Saturday, February 14, 2009

Budak 13 Tahun Jadi Bapa

London : Alfie Patten semalam mengaku dia tidak tahu harga lampin. "Mahal agaknya," kata Alfie, 13 tetapi mempunyai wajar seperti budak berusia lapan tahun.

Dia menjadi bapa empat hari lalu selepas teman wanitanya, Chantelle Steadman melahirkan bayi mereka, Maisie Roxanne.

Alfie menceritakan bagaimana dia dan Chantelle, 15 memutuskan untuk tidak menggugurkan kandungan Chantelle selepas mengetahui gadis itu hamil. Budak pemalu yang suaranya masih belum pecah berkata: "Saya berpendapat adalah bagus untuk mempunyai bayi."

"saya tidak memikirkan mengenai sama ada kami mampu atautidak. Saya pula jarang terima wang saku, Bapa saya kadang-kadang memberi saya 10 paun (RM52)."

Alfie yang setinggi 1.2 meter menambah: "Apabila ibu saya mengetahuinya, saya sangka ia akan marah. Kami mahukan bayi itu tetapi bimbang reaksi orang lain, Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi bapa. Tetapi saya yakin akan menjadi bapa yang baik."

Petikan Harian Metro 14 Februari 2009


Feuww...!~ Nak tau berita penuh belilah Harian Metro hari ini. Semalam lagik aku sampai dan tidor kat sini (Kajang) sebab tadi aku baru jer amek ujian berkomputer untuk lesen memandu. Alhamdulillah setelah seminggu menelaah buku KPP dan CD ujian tu aku lulus dengan nyawa² ikan 42/50 ngeee :D. Balek dari Ujian tadi aku singgah beli paper metro dan sarapan roti canai. Terkojut aku tengok tajuk hadapan metro "Bapa Umur 13 Tahun" macam tak percaya. Inilah dunia realiti kehidupan orang Barat. Haizzzzz!!!

1 comment:

JIVEBUMZ said...

huh apa nk jadi ngn dunia sekarang nie kan?? macam2 ada..