Wednesday, February 25, 2009

Isteri Pukul Suami

Begitu la yang terjadi bagi pasangan yang akan saya posting hari ni, semalam tak beli metro.. hari terkejut bila tengok seorang suami mengadu kat balai polis sebab di pukul oleh isterinya, apa sudah jadi? dunia dah terbalek? tapi jgn terkezut... kalau dulu selalu dengar suami pukul isteri, tapi sekarang lain... Inilah yang akan terjadi bila isteri mengambil alih peranan suami sebagai ketua rumahtangga. Kita baca sama² berita ni

KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.

Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.

Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.

ni menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.

John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.

Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.

“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.

“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.

Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.

Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.

Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.

“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.

“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.

Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.

“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.

Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.

“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.

Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.

“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.

“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.

John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.

“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.

Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.

Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.

“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.

Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.
- Petikan daripada Harian Metro 24 Februari 2009

P/S: Suami mana tak sayang isteri? lu fikirlah sendiri!

Thursday, February 19, 2009

Rahsia Pengurusan Wang Yang Berkesan

Pernahkah anda membaca buku The Richest Man In Babylon? Buku ini adalah antara buku yang terlaris didunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia adalah buku pengurusan wang sepanjang zaman. Pengajaran dalam buku ini adalah sangat penting dan disampaikan secara berkesan sekali. Tidak hairanlah buku ini telah membantu ribuan manusia diseluruh dunia berdekad-dekad lamanya menjadi orang yang berjaya dalam urusan kewangan. Ramai jutawan telah lahir daripada ilmu yang diajar dalam buku ini.

Setiap orang mempunyai wang pendapatan bulanan daripada gaji atau keuntungan perniagaan atau pencen atau biasiswa dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang tahu menguruskan wang tersebut, ianya mudah dengan konsep 1 2 7.

Ini rahsianya :

10% dari pendapatan anda mestilah anda asingkan, simpan atau laburkan (simpanan tetap, ASB, etc)

20% dari pendapatan anda digunakan untuk bayar hutang. Jangan lebih dari 20% dari pendapatan anda, walaupun hutang berjuta ringgit (Kredit Kad, Buku 555 hehehe)

70% dari pendapatan anda digunakan untuk membiayai semua perbelanjaan kehidupan anda (Belanja Harian, Dapur, Motor @ Kereta dll)

Amat ringkas bukan? tetapi melakukannya memang payah! so macam? tepuk dada tanya selera?

Jika gaji kita RM1000 10% sudah cukup untuk kita buat simpanan atau melaburkannya, dan jika kita tak punya hutang kita boleh simpan atau laburkan 30% daripada gaji kita, cuba bayangkan simpanan atau pelaburan anda dalam setahun? 5 tahun? 10 tahun? kira ar sendiri!

Akan sentiasa ada dari kalangan keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah kewangan dan mereka akan menghubungi anda atau mungkin berlaku pada anda sendiri untuk meminjam wang dengan memberi janji akan bayar balik dalam beberapa minggu atau bulan. Orang yang bermasalah kewangan adalah orang yang tidak tahu menguruskan wang. Selagi dia tidak mempelajari cara pengurusan wang yang betul selagi itulah dia akan terus bermasalah. Meminjamkan wang kepada mereka tidak akan menyelesaikan masalah kewangan mereka. Mereka akan meminjam lagi kepada anda apabila wang yang anda berikan telah habis mereka gunakan. Masalah kewangan mereka akan memberi masalah kepada kewangan anda, dan jika anda tidak berhati-hati masalah kewangan mereka akan berpindah kepada anda. Cara membantu ahli keluarga atau kawan anda ialah dengan tidak meminjamkan wang anda kepada mereka! Mereka perlu kurangkan hutang, kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Bantu lah mereka dengan memberi idea bagaimana mereka boleh mengurangkan perbelanjaan dan menambahkan pendapatan. Jika anda tidak mempunyai idea, carilah kawan-kawan yang mampu memberi idea yang baik. Buka kan mata mereka untuk melihat peluang-peluang menambahkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka. Cara ini mereka akan dapat menghormati diri mereka dan dihormati oleh orang lain.

