Wednesday, February 25, 2009

Isteri Pukul Suami

Begitu la yang terjadi bagi pasangan yang akan saya posting hari ni, semalam tak beli metro.. hari terkejut bila tengok seorang suami mengadu kat balai polis sebab di pukul oleh isterinya, apa sudah jadi? dunia dah terbalek? tapi jgn terkezut... kalau dulu selalu dengar suami pukul isteri, tapi sekarang lain... Inilah yang akan terjadi bila isteri mengambil alih peranan suami sebagai ketua rumahtangga. Kita baca sama² berita ni

KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.

Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.

Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.

ni menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.

John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.

Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.

“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.

“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.

Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.

Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.

Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.

“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.

“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.

Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.

“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.

Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.

“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.

Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.

“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.

“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.

John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.

“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.

Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.

Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.

“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.

Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.
- Petikan daripada Harian Metro 24 Februari 2009

P/S: Suami mana tak sayang isteri? lu fikirlah sendiri!

3 comments:

Anonymous said...

adeh..
biar betul?
macam tak percaya je
kekuatan luar biasa camne tu sampai laki tu tak sanggup melawan?
cam tak lojik je...

erolnukman said...

mak ai..giler ke apa isteri tu..skarang ni mcmne?dah cerai?parah dapat isteri mcm tu...tu dah kira lebih dari derhaka kepada suami..alahai..dunia2..

NATDRAH said...

memang benar. Itu lah yang berlaku. Pelik tapi benar. Pergaduhan/pertelingkahan suami isteri pada alaf baru! :-)