

Internet Explorer (IE) merupakan brower default yang ada pada setiap komputer. Browser ini adalah ciptaan daripada Microsoft sendiri. Seramai 66% pengguna internet menggunakan browser IE kerana ianya telah tersedia ada pada setiap komputer. Semasa aku jaga Cyber Cafe dulu Technician aku tidak menyediakan browser ini pada semua komputer kerana ada yang mengatakan ianya sungguh mudah untuk dimasuki virus. Selain itu Jugak IE tidak dapat memaparkan keseluruhan code HTML dan gambar berformat PNG. (Tak tau laa kalau version yang terbaru dah boleh). Namun ada jugak segelintir laman web yang hanya boleh di access hanya dengan menggunakan IE. Aku pernah mengalami masalah ini semasa seorang pelajar IPT hendak melihat keputusan ujian beliau di dalam internet dan memang tidak dapat di buka melalui browser lain.
Mozilla Firefox merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Mozilla Corporation, ianya mula diperkenalkan pada 2004. Pada tahun lalu (2008) Mozilla memperkenalkan broswer terbaru mereka iaitu Mozilla Firefox 3.0. Browser ini telah memecahkan rekod dunia apabila mendapat download terbanyak pada hari pertamanya dilancarkan, dan statistik pada pelancaran tersebut seramai 8 juta orang menggunakannya dan angka tersebut masih meningkat sampai ke hari ini dengan anggaran 22% pengguna internet menggunakannya. Bagi mereka yang gemar dengan code HTML browser ini adalah yang terbaik kerana dapat memaparkan hampir keseluruhan code HTML seperti marquee, blink dan lain². MF juga adalah browser yang digunakan semasa aku berkerja di cyber cafe dahulu kerana ianya di katakan tidak mudah ditembusi oleh virus. dan ada juga yang menyatakan ianya melayari Internet lebih cepat berbanding IE.
Ok setakat tusahaja aku nak kongsi cerita pasa MF dan IE. Mungkin ada di antara blogger yang pernah melayari blog dengan menggunakan IE dan mendapati blog tersebut kelihatan tidak teratur. Apabila membuka blog tersebut dengan MF ianya kelihatan kemas. Ada pengunjung dan follower yang membuat tutorial di dalam blog ini membuat aduan setelah coding yang dimasukkan nampak tidak sama seperti yang dipaparkan dengan menggunakan IE dan apabila buka blog mereka semula dengan Mozilla Firefox ianya kelihatan kemas pulak.
Tepuk dada tanya selera. Mana best IE ke Mozilla Firefox.
P/S : Mozilla the Best

4 comments:
mmg Mozilla terbaik..tapi terbaru,google chrome..lagi laju dr MF..x caye sila download.hehe
yup saya pun pakai firefox ntah la rasanay lagi laju n tak banyak pop up kuar
Setuju banget..Mozilla..so far lebih bagu dari IE...
Mojila la best...hekhek!~
Post a Comment