Tuesday, April 7, 2009

Tutorial Flash / Gif

Seperti yang dijanjikan kali ni aku nak buat Tutorial Flash so sebelum memulakan tutorial ni aku nak suggest pada kawan² untuk mendownload software ini untuk memulakan Tutorial Flash, Software ni boleh digunakan untuk macam² seperti nak buat Header Flash, Banner Flash, Gambar² flash, dan Lain² lagik. Click button kat bawah ini untuk mendownload Software Aleo Flash Portable. Waaahh.. Portable tu!!!! Software ni jugak boleh buat Gif (Animated) dan jugak Movie.. Wah Wah serba serbi kegunaan...


Size Software ni Kecil jer bila dah unzip lebih kurang 6mb lebih, so kawan² unzip jer laa kat mana2 yang kawan² rasa selesa nak letak. Software ni mudah untuk dipelajari so aku terangkan serba sedikit yang aku tahu kat sini.

Err.. nak terangkan macamana? ok laa contoh kalau nak buat banner atau header ikut suka hati laa nak letak berapa lebar dan tinggi kalau nak buat gif pun boleh jugak (gambar yang bergerak²)

Size and sound - mula² pegi area ni, tentukan ukuran lebar dan tinggi apa2 saja yang kawan² nak buat, kat sini jugak kawan² boleh masukkan sound sekalik untuk yang nak buat flash, dan bawah sekali yang ada color dan background color pada bahagian ni adalah warna masa dia nak loading keluar

Background - Bahagian ni boleh letak gambar sebagai background atau pilih mana2 warna yang kawan² suka

Effect - kat sini bermacam² effect yang ada so pilih jak laa mana satu yg korang suka kalau nak lebih dari 1 effect pun boleh just tekan "Ctrl" kemudian click guna mouse effect tambahan

Text and image - masukkan text atau gambar yang ada inginkan, di sini anda boleh masukkan effectr pada text atau gambar yang anda inginkan,

Web Links - Kalau nak letak link pada banner yang nak di buat boleh masukkan link kat sini, so nanti bila ada orang klik jer banner tu web tu akan keluar atau bila flash tu dah habis jer dia akan truss bukak web tersebut.

Publish - Ah yang ni macam biasa laa macam publish post ngeee... kira dah settle laa kerja tu, just pilih fail yang kawan² nak save sama ada bentuk flash, gif atau movie :D enjoy ek guna software ni!!!

Penambahan
Untuk File Flash (*.swf) kawan² kena upload kat file hosting terlebih dahulu, (aku upload kat www.geocities.com jer senang) photobucket tak boleh kecuali ada akaun PRO



copy code seperti diatas (akan diberikan setiap kali selesai publish) dan tukarkan 2 code "TESTING.swf" seperti diatas kepada URL lengkap seperti "http://www.geocities.com/adysyam2001/TESTING.swf"

kemudian masukkan ke dalam Add a gadget dalam blog. Bagi yang nak letak pada bahagian header tu kena pastikan widget pada bahagian header ditukar kepada terlebih dahulu kepada Add agadget biasa dan masukkan melalui HTML/JavaScript atau carik code seperti dibawah dan paste seperti gambar dibawah ini (click untuk besarkan gambar


Ok tu jer.... saya nasihatkan sekalik lagi tolong buat backup untuk template kalau taknak header hilang ek :P

SEMOGA BERJAYA!!!

17 comments:

Shitsurei shimashita said...

terima kasih bos! thank you for your lesson. ti saya cuba k. cheerss :)

Ady Syam said...

hehehe aku kuli jer... ko yang bos... ok cuba jgn tak cuba :D

LaDy NaS said...

perfect tutorial..! bagus2! nak cecube jugak lah nnti..ekekekek!

hock said...

Good posting! more professional web templates at itemplatez.com... its a easy download.

Dee said...

pandai ye..nti dee cuba..oh ye..dee dh pos adiah ady smlm..maybe esok lusa dptlah..registered mail..hopefully ady suker..

mamaadam said...

wah menarik ni blh terai, tq ye ady

dba said...

bagus la blog u, informative... :)

Binjaie said...

Salam. Aku dah download software ni and tengah belajar. Thanx for the tips bro...

khairul onggon said...

Baguss... this one is so good.. Byk info dan ada tutorial.. Tahniah :)

+s h a z h a + said...

salam.
apa beza aleo flash dengan macromedia fash,swish mx??

e l d y said...

broken link T.T

Ady Syam said...

aiks broken link, takde pun aku baru jer habis download, ok jer pun

zures said...

Adehhhh apasal xleh nak dload Aleo Flash ni...

RedzaLiza said...

salam... saya nak tanya. saya ada buat banner guna alea flash. saya save dlm swf file. saya dah upload file guna swf cabin. image dia saya dah dapat. tapi mcm mana saya nak linkkan image tu ke blog saya???? tlg bantu.

RedzaLiza said...

salam....
saya dah buat banner guna alea flash. dah upload dlm swf cabin. imagenya keluar kat skrin. dah selesai 1 masalah. masalah ke 2 yg saya hadapi. mcm mana nak linkkan image tu ke blog saya???? yang hairannya. klu saya kli dr aleo flash. dia akan terus ke blog saya. tapi bila saya save dlm blog testing saya. saya klik kat banner tu. langsung x kemana-mana. boleh tgk kat http://pasarmalamblogshop.com tolong bantu saya. tq

Atiqah said...

mirror link to download:

http://rapidshare.com/files/214850102/Aleo-Flash-Intro-and-Banner-Maker-3.0_www.softarchive.net.rar

hope that helps ;)

Anonymous said...

bosss..

minta registration code buat aleo flash intro banner donk...

linknya broken

salam sukses dari indonesia