Monday, October 26, 2009

My Baby Boy Part 2


Huhuhu jarang² mengUPDATE blog ni, maklumlah ada orang baru, tambah² lagi kat ofis banyak keja, anyway nak continue entry lepas...

13/10/2009 (Selasa)
4.40 pagi... setelah menyaksikan kelahiran anak sulung kami, misi menghalau aku dari bilik bersalin dan menyuruh aku menukar pas lawatan aku semula dan mengemaskan barang² dikatil isteri aku di wad 4D untuk penukarkan ke katil wad 4C. Aku bergegas keluar dari wad tersebut dan menukar pas lawatan kemudian pergi ke wad 4D untuk mengemas barang² isteri dan baby. Setelah selesai mengemas aku keluar dari wad 4D dan menunggu isteri aku di wad 4C. Wad 4C merupakan wad ibu² yang telah bersalin, tidak lama kemudian isteri dan anak aku dihantar oleh 2 orang misi menuju masuk ke wad 4C. Aku kemaskan barang2 di almari yang disediakan dan Syahmi berada didalalm troli khas yang disediakan. Aku tak buleh lama disitu sebab sekarang bukan masa untuk melawat. Kedengaran jelas tangisan baby orang lain didalam wad tersebut... Sayu... anak aku lena didalam trolinya... mungkin dia ingat masih dalam perut lagi kot... kukucup dahi isteriku sekali lagi.. dan meninggalkan wad 4C dan pulang kerumah.

5.30 pagi... kereta kupandu perlahan meninggalkan perkarangan hospital... sungguh lengang suasana pagi ini. Aku membawa uri anakku bersama untuk dicuci dirumah, Alamak! macamana nak cuci uri ini? aku panik sedikit, lantas teringat Abang Man di Kajang. Aku terus telefon... Alhamdulillah Abang Man setuju tolong aku untuk cuci uri baby dan aku terus pandu kereta ke Kajang dan ambil Abang Man dan pulang semula ke Pandan Indah. Sampai di rumah Aku dan Abang Man mencuci uri baby sampai bersih... Aku sempat telefon Mak Aji di Sandakan untuk minta petua sebelum menanam uri anak aku. setelah semua selesai kami rehat. Aku betul² mengantuk...nak tak nak kerja perlu disettlekan secepat mungkin. Jam dah 7.20 pagi, aku dan Abang Man menuju ke Masjid Al-Amin Pandan Indah untuk menanam uri baby. Namun hampa... takde seorang pun disitu yang boleh aku minta kebenaran untuk menanam uri baby. Aku pergi ke pejabat masjid tersebut dan terlihat waktu berurusan... pejabat hanya akan dibuka setelah jam 9.00 pagi... aku dan Abang Man terus ke hospital untuk melawat Isteriku sesambil menunggu jam 9 pagi nanti. Malang sungguh apabila sampai di Hospital kami tidak dibenarkan melawat kerana sekarang bukan waktu melawat. Waktu tu macik guard tu hanya membenarkan aku seorang melawat atas sebab² tertentu tapi Abang Man tidak dibenarkan. Aku telefon Ima dan nyatakan akan datang jam 12.30 tengah hari nanti. Sambil menunggu jam 9 pagi aku dan abang lepak di hospital.. kami pergi beli waffle dan minum... (sedap worr waffle yang di jual di hospital tu)

Tepat jam 9.00 pagi kami kembali semula ke Masjid dan kali ini aku terlihat seseorang tengah menyapu di dalam perkarangan masjid. Lantas memberikan salam dan menyatakan hajat aku. Abang tu bagitau tanam jer kat tepi atau belakang masjid tu.. orang ramai semua tanam disitu... setelah berterima kasih aku dan Abang Man bergerak pantas menggali lubang di tepi sebelah kanan masjid... kelihatan ada banyak tanda uri baby lain ditanam disitu, setelah selesai kami pun pulang kerumah.

