Wednesday, April 29, 2009

Buat Duit Dengan Blog

Semalam aku terima buku ni "Buat Duit Dengan Blog" dari Wife aku after aku order isnin lepas dan yang bestnya buku ni aku dapat free sebab my wife ada kawan yang baik hati bagi jer kat dia. Buku ni aku dapat tahu melalui salah seorang kawan aku "Kear KB a.k.a Blogger @ Ikram" aku kenal dia masa kat forum SureHebat. (Dulu aku suka lepak kat Forum) atas sebab minat yang sama aku banyak minta petunjuk dekat dia, Cerita pasal photoshop sehinggalah ke blog dia memang best! tak kedekut ilmu. Melalui buku tersebut "Buat Duit Dengan Blog" memang menarik minat aku dari dulu lagi... yer laa sepa tanak buat duit lebih² kalau dah ada blog sendiri, namun setelah khatam baca buku tersebut (138 muka surat jer tak sampai 2 jam baca) banyak tips² yang berguna untuk dipelajari oleh para blogger yang nak buat side income melalui blog dan teknik yang ditulis sememangnya digunakan oleh ramai Internet Marketer Profesional dan terbukti menghasilkan duit. Buku ni jugak sesuai kepada mereka yang baru nak belajar buat blog kerana di dalam buku ini terdapat maklumat lengkap daripada cara² membina sebuah blog hinggalah nak buat duit dengan blog. Jom baca serba sedikit hasil karya Yazid Yahya (www.strategiblog.com) ini.

Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran.

  • Melalui buku ini, pembaca didedahkan dengan:
  • Perkara asas dalam blog
  • Blog lawan laman web
  • Teknik menghasilkan blog
  • Strategi buat duit melalui blog

Turut dibongkar, teknik endapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.

Kepada kawan² yang nak belajar buat blog dan buat duit dengan blog bolehlah beli buku ni di pasaran, buku ni dah berada di dalam pasaran start bulan lalu dengan harga RM14.50.

13 comments:

syanis said...

NAK FREE... X MO BAYAU... BOLEH !... HAKHAKHAK

MaMa Echa&Umar said...

mcm best aje...

dkt MPH ade x?

Anonymous said...

nak buat duit dengan blog ni sebenarnya bukan susah pun... tak perlu nak baca ebook2 camtu, sebabnya kebanyakkan ebook yang d jual isi dia lebih kurang sama ja...
yang penting ialah kena rajin untuk promosi sesebuah blog/web....
usaha kena perlu bro.

Ady Syam said...

ewah² fazura eh friendly81 rupanya... aku posting ni sebab nak promote jer kat newbie dan mereka² yang nak belajar lebih mendalam tentang carik duit ni... namun aku setuju gak dgn pendapat ko... lebih kurang arr...

P/S : janji dah tepek nuffnang cukup arr :P

D'Rimba said...

Nak dapatkan kat mana? nak pesanla sekarang ni tolong beritahu di blog saya ya segera.

Ivy Metaga said...

ady nak tanya nih, kalo tiba2 nak buat entry tapi tak dapat buka add image tu, nape yer?
ada masalah setting ka tu, ato pun masalah sementara jak, dari semalam sy tak dapat add pic dalam entry huhu..sedey oooo.
ady tolong2..
ooo..tq award tu, dgn bangga nya sy ambek award bintang fofular itu hahaha..

DrSam said...

salam,
ada ternampak buku tersebut dan beberapa buku lain (booth buku sama Azizi Ali) berkenaan menjana duit melalui blog. Belek-belek, letak balik untuk ronda-ronda lepas tu terus lupa nak beli.

LaDy NaS said...

insyaALLAH ada rezeki, aku ingin memilikinya...

FATAMORGANA said...

kalau disini beli dimana ndi'

Andi said...

errr bang iwan ndak pasti kalau disana, cuba ke laman pemiliknya di http://www.strategiblog.com/ mungkin bisa di order melalui internet :)

Ima said...

beli dkt kedai buku ade jual x silap..popular atau MPH.kalonak beli online boleh beli dihttp://www.bookcafe.com.my

slazzo said...

agak2 kalau masuk blog saya mungkin ada kot

motivasi said...

mas kasih tahu to caranya agar blog kita banyak yang ngunjungi, makasih ya, menurut mas blog say gimana kasih komentar ya mas, makasih sebelumnya