Saturday, March 14, 2009

Bila Aku Komen Pasal Movie's...

Aku nak comment skit pasal 3 movie yang dah aku tengok... ini adalah antaranya


Movie : Slumdog Millionaire
Ini movie bollywood yang aku tgk kat DVD jer, tapi perghh!!! memang best dan tak hairanlah dapat banyak award... nak tahu berapa award movie ni dpt? 8 Anugerah OSCAR dan lebih 80 award lain, WOW!!! memang MELETOP!!! Rugi Shahrukhan tolak berlakon dalam movie ni ngeee... Sebab dia tolak kerana movie ni kononnya menghina negara beliau sendiri.

Cerita dalam movie mengisahkan kehidupan seorang remaja lelaki yang berjaya menjawab soalan Who Wants To Be A Millionaire sehingga ke akhir soalan. Dia dapat jawab semua soalan tersebut bukan sebab dia Genius @ Terer... Yang menakjubkan semua jawapan dalam soalan rancangan tersebut adalah berkisarkan kehidupan latar belakang beliau dari kecik sampai dia besar, liku² kehidupan, percintaan, persahabatan memantopkan isi movie ni dan memang tak rugi kalau tengok.

My Rate: 95% Best!!!!


Movie : Street Fighter - The Lagend Of Chun Li
Kepada mereka² yang minat game Street Fighter atau pernah baca comic Street Figther memang dah boleh tafsir pasal movie ni, Kristin Kreuk Bekas Heroin SmallVille memegang watak Chun Li dalam movie ini, Gadis Keturunan China dan Mat Salleh ini ingin membalas dendam atas Kejahatan Bison yang membuatkan beliau yatim piatu dan berhijrah dari Hongkong ke Bangkok untuk mencari identitinya sendiri. Daripada gadis bermain piano beliau menjadi Fighter yang hebat, Kecekalan menghadapi dunia yang penuh tanda tanya dan adegan tumbuk menumbuk memang best membuatkan aku rasa tak rugi jugak laa tengok kat MBO .

My Rate: 75% Best!!!!


Movie : Dragonball Evolution
Inilah dia cerita Goku... Musti ramai yang dah tengok... cerita dia kira ok laa... memang ambil serba sedikit daripada buku dan cerita anime asalnya, 1 malam aku layan 2 movie kat MBO dan ini adalah movie kedua aku layan, tgk trailer memang best tapi bila tengok movie dia alahai... kira ok laa... ada Goku.. Bulma, Yamcha, Pikolo, dan Datuk Kame (Chau Yun Fatt) kira ok laa... ok laa movie ni aku tanak cakap banyak, kalau nak tau ke"best"an movie ni tengok la sendiri.

My Rate: 55% Best!!!!

1 comment:

Unknown said...

JANGAN LUPA TUGASAN PERTAMA TOP SUPERB BLOGGER AKAN DI SIARKAN HARI ISNIN 16/3/2008 DI http://www.fiq-life.blogspot.com