Tuesday, July 7, 2009

Panduan Edit Profile


Profile adalah profail heuheuheu eh betul la tu! ok serius... Profile merupakan maklumat tentang diri pemilik blog di mana pengunjung dapat mengetahui serba sedikit mengenai pemilik blog tersebut. Bagi blogger baru, ramai yang tidak mengisikannya dengan lengkap dan apabila mengikuti sesuatu blog sebagai follower, link blog mereka tidak tetera dan sukar untuk pemilik dan pengunjung blog yang lain untuk melayari blog mereka. Ini adalah kerana mereka tidak berkongsi profile mereka dan tidak membuat setting untuk berkongsi blog pada orang ramai (low profile kot macam aku )

Berikut adalah lang-langkah untuk edit profile di dalam blog.

1. Login ke Blog ID atau terus sahaja ke Dashboard kemudian klik pada Edit Profile

2. Paparan seterusnya adalah Edit User Profile dan anda perlu lakukan seperti berikut

Privacy
Share my profile - Tandakan jika anda ingin kongsikan profile anda kepada orang ramai dan biarkan kosong jika tidak mahu dipaparkan.

Show my real name - Tandakan jika ingin nama penuh di paparkan dan biarkan kosong jika tidak mahu dipaparkan

Show my email address - Tandakan jika ingin email di paparkan dan biarkan kosong jika tidak mahu dipaparkan

Show my blogs - Jika ingin blog dipaparkan pilih Select Blogs To Display kemudian tandakan blog yang ingin di paparkan sahaja kemudian SAVE SETTING. Jika blog tidak disenaraikan di ruangan ini, bermakna anda tidak berminat untuk blog anda dikongsikan pada orang ramai. Sila rujuk semula pada Panduan Membuat Blog dan pegi ke Setting > Basic > Add your blog to our listings? > pilih YES!

Show sites I follow - Tandakan jika blog yang ada ikuti di paparkan dan abaikan jika ianya tidak mahu dipaparkan


Identity
Username - Abaikan (email semasa membuat pendaftaran)

Required Email Address - Email ini boleh digantikan tetapi email semasa register tetap digunakan sebagai pengguna semasa membuat login

Display Name - Nama yang akan dipaparkan setiap kali membuat posting

First Name - Nama Anda ( cth : Ady Syam)

Last Name - Nama Terakhir (cth : Mohd. Said)


Photograph
Bahagian ini memerlukan anda meletakkan gambar yang akan dipaparkan didalam profail anda. Klik pada butang Browse dan pilih gambar yang anda simpan didalam komputer.


Audio Clip
Jika mempunyai ucapan atau lagu yang telah upload dan ingin dikongsikan bersama, muatkan link kedalam kotak yang disediakan, pengunjung boleh mendengarnya apabila melihat profile anda dan dengan klik pada butang


General
Gender - Tandakan jantina
Birthday - Isikan tarikh lahir
Homepage URL - Isikan jika mempunyai laman web lain atau isikan sahaja URL Blog anda
Wishlist URL - Abaikan
IM Username - Jika ingin Yahoo Messenger dikongsikan masukkan email yahoo dan pilih Yahoo, Kosongkan jika tidak mahu dipaparkan

Location - Lokasi Anda

Work - Pekerjaan
Extended Info - Masukkan butiran yang diperlukan seperti minat anda, tentang diri anda, filem kesukaan, muzik kesukaan dan lain-lain.

Ok setakat ni jer ek... Selamat Berblogging!!!!

1 comment:

diela said...

salam abg ady,nak tnye ckit..
mcm mne nk post gambar blog kt atas tu?
kena gne url jgk ke?sy dh cba byk kali mse nk upload using web url..tp xboleh jgk..tlg bg tunjuk ajr ehh..=p