Thursday, October 29, 2009

Dialog² Lawak

BAPA
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak
tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di
pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : "Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh!"

P/S : Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Wednesday, October 28, 2009

Tutorial YM Status Baru

Tutorial ini bertujuan untuk mempamerkan icon status YM di dalam blog, tutorial ni aku pernah buat dulu (Sila rujuk di sini) dan kali ni aku nak kongsikan YM Status yang terbaru daripada tora-dora.org... cute jer nama website tu kan... Bagi mereka yang menginginkan kelainan button YM status online buleh laa melayari website ini di tora-dora.org.

Tora-dora menyediakan pelbagai perkhidmatan selain YM status dan diantaranya ialah :

Emoticon | Online Status | Image Host | Origami | Download Youtube Video | Glitter Text | Addme | Anime Toradora! | Layout

Tora-dora menyediakan perkhidmatan yang sungguh mudah dimana untuk mendapatkan code YM status, anda hanya perlu memasukkan email yahoo dan copy & paste code yang diberikan ke dalam blog.

Berikut adalah langkah² meletakkan YM status ke dalam blog

1. Click icon yang dikehendaki


2. Masukkan email ke dalam kotak yang disediakan kemudian pilih warna yang dikehendaki dan akhir sekali copy & paste code yang diberikan kedalam Add a Gadget > HTML / Javascriptdan Save!

Dan hasilnya....

Anda buleh melayari beberapa custom YM Online Status di beberapa website yang di sediakan seperti http://www.freecustomize.com/ dan http://www.ymgen.com... Selamat mencuba!~

Monday, October 26, 2009

My Baby Boy Part 2


Huhuhu jarang² mengUPDATE blog ni, maklumlah ada orang baru, tambah² lagi kat ofis banyak keja, anyway nak continue entry lepas...

13/10/2009 (Selasa)
4.40 pagi... setelah menyaksikan kelahiran anak sulung kami, misi menghalau aku dari bilik bersalin dan menyuruh aku menukar pas lawatan aku semula dan mengemaskan barang² dikatil isteri aku di wad 4D untuk penukarkan ke katil wad 4C. Aku bergegas keluar dari wad tersebut dan menukar pas lawatan kemudian pergi ke wad 4D untuk mengemas barang² isteri dan baby. Setelah selesai mengemas aku keluar dari wad 4D dan menunggu isteri aku di wad 4C. Wad 4C merupakan wad ibu² yang telah bersalin, tidak lama kemudian isteri dan anak aku dihantar oleh 2 orang misi menuju masuk ke wad 4C. Aku kemaskan barang2 di almari yang disediakan dan Syahmi berada didalalm troli khas yang disediakan. Aku tak buleh lama disitu sebab sekarang bukan masa untuk melawat. Kedengaran jelas tangisan baby orang lain didalam wad tersebut... Sayu... anak aku lena didalam trolinya... mungkin dia ingat masih dalam perut lagi kot... kukucup dahi isteriku sekali lagi.. dan meninggalkan wad 4C dan pulang kerumah.

5.30 pagi... kereta kupandu perlahan meninggalkan perkarangan hospital... sungguh lengang suasana pagi ini. Aku membawa uri anakku bersama untuk dicuci dirumah, Alamak! macamana nak cuci uri ini? aku panik sedikit, lantas teringat Abang Man di Kajang. Aku terus telefon... Alhamdulillah Abang Man setuju tolong aku untuk cuci uri baby dan aku terus pandu kereta ke Kajang dan ambil Abang Man dan pulang semula ke Pandan Indah. Sampai di rumah Aku dan Abang Man mencuci uri baby sampai bersih... Aku sempat telefon Mak Aji di Sandakan untuk minta petua sebelum menanam uri anak aku. setelah semua selesai kami rehat. Aku betul² mengantuk...nak tak nak kerja perlu disettlekan secepat mungkin. Jam dah 7.20 pagi, aku dan Abang Man menuju ke Masjid Al-Amin Pandan Indah untuk menanam uri baby. Namun hampa... takde seorang pun disitu yang boleh aku minta kebenaran untuk menanam uri baby. Aku pergi ke pejabat masjid tersebut dan terlihat waktu berurusan... pejabat hanya akan dibuka setelah jam 9.00 pagi... aku dan Abang Man terus ke hospital untuk melawat Isteriku sesambil menunggu jam 9 pagi nanti. Malang sungguh apabila sampai di Hospital kami tidak dibenarkan melawat kerana sekarang bukan waktu melawat. Waktu tu macik guard tu hanya membenarkan aku seorang melawat atas sebab² tertentu tapi Abang Man tidak dibenarkan. Aku telefon Ima dan nyatakan akan datang jam 12.30 tengah hari nanti. Sambil menunggu jam 9 pagi aku dan abang lepak di hospital.. kami pergi beli waffle dan minum... (sedap worr waffle yang di jual di hospital tu)

