Friday, March 27, 2009

Tutorial HEADER

Kali ni aku nak buat Tutorial HEADER sebab ada kawan² request camana nak letak HEADER pada blog. Korang boleh design header ikut citarasa korang dengan menggunakan photoshop , photoscap dan lain² software lagik kalau nak aku designkan.. boleh... janji ada pengeras :P. Terdapat 2 langkah bagaimana nak letakkan HEADER pada Blog yang mana langkah pertama adalah langkah asas kepada new blogger dan kalau nak try langkah kedua pun boleh, panduannya seperti kat bawah ni.

Nota Penting : save template korang (backup) untuk keselamatan sebelum memulakan penukaran bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini. Karang apa² jadi korang boleh upload balek.


Langkah Pertama

1. Log masuk ke ID Blogger korang atau terus pegi "Dashboard"
2. klik pada "Layout" dan terus ke "Page Element"
3. Lepas tu klik edit pada bahagian "(Header)" seperti contoh kat bawah ni

4. Bila dah Keluar "Configure Header" korang klik kat "Browse" dan carik HEADER atau gambar yang korang nak letak dan pastikan kat "Placement" korang tandakan betul².*Behind title and description - Gambar yang korang upload akan berada di belakang dan tulisan akan keluar kedepan, maksudnya tajuk blog korang boleh nampak .

*Instead of title and description - HEADER atau Gambar korang akan keluar dengan gambar yang korang upload tanpa sebarang tajuk blog keluar, maksudnya Tajuk pada blog korang akan tersorok.

*Shrink to fit - kalau tandakan yang ini HEADER korang akan mengikut kesesuaian lebar dan panjang pada gambar yang korang upload. biasanya orang akan gunakan kecuali terdapat masalah pada template dan perlu diubah.

5. Bila dah settle semua.. apa lagik.. "Save" Laa... :P


Langkah Kedua

Langkah kedua ni adalah melalui "Edit HTML". Bagi mereka yang mempunyai HEADER yang di upload melalui internet seperti kat web hosting atau image hosting (Photobucket, ImageShack DLL) sesuai menggunakan langkah ini. Rata² template yang di download @ upload mempunyai Header yang terletak di bahagian ini.

1. Log masuk ke ID Blogger korang atau terus ke "Dashboard"
2. Pegi "Layout" dan terus klik pada "Edit HTML"
3. Kemudian bila dah keluar carik code seperi kat bawah ni, bila dah jumpa tambahkan code yang seperti di bawah yang dalam kotak merah seperti dibawah. (Gunakan Ctrl+F kalau nak senang carik) Bagi yang dah tersedia ada just padam URL Header tersebut dan letakkan URL HEADER Korang atau biarkan jer kosong dan korang boleh letak header dengan menggunakan Langkah Pertama tadi. (Kadang² URL tu takde kat #header so carik kat #header-wraper)
Copy dan Paste code bawah ni kat blog korang bila dah jumpa #header tu

4. Ok Settle! itu jer :P

Nota : Jika Header korang senget ker, keluar dari sasaran ker, dan lain² masalah, korang kena adjust kat template, rata² blog asas tidak ada masalah begini selepas menggunakan langkah pertama, tapi langkah yang kedua kadang² akan terjadi kes begini so korang kena edit pada template dengan berhati² dan dinasihatkat agar membuat backup sebelum memulakan penukaran.

8 comments:

Anonymous said...

cis!
nak pengeras gak tu...
hehe
aku tunggu ko wat tutorial camne nak lebarkan DEFAULT template...
erm...

Ady Syam said...

alaaa pengeras milo ais pun jadi laaa... Insyallah aku try buat khas untuk PJ tersayang aduuuuuyaaii!!!! :P

LuVidA^^ said...

nape kalu luvida taruk header..
pstu die tepek kene kt posting.
da bertindih.
nk kene seting margin2 ke..
uwwaaaa xreti!~

Ady Syam said...

blog ko guna template download ek luvida? huhuhu kena set kat template tu

LuVidA^^ said...

a'ah donlod..
adehh jgn ckp ko2 ngn kite tau..
x supan
:P

Ady Syam said...

err.. sorry.. :P nak jadi blogger yang berjaya ni musti mo sopan² ahaks.. kalau dontload memang kena kerja keras sikit nak ubah tu ^^"

shahril said...

salam aku pon nak lebar kan arr cam ner yekk.. nak kasi milo ais gak ker>>????

wan2day said...

salam, teman dh buat header pakai photoshop..tapi bila browse,gambar yg dah buat x kuar la..knp..?