sederhana Itu Indah</option>

<option value="http://imady.blogspot.com"/>Aku Dan Dirimu</option>

<option value="http://adykml.blogspot.com"/>KML Centre</option>

</select>

dan hasilnya adalah seperti ini



5. Anda boleh membuat lebih daripada 3 atau kurang dengan hanya memadam atau menambahkan code seperti dibawah.

<option value="Link1"/>Tajuk Link1</option>

6. Setelah selesai meletakkan dan mengubah code tersebut anda boleh SAVE dan lihat hasilnya.

Selamat Mencuba!

Berkorban Itu Indah

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Moral:

Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

Monday, June 29, 2009

Kisah Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa
Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu
bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke
pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun
membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Cinta Dan Perkahwinan

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..

Award Blog Indah dan Top Komentar

Hujung minggu yang indah ini aku ingin mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan dan tanda terima kasih kepada pengunjung dan follower di dalam blog ini. Dalam minggu ini aku amat gembira kerana traffic yang masuk ke sini telah meningkat dan aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada blogger yang membuat rujukan dan link ke sini. Ucapan ribuan terima kasih kepada blog mamatisya yang telah membuat posting dan rujukan Blog Berat dan juga bloger-bloger yang lain yang tidak dapat saya sebutkan namanya di sini.




Pertama kali aku memberikan Anugerah Blog Indah semasa follower di dalam blog ini hampir mencecah 70 orang. Dengan sungguh berbesar hati, sekali lagi aku ingin memberikan anugerah tersebut untuk semua pengunjung dan follower kerana terus menyokong dan mengunjungi blog ini sehingga mencecah lebih 370 orang follower dan 18 ribu pengunjung sepanjang 6 Bulan aku berkarya di sini. Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih.

Dan kali ini juga aku ingin mengambil kesempatan kepada para pengunjung yang telah memberi ulasan yang membina dan terus menyokong sepanjang aku berblog di sini. Terimalah Anugerah Top Komentar ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada aku. Senarainya ada di bawah ini.





Semoga ilmu yang ada di sini dapat kita manfaatkan bersama.

Terima Kasih!!!

Disini kita bertemu dan saling bertukar ilmu.

Tutorial Bilangan Keseluruhan Post Dan Comment

Inginkan bilangan post di dalam blog di paparkan? dan nak tahu berapa banyak comment keseluruhan yang di terima? Tutorial kali ini merupakan widget untuk memaparkan jumlah keseluruhan posting yang telah di buat dan berapa banyak komen yang telah di terima. Berikut adalah cara-caranya

1. Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard.

2. Pilih Layout kemudian ke menu tab Page Elements.

3. Klik Add a Gadget kemudian Pilih HTML/Javascript.

4. Copy dan Paste code di bawah kedalamnya.

<script style="text/javascript">
function numberOfPosts(json) {
document.write('Jumlah Posts: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
function numberOfComments(json) {
document.write('Jumlah Komen: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
</script>
<font ><script src="http://maysyda.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=json-in-script&callback=numberOfPosts"></script>
<script src="http://maysyda.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=numberOfComments"></script></font>

5. Gantikan tulisan hijau kepada perkataan yang anda suka contohnya, Total Posting, Jumlah Artikel dan Jumlah Comment, Jumlah Ulasan dan sebagainya

6. Gantikan tulisan merah kepada URL Blog anda sendiri.

7. Akhir sekali setelah selesai edit tekan Alt + F4 eh!! Jangan... Anda boleh SAVE dan lihat hasilnya

Selamat Mencuba!

Rahsia Cinta Melalui Warna


Cinta terbentuk dari gabungan dua hati. Keserasian dan persefahaman adalah inti utama sesebuah percintaan. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengukur keserasian dan persefahaman dalam percintaan dari hanya melihat melalui mata kasar sahaja.

