Saturday, July 4, 2009

Tutorial Status Online Pengunjung

Ingin tahu berapa ramai pengunjung sekarang berada di dalam blog anda? Tutorial ini merupakan widget untuk paparan bilang pengunjung di dalam blog. Mungkin dah ramai orang yang meletakkannya namun aku selitkan juga di sini untuk rakan² blogger yang baru. Ada banyak laman web yang memberi perkhidmatan percuma untuk widget ini, tapi di sini aku ingin kongsikan widget daripada freeonlineusers sepertimana yang ada di dalam blog ini.

Berikut adalah cara-cara memasukkan Status Bilangan Pengunjung di dalam blog.

1. Sila layari www.freeonlineusers.com dan daftar sebagai pengguna terlebih dahulu. seperti contoh gambar di bawah.


2. Setelah butiran yang diperlukan di isi sepenuhnya, klik butang register kemudian pergi ke Link Code seperti di bawah dan masukkan URL blog anda.


3. Paparan seperti dibawah akan di pamerkan setelah memasukkan URL blog anda.

4. Isikan code warna yang digemari kemudian klik Generate Code untuk mendapatkan coding (Klik sini untuk mendapatkan code warna)

5. Copy coding di atas seperti yang di tunjukkan kemudian paste ke dalam Layout > Page Elements > Add a Gadget > HTML/Javascript.

6. Selamat Mencuba!

Tambahan
Anda boleh menggantikan perkataan Online User dengan perkataan yang anda inginkan seperti, Tetamu Online, Pengunjung Sekarang dan lain-lain.

Laman Web Free Status Online & Counter
1. Histats
2. Widgeo

2 comments:

Anonymous said...

salam

bro apasal x boleh jugak appear user online di blog saya.dia just keluar link saja.x keluar gambar online user tu

pening ??

Anonymous said...

salam

pastu mcmana nk buat laman utama, profile dll kat atas tu

thanks