Thursday, April 30, 2009

Pemenang Pengunjung Ke 10,000


Ingatkan dah tiada pemenang... Tahniah kepada saudari miszjue! kerana telah memenangi peraduan pengunjung yang ke 10,000 dan seperti yang dijanjikan disini aku tepek special award untuk beliau (sila la amek yer) dan hadiah top up ehem² tak buleh bagitau... nak tahu tanya laa beliau sendiri :P

Terima kasih sekali lagik diucapkan kepada semua pengunjung, Insyallah kalau ada kesempatan dan rezeki, aku akan buat peraduan lain... Ada yang nak jadi sponsor tak? :P

Wednesday, April 29, 2009

Buat Duit Dengan Blog

Semalam aku terima buku ni "Buat Duit Dengan Blog" dari Wife aku after aku order isnin lepas dan yang bestnya buku ni aku dapat free sebab my wife ada kawan yang baik hati bagi jer kat dia. Buku ni aku dapat tahu melalui salah seorang kawan aku "Kear KB a.k.a Blogger @ Ikram" aku kenal dia masa kat forum SureHebat. (Dulu aku suka lepak kat Forum) atas sebab minat yang sama aku banyak minta petunjuk dekat dia, Cerita pasal photoshop sehinggalah ke blog dia memang best! tak kedekut ilmu. Melalui buku tersebut "Buat Duit Dengan Blog" memang menarik minat aku dari dulu lagi... yer laa sepa tanak buat duit lebih² kalau dah ada blog sendiri, namun setelah khatam baca buku tersebut (138 muka surat jer tak sampai 2 jam baca) banyak tips² yang berguna untuk dipelajari oleh para blogger yang nak buat side income melalui blog dan teknik yang ditulis sememangnya digunakan oleh ramai Internet Marketer Profesional dan terbukti menghasilkan duit. Buku ni jugak sesuai kepada mereka yang baru nak belajar buat blog kerana di dalam buku ini terdapat maklumat lengkap daripada cara² membina sebuah blog hinggalah nak buat duit dengan blog. Jom baca serba sedikit hasil karya Yazid Yahya (www.strategiblog.com) ini.

Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran.

  • Melalui buku ini, pembaca didedahkan dengan:
  • Perkara asas dalam blog
  • Blog lawan laman web
  • Teknik menghasilkan blog
  • Strategi buat duit melalui blog

Turut dibongkar, teknik endapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.

Kepada kawan² yang nak belajar buat blog dan buat duit dengan blog bolehlah beli buku ni di pasaran, buku ni dah berada di dalam pasaran start bulan lalu dengan harga RM14.50.

Award Pengunjung Setia

Terima kasih kepada pengunjung yang menyertai peraduan "Pengunjung Ke 10,000", Tak sangka semalam laju jer counter unique berjalan dan Alhamdulillah kita dah ada pemenang, tapi pemenang tersebut belum lagi menghantarkan email kepadaku... Kemanakah kau menghilang wahai pemenang?

Apapun kepada yang kurang bernasib baik aku tidak akan menghampakan kalian dan sebagai tanda keikhlasan menghargai kunjungan kawan² sehingga membuatkan blog yang sederhana ini mencecah sehingga 10,000 pengunjung, aku ingin memberikan sebuah Anugerah/Award yang tak seberapa ni untuk semua Follower dan Pengunjung Setia blog ini. Terima kasih atas kunjungan anda... Disini kita bertemu dan saling bertukar ilmu....

P/S: Pemenang Pengunjung ke 10,000 sila email aku sebelum besok, jika tiada pemenang peraduan ini akan diteruskan melalui pengunjung yang ke 11,111 :)

Tuesday, April 28, 2009

Pengunjung ke 10,000

Terima kasih atas sokongan dan kunjungan kawan² sepanjang blog ini dilahirkan, untuk menghargai para pengunjung, aku nak bagi hadiah kepada pengunjung yang ke 10,000. Hadiahnya merupakan banglow 8 tingkat dan kereta lamborghini reventon edisi 2008 heuheuheu percaya ker? hahaha kena tipu! Ok siyes sebagai penghargaan aku akan bagi Award dan Top-up Handphone sebanyak hurmm... Jeng... Jeng... Jeng... (Rahsia) heuheuheu ok lah tu!!! Ada lagik!!! dan jugak PERCUMA sebuah "Banner" Gif/Flash atau Pengubahsuaian Template pada blog. So kepada pengunjung yang ke 10,000 sila hantarkan Print Screen (Jangan Edit) dan email kat aku di adysyam2001@yahoo.com atau YM kalau aku online.

Disini kita bertemu dan saling bertukar ilmu, bersama kita berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk memperkasakan akal dan diri :).

