Saturday, April 18, 2009

Mall Cop & Naak (Thai)

Semalam macam biasa aku pegi MBO jalan kaki dari rumah, 5 minit jer dah sampai... dan seperti biasa aku layan 2 movie... 1st aku tengok cerita Thailand kemudian layan cerita comedy Mall Cop... meh aku review cerita movie² ni.

Mula² aku layan movie Thailand... Tajuk movie dia Naak... hampir² Nang Nak... korang pernah tengok Nang Nak tak? movie yang satu ketika dahulu pernah menang 4 award sempena Asia-Pacific Film Festival 1999, bukan saja ceritanya seram malah cerita tersebut merupakan cerita benar (lagenda) seorang isteri yang setia menunggu kepulangan suaminya daripada perang sehinggalah pada satu hari berlaku perkara yang tidak diingini (seram woo)... eh ni review movie lain la plak... ok aku story pulak cerita pasal movie Naak 18PL yang aku tengok semalam... cerita pun ada unsur² cerita lagenda orang² Thailad yang berkisarkan tentang manusia jadian (naga ular) daripada Myanmar dibawah ke Thailand. Hero Macho (Seorang Askar) ingin menyelamatkan wanita (naga ular) tersebut sehingga terrrr jatuh cinta... dan abang wanita dalam cerita ni(naga ular) membalas dendam kerana adik beliau telah diculik dan ingin dijadikan bahan kajian oleh pihak amerika. Cerita ni penuh babak aksi tembak menembak... tumbuk bertumbuk... dan aksi ganas naga ular... seram jugak laaa... tak rugi tengok walaupun kesan 3D tak seberapa cantik... namun orang thailand ni berani menonjolkan sesuatu yang luar biasa... tengok arr sure tak rugik.

Movie yang kedua ni pulak adalah movie pilihan aku... Mall Cop... ingat pada pelakon tombam tapi cute yang berlakon dalam movie Hitch... alaaa yang Wild Smith berlakon jadi pakar perunding bagi orang yang bermasalah jatuh cinta... kemudian dia berjaya akhirnya... beliau berjaya menyatukan pasangan tersebut setelah pelbagai rintangan yang diduga... lelaki tersebut tak silap tak bukan... Kevin James... kali ni KJ jadi hero dalam movie Mall Cop yang mengisahkan beliau sebagai anak dan ayah kepada keluarga yang sederhana dan bertanggungjawab sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah shopping complex terkemuka.. opsss bukan pengawal keselamatan... PEGAWAI KESELAMATAN heuheuheu.. itu laa ayat yang dia betulkan dalam movie tu... cerita memang tak kering gusi kalau tengok... sesuai di tonton untuk seisi keluarga, dalam movie ni beliau memegang watak Paul Blart seorang Pegawai Keselamatan yang menghidap penyakit tekanan gula pada badan dan telah jatuh cinta dengan salah seorang pekerja didalam complex tersebut... filem komedi romantik dan lasak ini memang betul² tak rugi kalau tengok.... bayangkan laaa tiba² shoping complex kena rompak... semua orang keluar dan dia sorang jer kat dalam dengan 6 orang tebusan yang lain termasuk girlfreind beliau.... heuheuheuheu memang kewll!~!~!~ tengok arrr sure tak rugik!!!

8 comments:

Saichou said...

thanks for review...rase cm nk tgk jer...

Ady Syam said...

Mall Cop tu sure menggeletek heuhueuehueheu... tak rugi aku tengok :)

Ivy Metaga said...

macam best jak cerita thailand tu, cerita nang nak tu pun mmg best kan huhu..takut tapi sedey tgk ujung2 cerita tu...

WeBViDeOKLiP said...

da lame x tgk wayang
malaupon umah dkat ngan mbo
heeheh

[S]itie [B]Um [B]Um said...

mall cop best!

D'Rimba said...

"Saya nak buat anugerah untuk pengunjung blog saya boleh tak tolong ajarkan caranya dari mula sampai habis emelkan ke drimba81@gmail.com ye segera. Terima kasih...

Ummi Hanie said...

Naak ? Versi baru ker??

yg sy penah tgk tu , Nang Nak . Jln ceriternyer lbey krang mcm yg Ady criter tu...

Ady Syam said...

a'ah ummi hanie... naak movie baru.. best arr tapi nang nak lagi best :P