Apakah jenis warna kesukaan kamu dan juga si dia? Adakah kamu mempunyai cita rasa yang sama? Jangan ingat menyukai warna yang sama kamu berdua sudah rasa serasi. Cinta perlu ada dua kombinasi warna yang berlainan dan serasi barulah ianya boleh dikategorikan sebagai pasangan yang ideal. Berikut adalah semakan rahsia cinta di sebalik warna.

Hijau + Oren
Kombinasi warna yang agak kurang serasi kerana kedua-duanya manja. Setiap kali bertemu kamu dan si dia masing-masing mahukan perhatian. Apabila kedua-duanya gagal mendapat perhatian antara satu sama lain mulalah perang dingin. Cara terbaik kedua-duanya haruslah berbincang apa yang pasangan mahukan dan sama-sama berusaha untuk meberi perhatian antara satu sama lain.

Merah + Biru
Biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Kebanyakan orang yang suka warna biru adalah orang seni. Merah pula agak agresif orangnya dank eras hati. Kalau boleh setiap yang diingini harus diturutkan. Tetapi untunglah mendapat pasangan yang boleh bertolak ansur. Walaubagaimanapun janganlah terlalu mendesak kerana kesabaran seseorang ada batasnya.

Merah + Oren
Sama-sama agresif dan tahan lasak. Pasangan ini gemarkan aktiviti yang mencabar. Mereka jarang meluahkan rasa cinta antara satu sama lain kerana lebih suka mengamalkan konsep “sendiri mahu ingat”. Namun hal cinta mereka tidak padan untuk bersama kerana tiada perasaan rasa cinta. Sebaiknya si merah dan si oren perlu di pertemukan dengan insane yang romantic dan boleh buat mereka lupa seketika tentang dunia mereka dan beralih kepada dunia cinta.

Biru + Hijau
Sempurna! Ini adalah pasangan yang paling ideal. Kedua-duanya pengasih dan penyayang. Namun adakalanya dua pasangan ini seperti tidak ada jodoh. Ada saja cabaran dan halangan mereka dalam bercinta. Walabagaimanapun biar sekuat mana badai melnda, sejauh mana mereka terpisah namun hati mereka tetap ingat satu sama lain. Oleh itu untuk si biru carilah pasangan si hijau. Cinta kamu berdua memang romantis.

Sunday, June 28, 2009

Persahabatan Dan Cinta

Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.

Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.

"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.


Moral:

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...

Alahai Menantuku...

Pak Kasim seorang yang tamak harta. Dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yangg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

Setelah 3 hari berkahwin. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang.Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah. Sebelum ini dia tak pernah solat. lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang. camner ni. abg tak penah solat ni" "takpe bang. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.

Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. setelah Pak Kasim takbir. Seman ikut takbir.. lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah. "bismillahirrahmanirrahim.." Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang.. "bismillahirrahmanirrahim.." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat. getus hati Pak Kasim. Pak Kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

Pak Kasim pelik. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.

Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Sema.... apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "Ayah... susah ye nak solat maghrib ni, baru saya tau, sampai kena berlari."

Saturday, June 27, 2009

Doa Seorang Sahabat

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Moral :
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat"

Tutorial Top Komentar

Tutorial ini merupakan widget bagi memaparkan nama dan bilangan komen yang telah pengunjung berikan di dalam sesuatu blog. Mungkin anda tertanya² siapakah gerangan yang selalu memberi komen dan berapa banyakkah komen yang telah diberikan oleh beliau di dalam blog anda. Untuk menghargai serta membuatkan pengunjung berminat untuk terus memberi komen, widget ini adalah hadiahnya.
Selain memaparkan nama dan bilangan ulasan yang mereka berikan, widget ini juga akan automatik membuat link ke dalam profile mereka. Dan yang best tentang widget ini komen daripada Author (Pemilik Blog) tidak akan tersenarai di dalamnya.

berikut adalah langkah² untuk memasang widget Top Komentar di dalam blog.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard.