Mulakan dari sekarang! Selagi anda masih hidup anda belum terlambat!

Petikan dari laman Pengurusan Wang Yang Berkesan KML Center; The Richest Man In Babylon.

Nitrus - Resah



Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untukmu
Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…

Wednesday, February 18, 2009

Movie Pilihan 2009 Part II

Kalau di entry sebelum ini ada 4 Movie Pilihan 2009 dan kali ini aku akan masukkan lagi beberapa movie menjadi pilihan mesti tonton... zaaasss!~ movie trailer memerlukan perisian QuickTime Player, click disini untuk muat turun jika perisian anda tidak ada.

Movie : Fast and Furious - New Model, Original Parts
Genre : Action and Adventure
Bagi peminat lumba kereta memang tak pernah lepas tengok movie ni, sebelum ni Fast & Furious telah menghasilkan 3 movie dan sebelumnya dengan adegan drift (Tokyo Drift) dan kali ini pelakon asal muncul kembali (Van Diesel & Paul Walker) berganding dan akan mem"vrroommmm"kan pawagam pada 3 April 2009... hehehe sehari selepas tarikh tutt.. tutt... kat bawah ada trailer... click button play kalau nak tengok.



Movie : Watchmen
Genre : Science Fiction, Action and Adventure
Movie ni dah lama aku tunggu² since last year lagik, kalau pegi cinema poster dia dari last year lagik dah tampal dan pada 6 Mac 2009 ni nanti dah boleh tengok dah ngeee... Sebuah movie yang mengisahkan seorang hero macam aku ahaks.. ye ker? takde laa!!! ok serius.. cerita ni mewatakan superhero huhuhu macam superman, batman, spiderman lebih kurang gitu arr superhero (macam aku.. huahuahau perasannya aku nak jadi superhero) cerita ni sure best, sebab majoriti movie² superhero ni memang best ngeee...



Movie : Harry Potter - Half Blood Prince
Genre : Fantasy, Action and Adventure
Cuba teka ini adalah movie yang keberapa Harry Potter? hehehe ya betul movie yang ke 8.. ngeee :P kena tipu.... heuheuheue ini adalah movie yang ke 6 laaa... ok kat sini aku listkan :
1. Harry Potter and the Philosopher's Stone
2. Harry Potter and the Chamber of Secrets
3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
4. Harry Potter and the Goblet of Fire
5. Harry Potter and the Order of the Phoenix
so dalam cerita kali ini harry dah besar huahauhau memang dah besar pun... aku sungguh minat time dorang kecik² dulu... ok ar dalam cerita kali ini akan mengisahkan pertempuran dan akan membuka rahsia misteri yang besar... nak tau? tengok ar sendiri :D


Movie : Knowing
Genre : Science Fiction, Action and Adventure
Sepa minat Nicolas Cage? Aku arr heuheuheu.. Dalam movie ni Nicolas Cage menjadi seorang orang, hehehe apa? ingat alien? cerita mengisarkan sesuatu petanda buruk akan berlaku dan Nicolas adalah orang yang akan mengetahu tanda² tersebut melalui sepucuk surat yang tulis dengan banyak nombor (bukan nombor ekor hehehe). Movie penuh aksi dan mendebarkan ini akan akan menemui anda di pawagam berhampiran pada bulan depan 20 Mac 2009


Tuesday, February 17, 2009

Masalah Blogger, Template, Widget DLL

Memandangkan ada kawan² yang ingin berjinak dengan blogger dan mempunyai masalah dalam membentuk sebuah blog, deysini aku cuba untuk membantu para blogger sekalian yang mempunyai masalah tentang blog mereka iaitu apa² saja yang berkaitan dengan blogger (Wordpress dll aku tak reti lagik), sila ajukan apa² saja soalan mengenai blog dan Insyallah aku akan tolong memandang aku teramatlah free diwaktu siang, sebarang soalan atau pertanyaan boleh diajukan di Yahoo Messenger adysyam2001@yahoo.com atau pun comment anda di entry ini. Aku tidak la Pro sangat pun tapi InsyaAllah aku try tulun setakat yang mampu, soalan lain mengenai photoshop dan html code dan lain-lain jugak boleh di ajukan. Soon aku akan masukkan tutorial bergambar satu per satu untuk mengatasi masalah² yang dihadapi. adios!