Tepat jam 9.00 pagi kami kembali semula ke Masjid dan kali ini aku terlihat seseorang tengah menyapu di dalam perkarangan masjid. Lantas memberikan salam dan menyatakan hajat aku. Abang tu bagitau tanam jer kat tepi atau belakang masjid tu.. orang ramai semua tanam disitu... setelah berterima kasih aku dan Abang Man bergerak pantas menggali lubang di tepi sebelah kanan masjid... kelihatan ada banyak tanda uri baby lain ditanam disitu, setelah selesai kami pun pulang kerumah.

12.30 tengah hari... aku dan Abang Man tiba dihospital... terkezut aku lihat Mumtaj dan Has sampai dulu dari kami... huhuhu Thanx Mumtaj... Has... Sudi lawat isteri dan anak aku... kami pun mula laa pok pek pok pek... sambil menceritakan pengalaman kami kepada Has dan Mumtaj yang dah masuk 8 bulan... Isteri aku bagitau yang hari ni jugak dia buleh keluar memandangkan baby dan dia takde apa²... Aku di suruh pergi bayar bil... sekali pergi kaunter ALAMAK! dompet duit aku tertinggal di rumah... huhuhu satu hal... aku terus pandu balik ke rumah... nasib baik hospital dengan rumah tak jauh... drive pun 5 minit buleh sampai, setelah settle bayar bil, jam 2.20 petang kami semua meninggalkan Hospital Ampang dan Isteri dan anakku selamat sampai ke rumah... huhuhu... home sweet home... suite M6-1-12 kini telah bertambah penghuni seorang lagi... lepas ni kalau boring tengok muka isteri aku jer sekarang buleh tengok² muka baby pulak heuheuheu....(gurau sayang)

Aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Hospital Ampang yang mempunyai service dan kakitangan yang sungguh memuaskan. tak hairan kenapa orang luar gombak dan selayang tunggu sakit nak beranak datang ke Ampang... Service dia memang Tip Top!!! Thanx kepada Misi² yang menjaga isteri dan menyambut kelahiran anak aku... Korang memang Misi yang terbaik... thanx to awek dan macik guard yang menjaga keselamatan wad isteri aku di tempatkan... dan terima kasih kepada kawan² yang sentiasa mendoakan isteri dan anak aku sihat sejahtera... semoga Allah akan membalas kebaikkan mereka² yang terbabit... Amin...

26.10.2009 (Isnin)
Hari ni Muhammad Syahmi Danial dah masuk 2 minggu... Kuning dia dah hilang... (Alhamdulillah) Syahmi sekarang kuat menetek... Syahmi dah naik 3.8KG... Dan yang penting Syahmi sihat...

Wassalam...

Hadiah Syahmi dari kawan² Sembang-rumahtangga.net

Lena Di Ulit Intan

Kroohh!~~zzzZZZzzZZZzZz

Jelir skit.... Uweekk!~ (Bergaya Hadiah Bouncher Daripada RED)

Puutt... terkentut... heuheuheu

Apa tengok² ni? nak bagi susu ker?

Syahmi = Bijak, Berani & Mulia

Friday, October 16, 2009

My Baby Boy

Huhuhu... baru jer rehat berblog... sekarang kena rehat lagi... aku kena jaga orang rumah dengan baby... apapun aku ada sedikit catitan...

Alhamdulillah... Akhirnya orang yang ditunggu² kini muncul tiba, selamat datang ke dunia baru wahai anakku... Muhammad Syahmi Danial bin Ady Syam selamat dilahirkan pada 13 Oktober 2009 bersamaan 23 Syawal 1430 Hijrah jam 3.25 pagi di Hospital Ampang. Kesabaran dan detik² cemas menanti 9 bulan kini berakhir bila melihat Syahmi keluar. Kini aku telah bergelar seorang Abah kepada soeorang anak lelaki bernama Syahmi. Sungguh mengujakan, sungguh menggembirakan, dan sungguh mengharukan apabila melihat sendiri dan berada di sisi isteri tercinta menyaksikan kehadiran anak sulung kami. Alhamdulillah kini semuanya telah selamat... Izinkan aku kongsikan memori ini bersama kawan² dan buat anakku Muhammad Syahmi Danial... Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan berjaya.