2. Pilih Layout dan terus ke menu tab PAGE ELEMENTS.

3. Klik mana² Add a Gadget kemudian pilih HTML/Javascript.

4. Copy dan Paste code dibawah ini kedalamnya.

<script type="text/javascript">
function pipeCallback(obj) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < obj.count ; i++)
{
var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'";
if(obj.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + obj.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=7b5e76fd684f11e94320abd4e00fbbca&url=http%3A%2F%2FURL_BLOG_ANDA_TANPA_MELETAKKAN_HTTP&num=10&filter=NAMA_PEMILIK_BLOG" type="text/javascript"></script>

5. Gantikan semua code berwarna biru seperti contoh gambar di atas.

URL_BLOG_ANDA_TANPA_MELETAKKAN_HTTP - Gantiukan dengan url blog anda tanpa meletakkan http di depannya contohnya seperti imady.blogspot.com

NAMA_PEMILIK_BLOG - Gantikan dengan nama anda agar tidak akan tersenarai di dalam widget.

10 - Bilangan Top Komentar yang ingin dipaparkan.

Selamat Mencuba!

Friday, June 26, 2009

MF VS IE

Ramai di antara kita menggunakan Internet Explorer sebagai browser untuk melayari Internet. Tapi kali ni aku nak kongsi pengalaman aku sepanjang aku di dunia maya ini. Aku pernah berkhidmat sebagai budak cc (Penjaga Cyber Cafe) semenjak umur aku 18 tahun lagi. Pelbagai karenah pelanggan yang perlu aku handle jika sesebuah laman web yang mereka hendak layari tidak dapat dimasuki. Kedua-dua browser ini ada kebaikkan dan keburukan tersendiri, tapi aku lebih minat pada Mozilla Firefox . Jom kita tengok apa perbezaan antara MF dan IE ini.

Internet Explorer (IE) merupakan brower default yang ada pada setiap komputer. Browser ini adalah ciptaan daripada Microsoft sendiri. Seramai 66% pengguna internet menggunakan browser IE kerana ianya telah tersedia ada pada setiap komputer. Semasa aku jaga Cyber Cafe dulu Technician aku tidak menyediakan browser ini pada semua komputer kerana ada yang mengatakan ianya sungguh mudah untuk dimasuki virus. Selain itu Jugak IE tidak dapat memaparkan keseluruhan code HTML dan gambar berformat PNG. (Tak tau laa kalau version yang terbaru dah boleh). Namun ada jugak segelintir laman web yang hanya boleh di access hanya dengan menggunakan IE. Aku pernah mengalami masalah ini semasa seorang pelajar IPT hendak melihat keputusan ujian beliau di dalam internet dan memang tidak dapat di buka melalui browser lain.

Mozilla Firefox merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Mozilla Corporation, ianya mula diperkenalkan pada 2004. Pada tahun lalu (2008) Mozilla memperkenalkan broswer terbaru mereka iaitu Mozilla Firefox 3.0. Browser ini telah memecahkan rekod dunia apabila mendapat download terbanyak pada hari pertamanya dilancarkan, dan statistik pada pelancaran tersebut seramai 8 juta orang menggunakannya dan angka tersebut masih meningkat sampai ke hari ini dengan anggaran 22% pengguna internet menggunakannya. Bagi mereka yang gemar dengan code HTML browser ini adalah yang terbaik kerana dapat memaparkan hampir keseluruhan code HTML seperti marquee, blink dan lain². MF juga adalah browser yang digunakan semasa aku berkerja di cyber cafe dahulu kerana ianya di katakan tidak mudah ditembusi oleh virus. dan ada juga yang menyatakan ianya melayari Internet lebih cepat berbanding IE.

Ok setakat tusahaja aku nak kongsi cerita pasa MF dan IE. Mungkin ada di antara blogger yang pernah melayari blog dengan menggunakan IE dan mendapati blog tersebut kelihatan tidak teratur. Apabila membuka blog tersebut dengan MF ianya kelihatan kemas. Ada pengunjung dan follower yang membuat tutorial di dalam blog ini membuat aduan setelah coding yang dimasukkan nampak tidak sama seperti yang dipaparkan dengan menggunakan IE dan apabila buka blog mereka semula dengan Mozilla Firefox ianya kelihatan kemas pulak.

Tepuk dada tanya selera. Mana best IE ke Mozilla Firefox.

P/S : Mozilla the Best

Cinta Seekor Cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

Kisah ini berasal dari Jepun

Pencinta Yang Hebat

Anda pasti pernah mendengar "Hanya dia sahaja yang boleh membuat aku bahagia". Ungkapan ini merupakan pujian dan biasanya diungkapkan oleh perempuan yang sedang dilamun cinta yang benar-benar mengkagumi pasangannya. Anda pasti juga ingin dikagumi oleh pasangan anda bukan? Mudah sahaja, buatlah si dia berasa tersanjung dengan perlakuan kamu dan itulah kuncinya.

Beri Pujian Yang Bersesuaian
Pujilah dia pada masa dan tempat yang betul, contohnya si dia tidak suka pada fesyen rambut yang baru dipotongnya. Janganlah anda pula memberi komen "Cantik rambut awak". Si dia akan menganggap pujian tersebut hanya sebagai angin lalu dan seperti ejekan yang membuatkan hatinya semakin panas. Lebih baik berikan kata-kata pujian seperti "Jangan bimbang, rambut awak akan cepat tumbuh kembali" ataupun tidak perlu kata apa-apa, lemparkan sahaja senyuman, pandang matanya dan berikan dipelukan mesra. Pasangan anda pasti akan bersara tenang saat bersama.

Menghargai
Si dia kesal jika kamu melirik wanita/lelaki lain saat kamu jalan berduaan dengannya. Terutamanya lelaki apabila melihat perempuan seksi pasti akan begitu mengamati bentuk dan lenggok jalan perempuan tersebut. Jadi seharusnya kamu tunjukkan padanya betapa kamu begitu menghargainya. Namun andai kamu terlanjur melirik pada wanita lain katakanlah pada pasangan kamu "Dia memang cantik tetapi tidak mungkin dapat memahami saya sepertimana awak memahami saya," sambil memeluknya.

Pendengar Yang Baik
Cubalah untuk lebih terbuka pada si dia misalnya jika kamu dinaikkan pangkat atau kamu stres di tempat kerja yang baru, jadikan dia orang pertama untuk kamu berkongsi cerita. Menjadi orang yang pertama yang tahu, tidak kira berita apa sekalipun akan membuat pasangan sentiasa berasa lebih penting dalam hidup kamu. Di samping itu, saat dia menceritakan tentang kehidupannya, jadilah pendengar yang baik. Tunjukkan kesungguhan kamu dan ajukan bebrapa pertanyaan agar kamu tahu beberapa informasi tambahan.

Kisah Seekor Anak Ikan

Cerita ini mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.

Anak ikan ini bertanya, "Apa banyak kah perkara yang anakanda tidakketahui wahai ibu?".Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan....

Suatu hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaanyang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar.

Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apa pun kecuali utk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara.""Alam apa itu ibu?""Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan anakanda akan merasa kesakitan di mulut anakanda.

Kemudian, mereka akan tarik anakanda kearah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka.

Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu takdapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu danketakutan. "Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu..."Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu...

Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dariorang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata," Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidakakan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....",terlintas nafsu yang dtg menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat..

Setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dlm dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.


Moral :
dengar dan patuhi lah cakapan dan pesanan orang tua kita, kerana mereka lebih mengetahui apa yang sebenar nya terbaik untuk kita

Rahsia Serasi Bersama Selamanya

Anda dan dia tidak merancang untuk menamatkan zaman bujang terlalu awal kerana masih mudah dan belum puas “enjoy”. Tetapi dalam masa yang sama anda juga bimbang andainya cinta yang telah lama dibina tanpa ikatan akan pudar. Berikut adalah tip untuk mengunci hatinya dan pasti setiap hari akan bertambah cintanya.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dirinya seorang bertakhta di hati buat selamanya dan tiada duanya.