Yahoo! Messenger

Monday, February 16, 2009

Makanan Seimbang

Rasanya ramai orang yang tahu akan konsep ini dan ramai jugak dah lupa so aku tepek saja laa. Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

Klik keratan akhbar diatas untuk berita penuh

Saturday, February 14, 2009

Budak 13 Tahun Jadi Bapa

London : Alfie Patten semalam mengaku dia tidak tahu harga lampin. "Mahal agaknya," kata Alfie, 13 tetapi mempunyai wajar seperti budak berusia lapan tahun.

Dia menjadi bapa empat hari lalu selepas teman wanitanya, Chantelle Steadman melahirkan bayi mereka, Maisie Roxanne.

Alfie menceritakan bagaimana dia dan Chantelle, 15 memutuskan untuk tidak menggugurkan kandungan Chantelle selepas mengetahui gadis itu hamil. Budak pemalu yang suaranya masih belum pecah berkata: "Saya berpendapat adalah bagus untuk mempunyai bayi."

"saya tidak memikirkan mengenai sama ada kami mampu atautidak. Saya pula jarang terima wang saku, Bapa saya kadang-kadang memberi saya 10 paun (RM52)."

Alfie yang setinggi 1.2 meter menambah: "Apabila ibu saya mengetahuinya, saya sangka ia akan marah. Kami mahukan bayi itu tetapi bimbang reaksi orang lain, Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi bapa. Tetapi saya yakin akan menjadi bapa yang baik."

Petikan Harian Metro 14 Februari 2009


Feuww...!~ Nak tau berita penuh belilah Harian Metro hari ini. Semalam lagik aku sampai dan tidor kat sini (Kajang) sebab tadi aku baru jer amek ujian berkomputer untuk lesen memandu. Alhamdulillah setelah seminggu menelaah buku KPP dan CD ujian tu aku lulus dengan nyawa² ikan 42/50 ngeee :D. Balek dari Ujian tadi aku singgah beli paper metro dan sarapan roti canai. Terkojut aku tengok tajuk hadapan metro "Bapa Umur 13 Tahun" macam tak percaya. Inilah dunia realiti kehidupan orang Barat. Haizzzzz!!!

Acha Septriasa Ft. Irwansyah - My Heart



Sederhana Itu Indah


Acha Septriasa - Berdua Lebih Baik



Sederhana Itu Indah


Acha Septriasa - Sampai Menutup Mata



Sederhana Itu Indah


Ada Band - Karena Wanita



Sederhana Itu Indah


Ada Band - Manusia Bodoh



Sederhana Itu Indah


Ada Band - Yang Terbaik Untukmu



Sederhana Itu Indah


Agnes Monica - Matahariku



Sederhana Itu Indah


Agnes Monica Ft. Ahmad Dhani - Cinta Mati



Sederhana Itu Indah


Agnes Monica Ft. Ahmad Dhani - Eiffel Aku Jatuh Cinta



Sederhana Itu Indah


Bunga Citra Lestari - Ingkar



Sederhana Itu Indah


D'Masiv - Tak Bisa Hidup Tanpamu



Sederhana Itu Indah


Dewa - Cintaku Tertinggal Di Malaysia



Sederhana Itu Indah


Dewa - Pupus



Sederhana Itu Indah


Dewa - Sedang Ingin Bercinta



Sederhana Itu Indah


Drive - Aku Dan Dia



Sederhana Itu Indah


Drive - Tak Terbalas



Sederhana Itu Indah


Duta Ft. Baizura - Cinta Antara Kita



Sederhana Itu Indah


Lirik Lagu : Duta Ft. Baizura - Cinta Antara Kita

Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang

Baizura:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Baizura:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Baizura:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Baizura:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta and Baizura:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang
ku kan berjanji
menyintamu sayang

Duta Ft. Tasya - Jangan Takut Gelap



Sederhana Itu Indah


Duta - Bunga Di Tepi Jalan



Sederhana Itu Indah