Wednesday, June 24, 2009

Tutorial Print Screen

Tutorial ni nampak senang tapi ramai yang tidak tahu bagaimana hendak mengambil gambar yang tertera di dalam screen monitor mereka. Setiap keyboard mempunyai butang Print Screen SysRq (System Request). Setiap kali membuat tutorial aku akan gunakan Print Screen untuk copy blog aku sendiri dijadikan gambar rujukan. berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Buka @ Paparkan Screen yang ingin di copy

2. Tekan Butang Print Screen SysRq pada Keyboard seperti gambar di bawah

3. Buka Software Photoshop atau kalau nak senang gunakan Paint pun boleh.

Start > Programs > Accessories > Paint

4. Kemudian Pergi ke Menu Tab Edit kemudian Paste atau kalau nak lebih cepat gunakan shortcut keyboard Ctrl + V

5. Sekarang anda boleh melihat hasilnya dipaparkan dan anda boleh Edit gambar tersebut. Setelah selesai Edit, Save ke dalam komputer!


Tambahan

Untuk mengecilkan gambar yang di edit melalui Photoshop, anda hanya perlu ke Tab Menu IMAGE > IMAGE SIZE > tukarkan size yang anda suka

Untuk mengecilkan gambar yang di edit melalui Paint, anda perlu ke Tab Menu IMAGE > STRECH AND SKEW seperti gambar di bawah, kemudian gantikan Horizontal dan Vertical mengikut citarasa anda tetapi peratusnya mestilah sama contoh gambar tersebut ingin dikecilkan 50% jadi masukkan keduaa-duanya Horizontal 50% dan Vertical 50%


Selamat Mencuba!

6 comments:

lalink7 said...

ady, inikah jawapan kepada soalan ku tadi?

hehe..thanks yer..
kalau nak copy skiet je cemane?

gambar tue skiet je?
haha..banyak songeh diriku ini..

Ady Syam said...

a'ah lalink :D

kalau nak copy sikit jer kena edit guna selection petak tu.. cut kemudian paste balek dapatlah yang di inginkan :)

lalink7 said...

wokeyyyyyyyy..
cun...bru paham...

mekasih ady... ^_o...
thanks bery much yer..

Precious said...

Thank you. Hu hu hu ...

sHaH said...

blog ni best!!
memang mencarik print screen ni dpd dulu..
huhuhu..
thank bro..

Anak Gemilang said...

tQ bro..