Setiap kali dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkan dirinya. Tugas anda adalah member sokongan agar dia bangkit memperbaiki kesilapan dan bukan membuatkan dirinya rasa rendah diri.

Jangan terlalu berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

Jangan rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain dari dirinya.

Hargailah peribadi miliknya, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

Jangan malu untuk member mesej atau ucapan sendiri padanya jika kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu.

sentiasa mengingatinya dalam apa juga situasi yang kamu lakukan dan percayalah apabila kamu mengingatinya dia juga akan begitu.

Setiap malam telefonlah dia untuk mengucapkan selamat malam.

Sekiranya ada kelapangan ajaklah dia bercuti.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Jika dia membyar tiket wayang tidak salah kalau anda pula membeli makanan dan minuman ringan.

Jika kamu mempunyai lessen memandu jangan biarkan hanya dirinya yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu agar si dia tidak berasa seperti pemandu.

Paling menarik adalah apabila anda sekali-sekala menghantarkan kad ucapan yang dibuat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau ulangtahun bersama, hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirnya, jangan bertanya atau mencungkil perkara tersebut sebaiknya buat-buatlah tidak tahu.

Thursday, June 25, 2009

Tutorial Memasang Shoutbox

Shoutbox adalah ruangan sembang sekaligus membolehkannya menjadi buku tamu (Guest Book) untuk sesebuah laman web atau blog. Widget ini amat popular di kalangan blogger kerana ianya memainkan peranan penting untuk sesuatu blog. Dengan adanya Shoutbox pengunjung dapat berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak kepada orang lain atau pun pemilik blogger itu sendiri. Rata-rata blogger menggunakannya namun bukan hanya Shoutbox sahaja, bermacam-macam shoutbox yang boleh kita perolehi seperti Shoutmix, Cbox, Oggix dan lain lain lagi.

Disini aku ingin kongsikan cara-cara memasang dan sekaligus membuat setting pada Shoutbox daripada Shoutmix.com, Semoga tutorial ini dapat membantu rakan-rakan yang baru berjinak di alam blogger dan bagi mereka yang tidak tahu bagaimana henda membuat setting di dalamnya.

Sebelum memulakan tutorial ini, untuk mendapatkan Shoutbox sila kunjungi shoutmix.com dan daftar sebagai pengguna bagi membolehkan anda memasangkannya di blog.

1. Layari laman Shoutmix.com dan daftar sebagai pengguna.

2. Mulakan dengan menekan butang Create Shoutbox dan isikan setiap butiran yang diperlukan

3. Selesai sahaja mengisi kesemua butiran yang diperlukan, Shoutmix akan memberi tahu jika anda telah berjaya mendaftar sebagai pengguna mereka apabila anda menandakan kotak kecil seperti bulatan di bawah dan menekan butang Continue. Sebaik sahaja paparan seperti di bawah di paparkan terus pergi ke Control Panel.

4. Klik pada Get Codes di bahagian Quick Start untuk mendapatkan code yang akan diletakkan di dalam blog.

5. Sebaik sahaja paparan seperti dibawah kelihatan copy code di dalam Generated Codes kemudian paste di dalam Layout > Page Elements > Add a Gadget > HTML/Javascript.

6. Anda boleh mengubah lebar dan tinggi shoutbox pada blog anda dengan Edit keleberan Width dan Height di dalam code di atas. Sekarang anda boleh berkominikasi dengan setiap pengunjung di dalam blog anda.


Tambahan
Untuk membuat setting di dalam shoutbox anda hanya perlu kembali ke Langkah no. 4 kemudian pergi ke Display.

Anda boleh mengubah warna, jenis tulisan, paparan tulisan dan menambah smiley di bahagian Display. Setelah selesai, Save Setting dan buka blog anda semula untuk melihat hasilnya.

Selamat Mencuba!

