Tuesday, February 10, 2009

Movie Pilihan 2009

Tahun ni banyak movie² best akan keluar.... so kalau nak tau movie² yang best diantaranya... jom kita tengok kat bawah ni....

Movie : Transfomer - Revenge Of The Fallen
Genre : Action & Adventure
Kalau Movie yang pertama kita dah tengok memang best btol!!! dan kali ni sure tak akan hampa, sekalik lagik Michael Bay akan membawa anda kedunia robot yang canggih manggih gitu, penuh dengan adegan lasak dan mendebarkan... yay... tak sabar nak tunggu... Movie ni akan release pada 26/06/2009. Haizzz lagik 4 bulen lebih nak tunggu... Autobot!!!! Transform!!!

Movie : XMEN Origins - Wolverine
Genre : Action & Adventure
Kalau dulu kita dah tengok 3 movie XMEN sebelum ini kini XMEN menampilkan XMEN Origins dengan menceritakan kisah hidup masa silam Wolverine... Cerita ni mengisarkan hidup Wolverine yang penuh dengan suka duka dan lara ahaks... yang pasti memang dengan adegan aksinya Shhinngg!!!! dah lama tak tengok Hugh Jackman berlakon, aku memang minat tengok movie beliau start masa tengok Van Helsing , akan menemui pawagam berhampiran anda pada 1/05/2009.


Movie : G.I.Joe - Rise Of Cobra
Genre : Action & Adventure
Teringat dulu masa kecik².. balek sekolah jer lepak kat depan tv layan katun G.I.Joe heuheuheu... dan tahun ni 07/08/2009 secara LIVE ACTION MOVIE!!! ngeee... kalau dulu² penjahat dalam G.I.Joe ni selalu jerit COBRA!!!! time nak menyerang... dan hero² dalam Gi.Joe akan jerit G.I.Joe!~ pergghh... camana laa dorang perang nanti ek? sama² la kita tunggu dan tengok nanti... bulan 8.. hurmm.. puasa dah kot.

Movie : Land Of The Lost

Genre : Comedy

Ah kalau sebelum ni kita tengok land of the dead.. pergghh seram!!! tapi pada 05/06/2009 nanti Will Ferrell hero dalam movie ni akan menggeletek anda dengan aksi komidi beliau. Dalam kisah ni beliau dan rakan²nya kembali ke masa silam dan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, saksikan laa gelagat beliau menangani masalah² tersebut tanpa senjata moden... heuheuheu sure lawak!

2 comments:

masviona said...

dah agak lama nih tak layan movie nih..pasni leh la tgk balik nih..hehe

Muhammad Azli Shukri said...

bagus juga info ni..