Friday, April 24, 2009

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Last week aku review The Mall Cop dan Naak (Thai) dan kali ni aku nak review pasal filem Bohsia "Jangan Pilih Jalan Hitam" (18PL). Filem ni diarah dan dilakonkan sendiri oleh Jutawan Muda Malaysia "Syamsul Yusof", memang luar biasa dan sungguh menarik tapi jangan salah anggap kerana tajuknya yang mungkin agak keterlaluan kepada sesetengah penonton. Pengarah filem ni sebenarnya ingin penonton memahami filem ni mengenai masalah golongan ini dengan lebih dekat untuk pengajaran melalui tajuknya "Jangan Pilih Jalan Hitam". Filem ini telah mengupas sebuah kehidupan gadis² (Bohsia) dengan aksi² mat rempit, berbaloi pengarahnya membelanjakan RM1.5 juta untuk pembikinan filem ni kerana ianya memang sebuah filem yang ummpphh!!! kehidupan mat Remp-It yang kita lihat sebelum ini memberi kelainan dalam filem ni dengan aksi lasak dan mencabar, memang tak rugi kalau tengok. Adegan rempit, sepak terajang, kisah cinta, keluarga dan kelainan skrip oleh barisan pelakon yang mantop membuatkan filem ni memang aku rasa boleh cecah box office! Ok aku cerita sedikit tentang filem ni.

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy (Salina Saibi) dan Tasya (Nabila Huda) yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul) teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai(Shaheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar. Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam(Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah(Diana) tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz, relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh(Nasir Bilal Khan). Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku… Saksikan BOHSIA di pawagam pada 23 April ini.

Perghhh cerita yang panas!!! ah... apa tu tunggu lagik jom layan kat pawagam yang berhampiran.

Tutorial Overflow/Scroll

Memandangkan ramai yang request untuk code ni so aku buat tutorial serba sedikit untuk code Overflow/Scroll pada gadget. Kegunaan code ini untuk singkatkan/memendekkan gadget yang terlalu panjang atau berulang seperti masa nak letak award, banner, gambar dan lain² lagi pada sidebar. Berikut adalah langkah² memasukkan code tersebut:

1. Login ke ID Blogger atau terus ke "Dashboard"
2. Klik "Layout" dan Masuk di Bahagian "Page Elements"

3. Pilih "Add a Gadget" pada sidebar seperti di atas kemudian pilih "HTML/JavaScripts" dengan klik butang seperti gambar di atas dan gambar rajah seperti dibawah akan keluar.

4. "Configure HTML/JavaScript" akan keluar setelah butang di klik seperti di bawah dan mulakan dengan copy code Overflow/Scroll dalam kotak di bawah dan paste kedalam "Configure HTML/JavaScript" untuk kelebaran dan22



5. Paste code di atas pada atas@awal dalam kotak "Configure HTML/JavaScript" kemudian mulakan dengan memasukkan link Award, Banner, Gambar atau sebagainya seperti gambar dibawah. Kelebaran dan ketinggan (width: dan height:) boleh diubah mengikut citarasa masing² tapi pastikan lebar (width) tidak melebih sidebar template masing² agar tidak terkeluar atau tersasar daripada garisan
Dan hasilanya adalah seperti di bawah ini

Dari Azizan4444


Dari Edan Coba


Dari Luvida


Dari Daus


Dari Cik Angah


Dari Yanie


Dari Borneo Falcon


Dari rosCha


Dari PJ


Penambahan
Selain code Overflow/Scroll ini kawan² jugak boleh menggunakan code HTML marquee sebagai alternatif seperti tutorial yang lepas dengan copy dan paste code seperti dibawah ini


Dan hasilanya adalah seperti di bawah ini











Ok tu jer... Enjoy!~

Thursday, April 23, 2009

Welcome To Sandakan

Salam kawan² kali ni aku nak bercerita tentang kampung halamanku, Ya betul! Sandakan, Sabah. Aku di lahirkan di daerah ini dan mendapat pendidikan awal di sini, Time aku naik Form 2 aku berpindah ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran dan balik ke Sandakan setelah aku Form 4 kemudian berhijrah lagi ke Semenanjung semenjak aku berumur 18 tahun. Eh apsal pulak cerita pasal sekolah ni ngeeee... :P, Sandakan merupakan daerah yang terbesar di negeri Sabah tapi bukan Ibu Negeri, Ibu Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu, kat bawah ni aku nak story sedikit info tentang Sandakan.