11 Oktober 2009 (Ahad)
Memandangkan Isteriku yang telah overdue 10 hari, hari ini adalah hari yang sepatutnya dia berada di hospital untuk ditahan. Kami bergerak dari rumah seawal pagi dan aku bawah dia meronda² di sekitar Pandan Indah dan akhirnya pergi ke Tesco kerana dia teringin untuk makan di Restoran Santai. Selepas bersalin dah tak buleh makan sedap²... kena makan lauk pantang jer... setelah selesai makan kami berangkat ke Hospital Ampang dan tiba di sana jam 1 tengahari. Daftar diri di kaunter dan terus diarah ke Dewan Bersalin tingkat 4 untuk checkup. Aku menunggu di luar dewan bersalin hampir 2 jam dan isteri aku SMS... "Sayang.. tunggu nak scan baby jap.. dah bukak 2cm... dah masuk air... kena masuk wad sekejap lagik...Sakit!" aku terus call dia dan sok sek sok sek... turun kebawah ke tempat parking kereta ambil barang² keperluan dia dan baby, dan bila naik jer ke tingkat 4 semula isteri aku berada di Wad 4D katil No. 23. Cute jer dia dah bersalin baju guna baju yang pihak hospital bagi... (Pink Kaler) Sok sek sok sek... dia ceritalah bagaimana dia telah diperlakukan oleh misi terhadapnya masa di dewan bersalin tadi, heuheuheu... (suspen jer ayat) isteri aku cakap "tadi doktor dan masuk ubat". Waktu tu Jam dah 4.30 petang, tepat untuk waktu melawat sehingga jam 7.00 Petang. Sepanjang masa melawat ada kawan yang datang menziarah iaitu Nopal dan Isteri, kawan daripada sembangrumah-tangga.net. Selepas jam 7.00 Petang makwe guard yang jaga pintu wad tersebut datang kedalam dan memakumkan masa melawat dah habis, aku beriya² duduk disitu ingatkan buleh temankan isteri sampai melahirkan... namun sungguh sedih kerana aku terpaksa dihalau kerana wad tersebut ada ramai lagi bini orang nak bersalin... dan tak dibenarkan masuk selepas masa melawat jika tidak ada perkara important untuk berjumpa isteri... huhuhuhu... Rasa tanak balek je... tapi nak buat camanakan.. Hospital dengan rumah aku 5 minit jer kalau drive... so aku ambik keputusan untuk balek rumah... sambil SMS dan call sekali dua isteri aku waktu malam tu... aku bukak pc aku layan cerita Bleach Anime yang dah banyak aku donlot... dan akhirnya aku zzzZZzzzZZZzZZz....


12 Oktober 2009 (Isnin)
Hari ni aku telepon Sis Sorna admin kat opis aku... aku bagitau wife aku dah nak delivery aku tak masuk kerja dalam 2-3 hari ni. Tapi dia suruh jugak turun opis sebab ada projek yang aku incharge dan perlu di follow up. Haizzz... Aku terus drive ke opis dan settlekan kerja aku... sambil² buat kerja opis aku SMS wife aku dan everything ok, still 2 cm tak bukak² lagi dan mungkin petang ni dia kata... doktor akan masuk ubat lagi. Masa melawat pertama 12.30 tengah hari sampai jam 2.30 petang. Aku tiba seawalnya untuk melawat dan masa tu jugak ada hidangan lunch time pihak hospital bagi... wife aku cakap makanan dia ala kadar tapi buleh laa... kurang goreng²... dan wife aku time tu teringin nak makan French Fries... nak tanak aku turun bawah seberang hospital ada McD dan beli Double Cheese Meal set untuk aku (heuheuheu...) dan extra Large Fries untuk wife... kemudian naik ke atas semula dan makan sama². sok sek sok sek.. dan pukul 2.00 petang dan sekali lagi awek guard yang jaga wad tu menghalau aku serta pelawat² yang lain dan buleh datang melawat semula jam 4.30 petang... haizzz... kaco ar!!!

