Wednesday, July 15, 2009

Lelaki Idaman Wanita

Lelaki Tulin
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki Yang Berharga
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki Berteguh Jiwa
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki Yang Sederhana
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki Tampan
Wanita menganggap ketampanan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki Berpendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki Yang Kemas Dan Bersih
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki Cerdik
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki Yang Cekap
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki Bijak
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki Yang Tabah
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki Berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki Yang Baik
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki Yang Sopan
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki Yang Mengasihi
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki Yang Ceria
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

4 comments:

LuVidA^^ said...

lelaki yg kaya x de ke?
lallaalalla

lalink7 said...

sokong Luvida..hoho..
sangat mata duitan kite neh..hehe

tapi saye lagi suke berkawan dengan laki BIJAK dan CERDIK..
InsyaALlah..kiter jgk akan jadi sebijaknya..AMin..

=D

Anonymous said...

klu dpt lelaki yang baik syukr la. hihi. dan syg pd sy.. keh2..

noorafzan.blogspot.com said...

setuju~
tapi x dapat semua..
dapat 50% pun dah cukup~