12.30 tengah hari... aku dan Abang Man tiba dihospital... terkezut aku lihat Mumtaj dan Has sampai dulu dari kami... huhuhu Thanx Mumtaj... Has... Sudi lawat isteri dan anak aku... kami pun mula laa pok pek pok pek... sambil menceritakan pengalaman kami kepada Has dan Mumtaj yang dah masuk 8 bulan... Isteri aku bagitau yang hari ni jugak dia buleh keluar memandangkan baby dan dia takde apa²... Aku di suruh pergi bayar bil... sekali pergi kaunter ALAMAK! dompet duit aku tertinggal di rumah... huhuhu satu hal... aku terus pandu balik ke rumah... nasib baik hospital dengan rumah tak jauh... drive pun 5 minit buleh sampai, setelah settle bayar bil, jam 2.20 petang kami semua meninggalkan Hospital Ampang dan Isteri dan anakku selamat sampai ke rumah... huhuhu... home sweet home... suite M6-1-12 kini telah bertambah penghuni seorang lagi... lepas ni kalau boring tengok muka isteri aku jer sekarang buleh tengok² muka baby pulak heuheuheu....(gurau sayang)

Aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Hospital Ampang yang mempunyai service dan kakitangan yang sungguh memuaskan. tak hairan kenapa orang luar gombak dan selayang tunggu sakit nak beranak datang ke Ampang... Service dia memang Tip Top!!! Thanx kepada Misi² yang menjaga isteri dan menyambut kelahiran anak aku... Korang memang Misi yang terbaik... thanx to awek dan macik guard yang menjaga keselamatan wad isteri aku di tempatkan... dan terima kasih kepada kawan² yang sentiasa mendoakan isteri dan anak aku sihat sejahtera... semoga Allah akan membalas kebaikkan mereka² yang terbabit... Amin...

26.10.2009 (Isnin)
Hari ni Muhammad Syahmi Danial dah masuk 2 minggu... Kuning dia dah hilang... (Alhamdulillah) Syahmi sekarang kuat menetek... Syahmi dah naik 3.8KG... Dan yang penting Syahmi sihat...

Wassalam...

Hadiah Syahmi dari kawan² Sembang-rumahtangga.net

Lena Di Ulit Intan

Kroohh!~~zzzZZZzzZZZzZz

Jelir skit.... Uweekk!~ (Bergaya Hadiah Bouncher Daripada RED)

Puutt... terkentut... heuheuheu

Apa tengok² ni? nak bagi susu ker?

Syahmi = Bijak, Berani & Mulia

9 comments:

Ann said...

bnyaknyer hadiah...syahmi, akak nk hadiah satu leh? hehe...

Dee said...

pantang sorang2 ek..jaga wife elok2 ye ady..

wanshah said...

uihh.. dah makin sihat jer baby tu ek. pe nama dia ek bro ady?

Daus said...

Comelnya anak ko Ady, ada iras ko la... kat mata dia...

Ehh, nk minta ilmu ni, kenapa kita perlu tnam uri erk?

Ady Syam said...

Ann : nak hadiah ek? huhuhu kalau buleh nak tuntut hadiah dari kakak Ann ni huhuhu...

Dee : ah'ah Dee pantang sorang2... pergghh!~!~

wanshah : wan tak baca entry penuh ek? Muhammad Syahmi Danial bin Ady Syam.

Daus : Islam menghormati setiap kelahiran manusia samaada hidup atau mati. Penanaman uri bayi adalah harus dan perlu di tanam di tempat yang selamat. Dan tempat yang selamat adalah perkarangan masjid (biasa orang tanam)... kerana perkarangan masjid tidak ada binatang @ anjing yang berlegar... so mengelakkan bau uri nanti digali semula oleh binatang @ anjing. nak lebih info buleh baca entry ni

http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Umum/SoalJawabIUmum16.htm

http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/19/wajib-ke-tanam-uri-bayi-tu/

UmiDAnisH said...

tahniah.. cumilnyer baby.. rambut terpacak macam rambut danish masa lahir dulu..hihihih

Daus said...

Owh macam tu, selama ni aku x amek tau sbb tu aku x tau...
Ma dgn Abah aku tanam kat kubur jer uri tu...

ain fathihah said...

uhhh, sgt gebu

fara said...

tahniah dia atas kehadiran orang baru..