4.40 petang aku sampai ke hospital untuk melawat semula (awal sampai tapi menunggu kat bawah tu untuk beli waffle dan air punyalaa lama sebab ramai orang) dan setibanya aku di wad tersebut aku terus bedal waffle yang aku order 2... Nopal dan Isterinya juga datang... wahh terharu aku... bagus kawan² Ima ni rajin melawat dan kebetulan anak mereka operation di hospital yang sama... sok sek sok sek... ima cakap tadi doktor masuk ubat lagik... huhuhu.... tapi tak bukak²... still 2cm... aku temani dia disitu sehingga habis waktu melawat tapi kali ni dah jam 7.15 awek guard tak masuk² untuk menghalau aku.. hehehe bagus!!! buleh stay lama²... akhirnya aku memblahkan diri jam 7.30 sebab misi² kat situ dah sok sek sok sek.. dan aku terdengar masa melawat dah habis dorang soksekkan... sampai jer kat luar pintu wad aku senyum kat awek guard tu... hehehe dia termiss menghalau aku dan dia pun balas balek senyumanku yang manja... ahaks!~... sabar jer laa... baby tanak keluar lagik...

10.50 malam... Wife aku call... "Habie datang ke hospital terus ke Labour Room... (dewan bersalin) dah bukak 4cm...." Yahooo!!!! dah bukak! dah bukak! happy sakan aku.. terus aku bangun dari sofa... amek baju... amek kunci.. vroom.... sampai hospital.. kat bawah aku kena tahan.. "iyer encik nak pergi mana" aku terus menjawab... nak naik atas, isteri aku dah nak bersalin suruh naik dewan bersalin.. macik guard kat bawah tu amek IC aku dan tukarkan ic aku kepada Pas Pelawat 4D... sampai jer labour room... aku kena tukar pas lagik... dorang amek Pas Pelawat 4D dan bagi aku Pas Pelawat Dewan Bersalin... huhuhu sungguh secure systems dorang... dan akhirnya aku masuk bilik bersalin no. 8... dan melihat isteri aku yang tenang berbaring di atas katil. Dia lemparkan aku sebuah senyuman... Alhamdulillah... semuanya OK!!!

13 Oktober 2009 (Selasa)
12.01 pagi.... waktu ni wife aku takde rasa apa² lagi.. aku sembang² kosong dalam bilik tu... aku tertanya²... lama lagik ker baby nak keluar ni... dah 5cm ... jam 1.00 pagi... misi masuk dan check lagi... dan kali ni dia kata dah bukak 6-7cm... huhuhu... kalau ikut kiraan sejam bukak 1cm... bersalin kena tunggu sampai 10cm baru buleh baby keluar... aku sentiasa pegang tangan wife aku... bersabar... Jam 2 pagi... misi masuk dan check lagik... 7-8cm dah... waktu ni isteri aku mengadu perut dia sakit²... macam senggugut... 3.00 pagi misi check lagi... dan cm, isteri aku mengadu sakit... tak dapat aku gambar kesakitan yang dia rasakan... sehingga dia ingin berdiri, rasa macam nak bangun dari katil tersebut... akhirnya misi benarkan dia duduk dikatil... aku panik... tapi misi² dalam bilik tu rileks jer... misi cakap suruh wife aku baring... senang sikit nanti baby nak keluar... wife aku masih mengerang kesakitan... dan ada rasa macam nak berak... misi cek lagi dan kali ni dah full 10cm.
.....................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................

3.25pagi... Aku saksikan segalanya... Alhamdulillah my baby boy selamat dilahirkan dan my wife menangis tanda kegembiraan... ku pegang erat tanggannya... ku kucup dahinya... Alhamdulillah... semuanya dah settle... setelah baby misi bersihkan... baby di letakkan di dada wife aku.. dan aku azankan ditelinganya... di dakapan isteri... (touching wooo!!!)... baby sihat dan sungguh montel... berat dia 3.53KG... misi ambik baby semula... bagi dokumen untuk wife aku tandangan....


Saat² ini memang tidak akan dapat aku lupakan...

Bersambung....

Friday, October 9, 2009

DiGi BroadBand

Kali ni aku nak kongsikan sikit pasal DiGi BroadBand, kepada kawan² yang masih tercari² line manakah yang elok untuk berinternet aku nak suggest @ promot DiGi Broadband ni. Seperti yang aku nyatakan dalam entry aku yang lepas mengapa aku berehat seketika daripada berblog adalah salah satu sebabnya line internet kat rumah aku ada problem. Sebelum ni aku guna P1, line memang hampeh... sebab area aku out of coverage, mula² guna dulu memang ok sikit lah tapi sebab perkhidmatan tersebut kurang memuaskan aku terpaksa pulangkan modem wifi P1 kat Jalan Templer. Alhamdulillah dorang batalkan kontrak aku yang dua tahun tu sebab aku dah banyak kali buat aduan kat dorang punya Customer Service... Bila dapat tahu jer jalan untuk terminatekan perkhidmatan tersebut tanpa berlengah² aku terus pegi. Itu pun dengan surat rasmi sebagai sokongan... kalau tak aku kena bayar baki kontrak aku... pergghh... kepada rakan² yang nak apply apa² perkhidmatan lepas ni sila pastikan T&C dia betul² sebelum submit. Bukan aku nak kata P1 tak bagus... tapi dah memang out of coverage nak buat camanakan? Masa daftar dulu promoter dia cakap Boleh! Boleh!... ok arr stop cerita pasal P1.

