Thursday, June 25, 2009

Tutorial Memasang Shoutbox

Shoutbox adalah ruangan sembang sekaligus membolehkannya menjadi buku tamu (Guest Book) untuk sesebuah laman web atau blog. Widget ini amat popular di kalangan blogger kerana ianya memainkan peranan penting untuk sesuatu blog. Dengan adanya Shoutbox pengunjung dapat berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak kepada orang lain atau pun pemilik blogger itu sendiri. Rata-rata blogger menggunakannya namun bukan hanya Shoutbox sahaja, bermacam-macam shoutbox yang boleh kita perolehi seperti Shoutmix, Cbox, Oggix dan lain lain lagi.

Disini aku ingin kongsikan cara-cara memasang dan sekaligus membuat setting pada Shoutbox daripada Shoutmix.com, Semoga tutorial ini dapat membantu rakan-rakan yang baru berjinak di alam blogger dan bagi mereka yang tidak tahu bagaimana henda membuat setting di dalamnya.

Sebelum memulakan tutorial ini, untuk mendapatkan Shoutbox sila kunjungi shoutmix.com dan daftar sebagai pengguna bagi membolehkan anda memasangkannya di blog.

1. Layari laman Shoutmix.com dan daftar sebagai pengguna.

2. Mulakan dengan menekan butang Create Shoutbox dan isikan setiap butiran yang diperlukan

3. Selesai sahaja mengisi kesemua butiran yang diperlukan, Shoutmix akan memberi tahu jika anda telah berjaya mendaftar sebagai pengguna mereka apabila anda menandakan kotak kecil seperti bulatan di bawah dan menekan butang Continue. Sebaik sahaja paparan seperti di bawah di paparkan terus pergi ke Control Panel.

4. Klik pada Get Codes di bahagian Quick Start untuk mendapatkan code yang akan diletakkan di dalam blog.

5. Sebaik sahaja paparan seperti dibawah kelihatan copy code di dalam Generated Codes kemudian paste di dalam Layout > Page Elements > Add a Gadget > HTML/Javascript.

6. Anda boleh mengubah lebar dan tinggi shoutbox pada blog anda dengan Edit keleberan Width dan Height di dalam code di atas. Sekarang anda boleh berkominikasi dengan setiap pengunjung di dalam blog anda.


Tambahan
Untuk membuat setting di dalam shoutbox anda hanya perlu kembali ke Langkah no. 4 kemudian pergi ke Display.

Anda boleh mengubah warna, jenis tulisan, paparan tulisan dan menambah smiley di bahagian Display. Setelah selesai, Save Setting dan buka blog anda semula untuk melihat hasilnya.

Selamat Mencuba!

4 comments:

Nurmala Mazlan said...

saya guna cbox

hannie_luv_vespa said...

agak berguna...yes...

mannira said...

Ady, need ur help.. blh ym saya(mannira)or email me at mannira@tm.net.my

Ady Syam said...

mannira buleh add YM saya tak adysyam2001@yahoo.com, Insyallah nanti saya akan tolong jika terdaya :)