Tuesday, January 27, 2009

Cahaya Mata

Minggu lepas sayangku kata dia ada buat UPT test kid dan ada 1 line tapi setelah petang2 skit yang line ke 2 timbul tapi kabur sikit. Kesangsian tersebut membuatkan beliau test lagik dan kali ni line ke 2 terus timbul. Dia ajak aku pergi klinik bagi memastikan benarkah kami akan menimang cahaya mata. Setelah berjumpa dengan doktor dan membuat urine test, selesai semuanya pok pek pok pek... Doktor kata "Insyallah akan ada" (Pergghh aku dah nak jadi ayah). Persoalan timbul dalam diriku adakah benar aku sudah sedia menjadi seorang ayah. Sebelum dan di awal perkahwinan, kami merancang setahun dua baru ingin menimang cahaya mata kerana kami ingin mengatur segalanya sebelum menimang cahaya mata namun berita yang tidak di sangka ini membuatkan aku gementar sedikit bermacam2 perasaan main difikiran. Aku telefon kakak dan emak aku di kampung dan memberitahu apa yang aku rasakan sekarang., rasa hepi jer masa bagitau dorang yang aku akan dapat cahaya mata dan rasa takut pun ada. Di awal perbicaran kakak dan emak aku gembira mendengar berita tersebut tapi perasaan aku pula hepi ada... takot² pun ada. Aku fikirkan sejenak mengapa harus ada perasaan ini, dan aku ingin mencari jawapannya. aku duduk depan komputer dan menulis "pengalaman ayah" di google. Dan dari situ aku terbaca pengalaman seseorang yang sungguh menghayat hati diakhir kisah beliau dan ada juga pasangan yang dah bertahun2 menunggu ingin menimang cahaya mata tetapi tak kesampaian. Sayang maafkan habie kalau habie ada buat2 perangai, habie janji akan jadi seorang suami dan ayah yang baek.

P/S : habie nak nama baby yang tu jugak :D


1 comment:

Bukan Bidadari said...

Nak takut ape....
Naik pangkat jadi Ayah...
Tak semua org berpeluang....