Monday, July 27, 2009

Menghargai Apa Yang Kekasih Tidak Mahu

Kebanyakan teman wanita lebih mementingkan penampilan diri sehingga melupakan apa yg teman lelaki inginkan. Justeru itu, jangan salahkan teman lelaki kalau kebahagiaan kamu umpama telur di hujung tanduk. Sepatah kata, harus dijadikan pedoman dan kamu akan lebih dihargai sekiranya belajar menghargai apa yg pasangan tidak mahu kamu lakukan.

Perhatikan adakah kamu tergolong seperti perkara yg dinyatakan :
  • Pura-pura bodoh walaupun kamu tahu penyelesaian sesuatu masalah. Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan inginkan perhatian dari kekasih kamu.
  • Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh.
  • Merajuk tak tentu pasal.
  • Segala hal peribadi yg patut diselesaikan sendiri, contohnya membayar bil telefon, mengambil baju di kedai dobi dan sebagainya sengaja diserahkan kepada kekasih.
  • Selalu bercakap dgn anda manja dan kebudak-budakkan.
  • Sering mereka2 cerita atau menimbulkan masalah dengan harapan kekasih kamu akan memberi perhatian yg lebih.


Risiko yang akan kamu hadapi :
  • Kekasih akan hilang hormat pada kamu
  • Selama mana kamu bersikap begitu, kamu terus dianggap anak kecil bukan kekasih yg matang. Memang sesetengah kekasih senang dgn keadaan begitu tetapi ianya memberi kesan buruk pada mereka. Dalam semua segi, kamu dianggap sebagai teman wanita yg tidak pandai menghargai diri sendiri mahupun kekasih sendiri. Sebarang keputusan atau apa yg kamu lakukan tidak mungkin mendapat kepercayaannya melainkan dengan bantuan org lain.


Kamu akan kehilangannya
Hakikat ini nyata. Bayangkan bagaimana sabarnya seorang kekasih melayan karenah kamu, lambat laun akan jelak dan bosan. Sampai bila kamu harus bergantung kepadanya dan sampai bila pula dia harus sentiasa ada di sisi kamu utk memberi bantuan? Apabila persoalan ini akan bermain di fikiran kekasih kamu, ini menandakan satu hari nanti kamu akan kehilangannya.

9 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

betul tuh..
kena matang..
buat sendiri selagi boleh..
tul x?
kalau dah tak boleh sgt..baru la minta bantuan dia..

imHepPie said...

hwaaa...da ilang pon..
xkira being nice camna pon kalo dia da jumpa yg lgik cun..kita nih bolayan je huk3

joegrimjow said...

nasihat berguna
ke
fakta>

hasni said...

saya dalam situasi diatas
tp bkn sy y tmbulkan masalah
jgnla hentam popuan sangt ya

hasni said...

ops
teda plak sebut popuan dlm tu
suri

easza said...

nasib baik semua perkara pun sy buat sendiri... apakah itu bermakna sy xperlukan si dia pulak??? terlalu berdikari mungkin...

eNaSaN said...

huhuhu aku xde kekasIh Lg ahaks......




so tips yg bGus di masa depaN...lalallalala

ibu_umairah said...

sokong 100%..........pikir dulu sebelum buat

Anonymous said...

btol tue..aku da bosan dgn bf aku.. cke mrajuk x tmtu psl.. lmbt kjut nk mrajuk.. g tgk wyg dgn mak pn nk mrajuk... ble aku pjuk.. dea mare2.. ble aku x pjuk dea mare gak.. dea tue pnas bran..ego x tntu psl.. bende kcik x dpt tgk wyang pn.. bhari2 nk mrajuk..pnat aku pujuk.. tp time mrajuk ckp nk mnje2..tp dea kne phm..aku x de ikatan dgn dea.. mne bleh..ble x dpt... nk mgamuk x tntu psl.. tp aku syg dea..tp npe aku pjuk dea aku kne mare.. ble aku mrajuk pn dea mare aku.. dea ckp npe nk bsar2kan masalah..tp klu dea mrajuk psl x dpt tgk wyang je..x pe plak...bosan..aku bosan skang dgn dea..tp aku syang kt dea..