Friday, July 24, 2009

Transformers 2 & Ice Age 3

Pergghh lama aku tak review movie ek... sampai dah ada orang tanya kat shoutbox "saichou : salam ady...byk gak kisah romantic ni, bila lak nk review movie..rindu ler.." sorry bro... bukan tanak review tapi sekarang ni dah kurang sikit tengok movie sebab rumah dah pindah dan tak dekat dah dengan MBO Ampang. Apapun aku try review 2 movie yang sempat aku tengok sebelum ni kat MBO. Jom layam...

Transformers : Revenge Of The Fallen
Huhuhu lambatnya aku review movie ni.. rasanya dah nak dekat sebulan kat panggung. Movie yang dinanti-nantikan ini memang digilai orang ramai termasuk aku sendiri. Masa tengok kat mbo dah masuk minggu ke 3 tapi panggung still penuh huhuhu... Filem ini mendapat sambut memberangsangkan selepas tayangan 3 hari pertama di Amerika sebanyak AS$126 juta (RM445 juta) WOW!!!. Transformer merupakan kisah yang diangkat daripada daripada komik dan kemudiannya diadaptasikan menjadi animasi yang cukup popular pada tahun 1980. Pada tahun 2007 Filem pertama di tayangkan di seluruh dunia dan movie ini mencetuskan fenomena baru di mana peminat semakin ghairah untuk melihat pertembungan antara transformer jahat (Decepticon) dan baik (Autobot). Filem yang menelan belanja hampir RM700 juta ini di bina berlatar belakangkans set perkampungan mesir yang dilaksanakan di New Mexico, America Syarikat. Aksi filem, pengembaraan dan fiksyen sains ini di arahkan oleh Micheal Bay dan dibantu oleh pelakon hebat seperti Isabel Lucas, Josh Duhamei, Megan Fox dan Shia Labeouf. jom review skit!!!

Sam Witwicky (Shia LaBeouf) memasuki ke alam kolej dan terpaksa berjauhan dengan keluarga dan Bumblebee, rakan robotnya yang boleh bertukar menjadi kereta Camaro. Sam mula melihat pelbagai simbol melalui kejadian seperti 'sawan' akibat proses peralihan informasi. Sam telah mengetahui rahsia asal usul Transfomers di bumi selepas menyaksikan dari serpihan kiub Allspark dan Decepticons perlu menangkap Sam untuk mendapatkan informasi. Walaupun membuat banyak percubaan, misi Decepticons nampak tidak berhasil apabila Sam dibantu oleh Autobots. Sam dan teman wanitanya Mikaela (Megan Fox) terpaksa menjadi pelarian apabila Decepticons mula menyerang bumi dan memberitahu penduduk dunia akan di ancam jika Sam tidak diserahkan kepada mereka. Selamatkah Sam? Dapatkah Sam dan Autobot menyelamatkan dunia? Tengok laa sendiri ek :P...

Ice Age : Down Of Dinosaurs
Filem animasi terhangat tahun ini mungkin ramai yang takkan terlepas untuk tengok. Filem Animasi ini merupakan binatang-binatang prasejarah yang telah menemui sebuah hutan yang selama ini 'lenyap' didiami oleh dinosours dengan menampilkan suara-suara Ray Romano, Queen Latifah, Denis Leary, John Leguizamo, Seann William Scott, Josh Peck, Simon Pegg, Chris Wedge dan Karen Disher. Down of Dinosaurs adalah filem animasi ke tiga Ice Age, Kali ini anda masih akan dihiburkan dengan karenah tupai mengejar kacangnya (Scrat) dan beliau akan mendapat teman baru hehehe... Jom layan...

Elly dan Manny (Gajah Besar Memot) bakal menimang cahaya mata, Manny amat teruja dan sibuk mengatur kehidupan keluarga yang bakal diimpikan. Diego (Sang Singa) telah hilang ketangkasaannya semenjak bergaul dengan sahabtnya Manny dan Sid. Diego memutuskan untuk kembali ketempat asalnya. Persahabatan mereka kian pudar kerana hal masing². Sid (Si Mata Besar) teringin menjadi ibu setelah melihat Elly dan Manny, dan akhirnya beliau terjumpa 3 biji telur T-Rex dan menjaganya sehingga menetas. Watak Sid yang sungguh lucu dalam filem ini menghadapi masalah apabila ibu T-Rex mengamuk kehilangan telurnya. Akhirnya Ibu T-Rex tersebut berjaya menjumpai anak²nya dan membawa Sid pergi sekali ke tempat asalnya. Elly, Manny dan Diego berkejar mencari Sid dan persahabatan mereka mula kukuh. Saksikan detik² cemas, lucu dan pemandangan indah dalam menyelamatkan Sid di sebalik hutan bawah tanah yang didiami dinosour!

2 comments:

eNaSaN said...

huhu lamer x nGk wayanG...lalalalla

LuVidA^^ said...

ice age...mmg sgt bes.
tige2 x miss tgk..
:D