Last 2 week aku pegi Lawyat carik windows xp original untuk company wife aku, dan kebetulan masa nak balik aku nak tukar DiGi Prepaid aku kepada Postpaid... Dalam masa penukaran, Promoter DiGi tu promot aku tentang DiGi Broadband dan dia pun mula laa bla bla bla dan aku mula rasa tertarik. Waktu tu dorang buat promotion untuk DiGi Broadband RM88 sebulan (Unlimited + Free Modem) dengan Download 700kbps / Upload 200kbps daftar RM100 jer... nanti RM88 daripada RM100 tu dorang akan deduct untuk bulan pertama. So pendaftaran dia takde Fee!!! (Percuma dan Takde Kontrak!) Aku daftar 28 September so 28 November baru bayar... kira ok la kan? bulan² bayar 88 hengget dan takde charge terlindung! Dorang akan bagi Trial dalam masa 7 hari.. so dalam masa 7 hari tu kalau perkhidmatan tak memuaskan wang akan dikembalikan 90%.

Bila sampai jer rumah aku terus test line dia... PERGHHH!!! memang MANTOP!!! tak sia² aku register, aku terus download Movie Naruto Shippuuden dan Bleach The Movie... yang dah lama aku nak tengok, buleh tahan laa... boleh cecah sehingga 140kb/sec dan kat bawah ni aku amek skit screenshot speed meter...

Sedut guna IDM

Test Guna DiGi Website

Test Guna P1 Website

Thursday, October 8, 2009

Update Gambar Raya


Tahun ni raya tak seberapa sebab tak dapat balek ke kampung halaman di Sandakan, namun raya musti raya kan? Baju raya orang rumah belikan... kira sedondon gak laa(main beli jer) dan kebetulan kakak aku di Kajang pun pakai warna yang sama. Kerana wife Due dekat² time tu so kami hanya dapat beraya di KL sahaja tapi sampai sekarang baby tanak kuar lagi... huhuhu...

wife aku due 3 Oktober dan skrg ni hanya menunggu hari sahaja lagi... masa hari due hari tu kitaorang ada pegi scan dan alhamdulillah semuanya ok... dan just tunggu baby nak keluar jer... doktor cakap baby terlalu selesa dalam perut Umi dia... huhuhu... ok laa tanak merepek lagi ni sedikit gambar raya aku nak tepek.




Wednesday, October 7, 2009

Kembali BerBlog Yiiihaaa!!!

Salam... Alhamdulillah akhirnya kini aku kembali, sekian lama menyepi dan sekarang rasa tak tau plak nak posting apa, apapun terima kasih kepada rakan² yang terus berkungjung kesini. Ada banyak soalan dan request yang diajukan, Insyallah aku usahakan untuk settlekan sehari dua ni. Sepanjang berehat daripada berblog banyak perkara yang nak aku kongsikan dengan rakan². Oh ya! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... Raya sebulankan? Cerita raya tahun ni tak semeriah tahun lepas sebab tak dapat balik kampung tahun ni, cuti pun tak apply, namun ada jugak laa dua tiga rumah yang aku kunjungi termasuk rumah kakak aku di Kajang. Gambar Raya tak banyak tahun ni, tapi aku akan try upload malam ni sebab gambar tu aku belum transfer ke PC.

Salah satu sebab aku terpaksa berehat berblog sebenarnya sebab aku dah berhenti menggunakan perkhidmatan internet P1 di rumah atas sebab-sebab tertentu. Sekarang aku telah beralih kepada DiGi Broadband dan alhamdulillah perkhidmatannya cukup memuaskan. Nanti aku try buat posting untuk DiGi Broadband supaya kita buleh berkongsi mengenainya. Slow² aku akan rajinkan diri untuk membuat posting disini walaupun masa aku terhad kerana ada 2-3 blog yang perlu aku update dan web company yang masih dalam proses. Kalau nak tahu aku kerja apa kawan² buleh layari web company aku di http://www.buspowersystems.com.

Ok laa setakat ni sahaja buat kali ni, lepas ni aku nak update Lagu dan Lirik... banyak request dan lagu yang perlu diupdate. See Ya!~