Sifat Wanita Yang Lelaki Tidak Suka

Setiap orang pastinya ada sifat buruk, kalau tidak banyak mungkin sedikit pasti ada, kamu seharusnya memastikan sifat buruk tersebut tidak menjejaskan hubungan kamu. Kebanyakkan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkannya tidak selesa dengan wanita menjawab adalah sifat buruk wanita yang dimiliki hampir setiap wanita. Pasti anda tertanya-tanya apakah sifat buruk tersebut, berikut adalah sifat buruk wanita yang tidak disukai lelaki.

Mata Duitan
Tipu kalau ada wanita yang tidak mata duitan, Lelaki dikatakan suka wanita kerana seks tetapi wanita suka pada lelaki kerana duit.

Tidak Pernah Berasa Puas
Walaupun lelaki juga mempunyai sifat ini, namun wanita dikatakan mempunyai sifat ini lebih dari lelaki. Mereka tidak pernah puas dengan apa yang diberi. Wanita dikatakan tidak dapat menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna. Jika ada sesuatu yang lebih baik pastinya mereka merayu-rayu untuk mendapatkannya

Suka Mengatur
Setiap wanita mengharapkan kehadiran "Putera Menawan" dalam hidupnya. Namun kalau impiannya tidak kesampaian maka mereka mulalah mengatur teman lelakinya supaya menjadi seperti lelaki idamannya.

Cemburu
Cemburu ertinya cinta. Tapi ramai wanita yang cemburu berlebihan (cemburu buta). Perasaan ini timbul kerana wanita merasakan telah menyerahkan dirinya kepada lelaki sehingga dia pun ingin lelaki menyerahkan diri kepadanya.

Emosional
Wanita umumnya lebih menggunakan perasaan dan emosinya dalam memandang sesuatu. Gagal berfikir secara logik setiap kali membuat keputusan membawa wanita lebih cepat marah dan tersinggung dibandingkan lelaki.

Sifat Lelaki Yang Wanita Tidak Suka

Lelaki jugak tidak lari daripada sifat buruk, malahan sifat buruk lelaki terlalu banyak untuk dipertikaikan namun tidak semua lelaki itu bersifat buruk sedemikian. Kekuatan lelaki daripada wanita memang tidak dapat dibanding namun itu bukan ukuran bagi seseorang lelaki itu berkuasa dan boleh berfoya-foya, untuk meraih cinta sejati lelaki harus mengubah sifat buruk tersebut, berikut adalah sifat lelaki yang wanita tidak suka.

Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Suka "Cuci Mata"
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Perasan
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

Penting Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

Kurang Beri Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

Komited Terhadap Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

Pentingkan Kawan-kawan
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

Kontrol Macho
Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Wednesday, June 24, 2009

Tutorial Auto Hide Navbar Blogger

Navbar (Navigation Bar) merupakan frame yang berada di atas sekali pada setiap blog. Fungsi navbar yang disediakan oleh blogspot adalah untuk carian blog dan shortcut menu bagi setiap blog. Bagi mereka yang menggunakan template default navbar akan sentiasa tertera dan untuk sesetengah template yang di download ianya tidak akan di paparkan kerana sesuatu coding telah ditambah untuk melenyapkannya.

Sesetengah orang memerlukan fungsi navbar ini untuk membuat posting dan tetapan pada layout dan yang penting sekali apabila hendak Sign Out. Namun demikian ada juga orang yang langsung tidak memerlukan fungsi navbar ini kerana ingin blog mereka kelihatan kemas dan tidak mahu di dominasikan oleh blogspot.

Untuk tutorial kali ini, aku ingin kongsikan bagaimana caranya untuk menyorok navbar pada blog dan menimbulkannya semula apabila arrow mouse berada pada kedudukan atas blog (Auto Hide) seperti di dalam blog ini. Berikut adalah cara-caranya.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard.

2. Pilih Layout kemudian ke menu tab Edit HTML.

3. Copy coding dibawah dan paste pada bahagian atas
body {

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)} #navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}

4. Kemudian SAVE TEMPLATE dan selesai!!!


Tambahan

Bagi sesetengah blog yang menggunakan template download kemungkinan navbar tidak akan kelihatan. Jika ingin membuat tutorial ini sila padamkan coding tersebut pada Edit HTML seperti di bawah ini

#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
<--- padamkan semua tulisan biru
display:none
}

Selamat Mencuba!

