Friday, May 15, 2009

Cinta Lelaki Lebih Hebat


Dalam hubungan cinta, lelaki sering dilabelkan perkara-perkara yang negative. Misalnya lelaki mata keranjang, buaya, kasanova, playboy dan sebagainya. Manakala perempuan kebanyakkannya positif. Diakui lelaki lebih diragui kejujurannya dari perempuan. Namun percaya atau tidak disebalik sikap buruk yang dimiliki, lelaki sebenarnya seorang pencinta yang hebat dan lebih hebat dari perempuan. Tidak percaya? Tiga perkara dibawah boleh meyakinkan kamu!

Lelaki lebih menghargai pandangan kekasih
Pujian mungkin boleh membuatkan seseorang itu riak dan sombong. Namun lelaki begitu suka andainya mendapat pujian dari orang yang dicintainya. Biarpun semua teman-teman mengkritik apa yang dipakainya atau hasil kerjanya namun oleh kerana pasangannya suka lelaki akan terus-menerus memakai dan melakukannya. Berbeza dengan perempuan lebih utamakan pandangan orang dari pandangan pasangannya sendiri. Kalau lelaki kata tidak cantik berkeras mahu pakai juga tetapi bila orang lain yang beri pandangan terus diikutkan. Betul kan?

Lelaki lebih setia
Memang benar lelaki ada sifat yang sedikit gatal. Namun sebenarnya lelaki lebih setia dari perempuan. Buktinya lelaki apabila mencintai seseorang dia sanggup berkorban dan lakukan apa sahaja untuk pasangannya biarpun terpaksa bersusah. Mereka sanggup makan mi segera dirumah semata-mata mahu memastikan ada wang untuk penuhi apa yang pasangannya inginkan. Sedangkan perempuan hanya dimulut sahaja, berkata mahu susah bersama tapi akhirnya memberontak.

Lelaki Lebih Memahami
Soal memahami ini kalau dilihat dengan mata kasar sememangnya nampak perempuan lebih memahami kerana sifat perempuan yang lembut. Walaubagaimanapun bila dikaji semula, lelaki sebenarnyalebih bersifat memahami. Buktinya lelaki sanggup menunggu bila perempuan lambat. Duduk dalam kereta berjam-jam pun sanggup. Tetapi perempuan sentiasa mahukan semuanya berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Baru lambat lima minit tetapi marahnya seperti lambat berjam-jam.

Ah macam kawan² diluar sana setuju tak? meh komen kalau berani heuhueheu.. well post ni aku cilok dari Cinta Itu Indah rakan blog untuk blog ini... apa² pun... setiap kejadian adalah ditentukan olehNya.. Dan setiap kelebihan itu pasti ada kelemahannya dan begitulah sebaliknya.

15 comments:

Ima said...

uhuk uhuk...ye kah?huhuhu

D@U$™ said...

Jiwangnya...
hohoho...

Cinta Itu Indah said...

jiwangz pun sodap la daus heuheuheuhue... tipu ar kalau daus tak pernah jiwang hohoho

Seri said...

tak suke... tak suke... huh.

Ady Syam said...

bukan tak suka... tak setuju laa Seri... tapi kadang² ada jugak kan betulnya :P tapi tak semua laaa... yang semetinya.. memang cinta lelaki hebat :P tapi malu² tanak jiwang macam daus huahuahuahua!

kasih said...

ye ke???
I doubt it...

nakashima kureno said...

huhuh.. aku jugak yg xde awek lagik.. ade sape2 yg single n available ke..??

sayalahfaizul said...

faizul setuju dengan pendapat orang yang ade pengalaman seperti tuan rumah...

well, experience is the best teacher anyway

deQ aRLonG said...

xadil...huhuhu..x semua cinta lelaki hebat..pa kurang nya wanita..kadang2 lelaki berjanji manis dibibir jak..kata cinta madah dusta..huhuhu..

cinta yang agung dua2 mencintai kerana ALLAH swt.

Ivy Metaga said...

yer ke, mane ade macam tu hahahahaha...

sama je lah antara laki ngan ppuan
tak semua laki cam tu dannn
tak suma ppuan macam tu

rambut sama2 hitam tapi hati lain2 kannn..

Honeya Diaz said...

well, baik laki atau perempuan, it depends on da situation.

contoh : ada gak perempuan yang sanggup tunggu pasangannya berjam2 berpeluh dalam kereta. begitu juga lelaki.

soal memahami, perempuan lebih memahami tapi cuma ego untuk meluahkan atau mengaku kerana takut pasangannya terluka. If lelaki memahami, dia takkan melukakan hati pasangannya dengan perempuan sana sini. what if perempuan tu yang buat? mahu terbalik dunia dibuatnya kan? so, renung2kan lah..

Soal sape salah atau sapa betul dalam hal ini bergantung pada situasi.. kadang2 blh ditujukan pd certain perempuan, kadang2 blh ditujukan pd certain lelaki.

apa yg penting, sblum buat sesuatu atau berkata sesuatu, just think if we are in her/his shoes. what if, benda yang sama berlaku pada kita.. buat apa yang kita nak dia lakukan pd kita juga.

Masz said...

yes..
of course la..

Ema@Red said...

YEEEE CINTA LELAKI LEBIH HEBAT....KERANA BOLE MENYINTAI RAMAI WANITA....

eNaSaN said...

ye ker??? mgkin segelintir jer kot huhuhu

p/s sampai skang susah nk phm "hat" lelaki... hik3

QASEH HEEDAYAH said...

to be honest, YES. *pheww*