Pengenalan
Mengikut catatan Sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu iaitu "SANDAK" yang bererti "pajak gadai". Jadi pengertian keseluruhannya adalah "bandar yang di pajak gadai". Sandakan terletak kira-kira 1,900 kilometer dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia dan hanya kira-kira 28 kilometer dari sempadan negara Filipina. Bandar Sandakan telah wujud sebagai sebuah residensi semenjak tahun 1948. Sandakan telah dipilih sebagai Bandaraya pada 02.02.2002 dan mendapat gelaran "Sandakan Bandar Alam Semulajadi", Setiap daerah pasti ada tarikan tersendiri dan bagi aku, Sandakan daerah kelahiranku mempunyai banyak tarikan... Selain daripada pusat pelancongan

Penduduk
Penduduk Sandakan terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, Kadazandusun dan suku-suku lain seperti kaum Bugis, Bajau, Murut, Sungai, Suluk dan sebagainya. Mengikut Bancian Penduduk 2000 penduduk yang terdapat di daerah ini adalah seramai 368,916 orang , mengikut pecahan :

* Bumiputera = 168,478
* Bukan Bumiputera = 86,208
* Bukan Warganegara = 114,230

Hurmm... ramainya bukan warganegara, namun itulah lumrah penduduk di Sandakan, kerana sempadannya hanya 28 kilometer daripada Filipina membuatkan ianya sering dilawati oleh orang luar. Apa yang aku suka pasal Sandakan ni sebab kedudukan bandar dan kampung yang berada di tepi laut membuatkan aku pernah menjadi seorang Nelayan, ingat lagik masa sekolah dulu² selalu lepak di Tembok Pasar tengok sunset... Alahai rindunya... Bukan sekadar tengok Sunset siap boleh memancing lagi. Sandakan jugak merupakan Pusat Pelancongan kerana mempunyai Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok iaitu salah sebuah Hutan Asli Terpelihara dimana kawan² buleh tengok Orang Utan, Bukan saja Orang Utan, Monyet Belanda pun ada, Sepilok terletak 14 Batu daripada Pusat Bandar dan 8 Batu dari Pusat Bandar terdapat satu Taman Buaya. Haizz Sandakan... I miss You...

Monday, April 20, 2009

Filters Unlimited 2.0

Satu lagi software yang sangat berguna... pada semua kawan² yang ada Photoshop tu wajib ada software ni... Portable You!!! Jom... mudahkan kerja² photoshop anda dengan Filters Unlimited ini, macam² adaaa!!! Dengan software ni kawan² tak perlu susah² nak berguru atau bertutorial lagik... hanya dengan 1 klik anda boleh mengubah pelbagai bentuk hanya dalam 1 filter.
Klik bawah ni untuk download


File adalah bentuk *.rar pastikan ada mempunyai software Winrar. Setelah habis download, extract file Unlimited Filters 2.0 didalam C:\Program Files\Adobe\Photoshop CS3\Plug-Ins\

Apa? Korang takde photoshop lagik?
oh ok download kat sini.

ENJOY!!!

TAG Dari n4dhi3r4

Pepagi dah kena TAG... Nasib baik tag dia simple... ah cik n4dhi3r4 meh sini baca tagmu yang kujawab dengan penuh keikhlasan... (ikhlas tak tahan tu)

Nama timangan:
Semua orang panggil aku ady... tapi ada satu ketika dahulu tu masa aku pegi Hollywood orang jerit kat aku.. wow Brad Pitt!!!! eh no he is Tom Cruise laaa tapi aku abaikan jer... sebab aku tau sekadar bermimpi

Anda seorang yang:
comel... cute.. tampan... segak... (muahahahaha) aku bukan perasan laa weii... dulu² ramai orang cakap kat aku macam tu tapi aku kewl jer~! walaubagaimanapun aku ni jenis biasa² jer... nothing speacial... suka akan kesederhanaan... :)

Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa:
Banyak yang istimewa ni... tapi biar laa aku letak Ibu aku disini... tanpa beliau aku tak lahir kat dunia ni... tanpa beliau... aku tak berpendidikan sebegini... tanpa beliau... aku tak sewaras begini... thanx mom... love you so much!~

Lagu kesukaan sekarang:
lagu sekarang? yang up2date laa ek? hurrmm... lagu apa best? tapi aku memang suka lagu ni meh layan.. dulu kini dan selamanya... sentiasa best Warisan Wanita Terakhir


Benda wajib dalam handbag:
adess aku takde handbag ar...

Kali terakhir nangis:
ah ni aku ingat ni... masa aku tidur aku termimpi sesuatu yang amat menyedihkan... tup tup air mata aku mengalir... lepas tui aku kesat kemudian aku sambung balek tidor... ngeee.. mengantuk bah!

Tag ramai-ramai rakan kamu:
Batman, Spiderman, Ultraman, Cicakman dll... :P

Saturday, April 18, 2009

Adam - Tukang Gempak



Sederhana Itu Indah


Ahli Fiqir - Fikir Fikir



Sederhana Itu Indah


Aizat - Kau aku



Sederhana Itu Indah


Aizat - Pergi



Sederhana Itu Indah


Akim - Bengang



Sederhana Itu Indah


Amy Mastura - Lagu Happy



Sederhana Itu Indah


Bau - Manifesto



Sederhana Itu Indah