Tuesday, January 27, 2009

Cahaya Mata

Minggu lepas sayangku kata dia ada buat UPT test kid dan ada 1 line tapi setelah petang2 skit yang line ke 2 timbul tapi kabur sikit. Kesangsian tersebut membuatkan beliau test lagik dan kali ni line ke 2 terus timbul. Dia ajak aku pergi klinik bagi memastikan benarkah kami akan menimang cahaya mata. Setelah berjumpa dengan doktor dan membuat urine test, selesai semuanya pok pek pok pek... Doktor kata "Insyallah akan ada" (Pergghh aku dah nak jadi ayah). Persoalan timbul dalam diriku adakah benar aku sudah sedia menjadi seorang ayah. Sebelum dan di awal perkahwinan, kami merancang setahun dua baru ingin menimang cahaya mata kerana kami ingin mengatur segalanya sebelum menimang cahaya mata namun berita yang tidak di sangka ini membuatkan aku gementar sedikit bermacam2 perasaan main difikiran. Aku telefon kakak dan emak aku di kampung dan memberitahu apa yang aku rasakan sekarang., rasa hepi jer masa bagitau dorang yang aku akan dapat cahaya mata dan rasa takut pun ada. Di awal perbicaran kakak dan emak aku gembira mendengar berita tersebut tapi perasaan aku pula hepi ada... takot² pun ada. Aku fikirkan sejenak mengapa harus ada perasaan ini, dan aku ingin mencari jawapannya. aku duduk depan komputer dan menulis "pengalaman ayah" di google. Dan dari situ aku terbaca pengalaman seseorang yang sungguh menghayat hati diakhir kisah beliau dan ada juga pasangan yang dah bertahun2 menunggu ingin menimang cahaya mata tetapi tak kesampaian. Sayang maafkan habie kalau habie ada buat2 perangai, habie janji akan jadi seorang suami dan ayah yang baek.

P/S : habie nak nama baby yang tu jugak :D


Friday, January 23, 2009

Happy Birthday

Hepi Befday To U... 22hb Januari 2009 genap umur kakak @ bos aku 35 tahun... tua sudah? huhuhu cake di atas khas ditempah dari Kak Mona (Home Made)... Sodaap!!! kalau nak try call me... (KL Area jer) Tepat jam 12 malam kami raikan dengan bacaan doa makan hueheuheuhue... semoga Akak murah rezeki dan sihat selalu, aku sentiasa doakan kakak aku berjaya. Kakak aku ni sorang isteri yang peramah dan penyayang (ahaks) Dalam sibuk2 mengendalikan perniagaan beliau tanggungjawab sebagai isteri dan Umi kepada 3 orang anak beliau tidak pernah diabaikan, cayalah kak... semoga KML bertambah maju. Amin!
22hb Januari juga merupakan tarikh lahir untuk Red... yay hepi befday Red... kebetulan pulak ek... Red adalah kawan sayangku... dia baru sahaja menimang cahaya mata "Yasmeen in da house" semoga red dan sekeluarga murah rezeki dan sihat selalu... Amin

Wednesday, January 14, 2009

Rossa - Hey Ladies



Sederhana Itu Indah


Lirik Lagu : Rossa - Hey Ladies

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Boikot Israel


Kenapa Perlu Boikot Israel & Sekutunya?
December 1, 2008
Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin.

Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya.


Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi?
Tidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin.

Kita tidak membezakan antara penyokong Israel - sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain.


Apakah boikot satu tindakan yang adil dan dibenarkan?
Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B’Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel.

Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:

Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.


Benarkah perniagaan atau produk tersenarai menyokong Israel? (supaya mereka tidak teriniaya)
Ramai dari kita yang sememangnya ingin turut menyokong usaha boikot Israel, tetapi ragu-ragu dengan maklumat berkenaan syarikat atau produk perniagaan yang tersenarai. Ini merupakan salah satu sikap yang terpuji, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam seharusnya meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum bertindak.

Innovative Minds mengambil inisiatif menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan maklumat yang diberi tidak membawa unsur fitnah dan penginiayaan. Setiap maklumat yang disebarkan disertakan bersama rujukan berkaitan, supaya anda sendiri dapat memastikan fakta tersebut dan memahami bagaimana mereka terlibat menyokong Israel.


Bukankah mana-mana produk juga menjurus kepada Israel?
Benar, dalam situasi umat Islam lemah tidak bermaya, ekonomi dan politik dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya. Situasi ini umpama barah yang menyerang dan mencemar saluran darah kita, yang mana ianya boleh sampai ke seluruh badan.

Tapi apakah kita masih ingin mencari alasan, semata-mata kerana kita seperti tidak lagi terdaya melawan barah tersebut? Syarikat perniagaan yang tersenarai adalah merupakan penyokong kuat kepada Israel, yang sentiasa mendapat pujian dan anugerah kepujian atas sokongan mereka. Sekiranya kita berjaya mengurangkan kekuatan ekonomi syarikat tersebut, dan beralih kepada syarikat atau produk alternatif, InsyaALlah mereka akhirkan akan lemah juga.


Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Harus diingat, syarikat-syarikat besar dari luar yang beroperasi di negara-negara Islam tidak membawa manfaat ekonomi kepada kita melainkan eksploitasi terhadap kelemahan kita. Lihatlah bagaimana Delta Galil, sebuah syarikat membuat pakaian yang dipasarkan dengan jenama GAP, Banana Republic, Calvin Klien, BOSS, M&S, DKNY dan berbagai lagi. Syarikat ini membina kilang-kilang di Jordan, Mesir dan juga Palestin. Sikap mereka yang hanya mengeksploitasi pekerja tempatan begitu teruk sekali, sehinggakan Sweatshop Watch (www.sweatshopwatch.org) melabelkan mereka sebagai “Sweatshop Czar.” Adakah merugikan kita jika syarikat-syarikat seperti ini mengangkat kaki meninggalkan tanah air kita yang subur dan bertuah ini?


Apakah usaha ini akan berjaya?
Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.


Apakah usaha boikot benar-benar akan dapat memberi kesan kepada ekonomi Israel?
Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak.

Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.

Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur?

Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih - pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka!

dipetik dari haluan palestine blog...


Tuesday, January 13, 2009

Yasmeen In Da House!!!

Finaly dapat gak aku dukung Yasmeen ni atau full name dier... NUR YASMEEN HUMAIRAH BINTI MOHD FADLIE @ LIE, lahir pada 12 November 2008 bersamaan dengan 14 Zulkaedah 1429 Hijrah. Alhamdulilah setelah Ibunya "RED" telah habis pantang akhirnya berkunjung jugak mereka ke "Suite" M6, Tingkat 4 kami heuheuheu... Tahniah LIE & RED semoga Allah melindungi keluarga kalian dan Yasmeen membesar dengan sihat dan cergas, So bila nak tambah lagi ahli keluarga lepas ni? heuheuheue Chaiyok Chaiyok!!! ini dia foto² Yasmeen dan foto yang sempat aku dan sayangku snap masa kat umah.

Yasmeen waktu lahir

Like Mother Like Daughter

Adess.. Lie bagi ar aku nak dukung.. huhuhu

Itu dia Abah yang mithali ahaks...

sok sek sok sek.. bla bla...

Akhirnya... puteri jatuh di dakapanku.. huhuhu jangan jeles ek sayang...

Uwaarrghhh... baby ngantuk... cumilnyaaa

Monday, January 12, 2009

Gambar Kahwin Part 3

Dah lama dah gambar kahwin aku siap, tapi hari ni baru ada masa nak post... Terima Kasih Bebanyak buat Abang Shahzan selaku jurugambar dihari bersejarahku, perkhidmatan beliau betul² memuaskan hati. Well ada banyak gambar ni... so aku tepek sedikit jer laa ek... kalau nak tgk yang selebihnya buleh datang kerumah untuk melihat Full Album... Walaupun dan sebulan lebih berlalu bila tgk balek gambar² ni rasa macam baru semalam jer berlaku, memang seronok di saat menjadi raja sehari ni, bermacam² perasaan yang timbul, tapi yang pastinya memang best betol arrr! heuheuheu (exited).

dub dab dub dab...

Alhamdulilah... One Shoot!

Huhuhu... kena siom

Aku suka sangat gambar ni

Bunga Ape? Bunga Ros...

Sehati Berdansa

Yahoo!!! Rasa cam mo tarabang pigi atas...

Friday, January 9, 2009

Sting - Ingatku Dalam Doamu



Sederhana Itu Indah


Sting - Ku Sapu Airmata Perpisahan



Sederhana Itu Indah


Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini



Sederhana Itu Indah


Tangga - Terbaik Untukmu



Sederhana Itu Indah


The Fabulous Cat - Rimas



Sederhana Itu Indah


The Divine Master - Merpati Putih



Sederhana Itu Indah



Lirik Lagu : The Divine Master - Merpatih Putih


Kau merpati putih terbang di awanan
Ku ingin ikut bersamamu di sana
Sucinya hatimu seputih warnamu
Lembutnya sifatmu indahnya rupamu

Berkali ku tunggu utk melihatmu
di tempat yg engkau singgahi selalu
sayangnya diriku tak sesuci kamu
ku bisa memandang tak dekat padamu

Sedar diri ini sampai terhentinya mati
sampai masa ku kan jatuh ke bumi
walau pada hakikatnya kita tak dapat bersama
agar kau dapat tahu diari di hati
(Agar kau dapat tahu ku mencintaimu)

Ku tulis puisi cerita diriku
Lantas ku kirimkan ia kpd mu
Kukarangi lagu nyanyikan untukmu
teman dikala mendatangnya sepimu

Too Phat Ft. Siti Nurhaliza - Dua Dunia



Sederhana Itu Indah


Too Phat Ft. Yassin - Alhamdulillah



Sederhana Itu Indah


Tropika - Cinta Di Pantai Merdeka



Sederhana Itu Indah


UG 14 - Bunga Larangan



Sederhana Itu Indah


Ukays - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu



Sederhana Itu Indah