Saturday, June 13, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak

Siapa dah tengok filem ni? huhuhu semalam aku baru tengok, filem ni mula di tayangkan dipawagam pada 4 jun lalu. Aku tengok filem ni semalam after habis solat jumaat, boring kat kedai tak tau nak buat apa aku turun sorang2 masuk Metro Kajang pegi tingkat 3 layan movie ni, terkezut jugak tengok movie ni siap orang belakang aku jerit lagik... tapi dalam takut ada lawak... lepas menjerit tergelak la pulak heuheuheu... begitu laaa cerita komedi seram Ahmad Idham kali ni yang mana kos perbelanjaan untuk filem ini memakan RM 1.6 juta dan hampir keseluruhan pengambaran ini di buat di Perlis Indra Kayangan.

Para barisan pelakon dan pelawak senior dalam filem komedi seram ini membuatkan penonton tidak kering gusi dan adegan seram yang ditayang pun boleh tahan. Jom layan sinopsis filem ini;

Pak Sudir seorang yang kaya raya dan dikatakan memelihara saka dan tinggal bersama seorang pembantu iaitu Mustika (Lisa Suriani). Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor (Azlee Senario) dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Punai (Mazlan Pet Pet) seorang pemandu, Asmat (Cat Farish) Seorang pembantu studio dan Johan (Shahiezy) Seorang pelakon tambahan merupakan 3 orang pemuda daripada KL telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya yang menyatakan mereka adalah cucu dan waris harta Pak Sudir. setibanya di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika? Nantikan filem ke 31 dari MIG Production Sdn Bhd., JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK.

7 comments:

aku hUnNy (^_~) said...

hunny da tgk..!!!:)

Aspalela said...

pasti kan ku cari dvd nyer...
ekekkeke

Ivy Metaga said...

oh best ke, nt cuba tgk hehhe

Mira said...

orang cakap citer ni kelakar sangat. mira belum berkesempatan lagi nak ke pawagam. tapi kalau betul citer ni mmg kelakar rasa cam nak gi je..

anys said...

mcm menarik..
tp yg paling best toyol la..
keke

Ema@Red said...

citer lawak tapi make up hantu dia real.... BERTUKARRRRRR!!!!

Eyna's said...

sy pun dah tengok...
memang kelakar...
manjang gamat je panggung dbuatnye....