Wednesday, June 24, 2009

Tutorial Auto Hide Navbar Blogger

Navbar (Navigation Bar) merupakan frame yang berada di atas sekali pada setiap blog. Fungsi navbar yang disediakan oleh blogspot adalah untuk carian blog dan shortcut menu bagi setiap blog. Bagi mereka yang menggunakan template default navbar akan sentiasa tertera dan untuk sesetengah template yang di download ianya tidak akan di paparkan kerana sesuatu coding telah ditambah untuk melenyapkannya.

Sesetengah orang memerlukan fungsi navbar ini untuk membuat posting dan tetapan pada layout dan yang penting sekali apabila hendak Sign Out. Namun demikian ada juga orang yang langsung tidak memerlukan fungsi navbar ini kerana ingin blog mereka kelihatan kemas dan tidak mahu di dominasikan oleh blogspot.

Untuk tutorial kali ini, aku ingin kongsikan bagaimana caranya untuk menyorok navbar pada blog dan menimbulkannya semula apabila arrow mouse berada pada kedudukan atas blog (Auto Hide) seperti di dalam blog ini. Berikut adalah cara-caranya.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard.

2. Pilih Layout kemudian ke menu tab Edit HTML.

3. Copy coding dibawah dan paste pada bahagian atas
body {

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)} #navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}

4. Kemudian SAVE TEMPLATE dan selesai!!!


Tambahan

Bagi sesetengah blog yang menggunakan template download kemungkinan navbar tidak akan kelihatan. Jika ingin membuat tutorial ini sila padamkan coding tersebut pada Edit HTML seperti di bawah ini

#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
<--- padamkan semua tulisan biru
display:none
}

Selamat Mencuba!

3 comments:

Dee said...

thx for the info..

eNaSaN said...

thx yer...bgus nie.....huhuhu

KiReN said...

thnx...