Saturday, June 20, 2009

Tip Menyambut Ulangtahun Cinta

Setiap pasangan kekasih pasti mengingati serta meraikan hati ulang tahun percintaan mereka. Meraikan hari ulang tahun itu tidak salah malah ia baik kerana ini adalah salah satu cara menunjukkan kasih saying masing-masing masih menebal biarpun percintaan dimamah masa dari tahun ke tahun.

Namun tidak perlulah meraikannya terlalu keterlaluan. Bukan cara sambutan itu yang jadi ukuran kasih sayang tetapi apa yang lebih penting kamu saling mengingati satu sama lain. Ikutlah panduan dibawah bila tiba hari ulang tahun percintaan kamu dan pasti si dia gembira dengan apa yanjg kamu lakukan ini.

Langkah Pertama
Ucapan adalah yang paling penting. Sebaiknya tepat jam 12 tengah malam pada tarikh hari ulang tahun percintaan kamu kirimkanlah SMS romantic buat si dia dan nyatakan perasaan kamu selama bersamanya.
Langka Kedua
Atur Pertemua dan luangkan masa bersama si dia di hari ulang tahun kamu berdua. Andai ada peluang pergilah bercuti raikannya sehari bersama. Bermula dari bersarapan bersama, kemudian membeli belah dan seterusnya menonton wayang. Jadikanlah hari istimewa ini paling manis buat kamu berdua.

Langkah Ketiga
Makan Malam Berlilin bukanlah peluang yang selalu dapat dilakukan. Apa salahnya kelau setahun sekali kamu dan si dia makan bertemankan lilin dengan suasana yang penuh romantic. Kalau tidak mampu ke restoran eksklusif apa kata kamu sediakan sendiri. Jadikan lama rumah sebagai restoran bertaraf 5 bintang. Nyalakan lilin di sekeliling lama. Kemudian, mainkan lagu-lagu cinta, pasti lebih romantik kan?
Langkah Keempat
Hadiah juga salah satu keperluan ketika meraikan hari ulangtahun kamu berdua. Saling bertukar hadiah adalah sebagai tan kamu saling menghargai dan berterima kasih. Nilai hadiah tidak penting, mahal atau murah ianya bergantung pada kemampuan. Apa yang lebih penting adalah kamu ikhlas member.

Langkah Kelima
Kejutan membuatkan si dia berasa terharu dan gembira. Buatlah satu kejutan dan tidak bergantung pada makan malam dan hadiah sahaja. Mungkin setelah selesai makan dan beri hadiah kamu boleh memainkan gitar atau piano lagu cipataan kamu sendiri yang ditujukan khas buat si dia ataupun jika kamu berbakat berpuisi atau bersajak. Kamu deklamasikanlah sajak atau puisi untuknya. Pasti sambutan ulangtahun kamu kali ni lebih romantik.