Tutorial Print Screen

Tutorial ni nampak senang tapi ramai yang tidak tahu bagaimana hendak mengambil gambar yang tertera di dalam screen monitor mereka. Setiap keyboard mempunyai butang Print Screen SysRq (System Request). Setiap kali membuat tutorial aku akan gunakan Print Screen untuk copy blog aku sendiri dijadikan gambar rujukan. berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Buka @ Paparkan Screen yang ingin di copy

2. Tekan Butang Print Screen SysRq pada Keyboard seperti gambar di bawah

3. Buka Software Photoshop atau kalau nak senang gunakan Paint pun boleh.

Start > Programs > Accessories > Paint

4. Kemudian Pergi ke Menu Tab Edit kemudian Paste atau kalau nak lebih cepat gunakan shortcut keyboard Ctrl + V

5. Sekarang anda boleh melihat hasilnya dipaparkan dan anda boleh Edit gambar tersebut. Setelah selesai Edit, Save ke dalam komputer!


Tambahan

Untuk mengecilkan gambar yang di edit melalui Photoshop, anda hanya perlu ke Tab Menu IMAGE > IMAGE SIZE > tukarkan size yang anda suka

Untuk mengecilkan gambar yang di edit melalui Paint, anda perlu ke Tab Menu IMAGE > STRECH AND SKEW seperti gambar di bawah, kemudian gantikan Horizontal dan Vertical mengikut citarasa anda tetapi peratusnya mestilah sama contoh gambar tersebut ingin dikecilkan 50% jadi masukkan keduaa-duanya Horizontal 50% dan Vertical 50%


Selamat Mencuba!

Tuesday, June 23, 2009

Membuat Footer 3 Column

Footer ibaratkan kaki di dalam blog (foot=kaki) heuheuheu... Ramai yang memandang remeh berkenaan dengan Footer dan ada separuh di antara blogger yang tidak meletakkan apa² pada bahagian ini. Bahagian ini merupakan alternatif untuk meletak Widget ataupun credit pada sesebuah blog. Bagi template default, biasanyahanya tersedia Footer dimana anda hanya perlu menambahkah gadget (Add a Gadget) untuk memasukkan widget kedalamnya dan ianya hanya memiliki 1 column. Di sini aku nak kongsikan dengan kawan² di mana Footer juga sebenarnya boleh dibahagikan kepada 3 column.

Jika sebelum ini anda selalu meletakkan widget di bahagian sidebar, dengan footer 3 column ini anda boleh meletakkan seberapa banyak widget pada bahagian bawah blog anda.

Berikut adalah cara-cara membuat footer 3 column.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard.

2. Pilih Layout kemudian ke menu tab Edit HTML.

3. Copy coding dibawah dan paste pada bahagian atas </b:skin>

#footer-column-container {
clear:both;
}
.footer-column {
padding: 10px;
}

4. Kemudian cari code dibawah ini

<div id='footer-wrapper'>

<b:section class='footer' id='footer'/>

</div>

5. Gantikan coding di atas atau boleh juga letakkan dibawahnya dengan coding dibawah ini

<div id='footer-column-container'>

<div id='footer2' style='width: 30%; float: left;
margin:0; text-align: left;'>
<b:section class='footer-column' id='col1'
preferred='yes' style='float:left;'/>
</div>

<div id='footer3' style='width: 40%; float: left;
margin:0; text-align: left;'>
<b:section class='footer-column' id='col2'
preferred='yes' style='float:left;'/>
</div>

<div id='footer4' style='width: 30%; float: right;
margin:0; text-align: left;'>
<b:section class='footer-column' id='col3'
preferred='yes' style='float:right;'/>
</div>

<div style='clear:both;'/> </div>

6. Setelah selesai semuanya, SAVE TEMPLATE! Dan anda boleh beralih ke Layout > Page Element dan melihat hasilnya.


Selamat Mencuba!