Thursday, March 5, 2009

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

5 comments:

LEMONADE said...

kuang asam betol pak mat ni. x dan2 kubur bini tengah merah lg dh sibuk nk cari pengganti. pak mat oh pak mat... pd kaum adam, jgn contohi sikap gelojoh pak mat. Kalo ade wanita yg camtu plak cane eh? lu pk ar sendiri.. hua3

cendawanintim said...

pak mat..pak mat..PANGGGG skali!

yazeema said...

pak mat,ptut tak payah siram air..tanam je rumput..hehehe cepatlah tumbuh...cian pak mat,mgkin dia kesepian...lumrah manusia mesti nak berpasang kan..kasut yg kite pakai pon klau tak spasang dah mcm tak lengkap je...hehe

neoxaznee said...

lor... pakmat nak kawin lagi rupanya.. hehe

Ady Syam said...

Ngeee... pak mat bengong heuheuheu