Wednesday, October 1, 2008

Welcome To My Family Sayang

Tahun ni aku rasa cukup gumbira di hari raya, bukan setakat dapat balek kampung malah dapat balek dengan Sayangku. Dengan niat yang suci dan murni akhirnya kepulanganku bersama Sayangku disambut baik oleh keluarga, "thanx mom" kerana memahami pilihan anak mu ini, 1 syawal jugak adalah hari pertunanganku dengan Sayangku.



Kami memilih 6/12/2008 bersamaan 8 Zulhijjah 1429H sebagai tarikh keramat kami.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

YA ALLAH,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku. Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami Agar kemesraan itu abadi. Maka jodohkanlah kami apabila sudah masanya.

TETAPI YA ALLAH, Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku. Bawalah dia jauh dari pandanganku Luputkanlah dia dari ingatanku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI, Berikanlah aku kekuatan. Menolak bayangannya jauh ke dada langit bersama senja nan merah. Agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya.

YA ALLAH YANG TERCINTA, Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.

YA ALLAH, Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaanku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, janganlah Engkau biarkan hamba-Mu ini bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah kepadaku seorang seorang pasangan beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah.


YA ALLAH, Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat Dan periharalah kami daripda Azab api neraka.


Amin.....

All In The Faimly

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
"BAHAGIALAH BERSAMA KELUARGAMU"



Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin