Tuesday, May 12, 2009

Star Trek 2009


Siapa dah tengok Star Trek? Last week aku layan movie ni kat MBO Ampang dengan wife aku (Macam biasalah....), keseluruhannya filem ni memang menarik!!! Cuba teka dah berapa movie Star Trek kesemuanya? Star Trek telah membuat 10 buah filem dan 6 drama bersiri sebelum ni... perghhh banyak tu! bermula pada 1979, zaman tv hitam putih lagik!!! Kali ni JJ Abrams diberi kepercayaan untuk membuat filem ke 11 ini dan JJ Abrams telah membawa penonton kembali pada zaman awal² cerita ini di siarkan iaitu dengan menampil 2 orang watak hero iaitu Kirk anak bekas Capten Kapal dan Spock berdarah Vulcan dan manusia yang bijak pandai yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Kirk di lakon oleh Chris Pine (Hero dalam movie Princess Diaries 2 dan Blind Dating) hero hensem ni memang sesuai lah bawak watak Kirk yang nakal tapi berkeyakinan tinggi dan lasak, beliau membesar setelah ayahnya bekas seorang kapten kapal terkorban semasa menyelamat ibu dan anak² kapal yang lain.

Manakala watak Spock pulak dilakon oleh Zachary Quinto... sebut nama memang tak kenal tapi bila sebut HEROES yang memegang watak Sylar mesti ramai yang tahu, Spock merupakan anak kacukan Vulcan dan Manusia yang tidak dapat lari daripapa sifat² manusia dan berbeza dengan Vulcan² yang lain yang patuh dengan tatasusila dan undang². jom baca sinopsis cerita ni sedikit;

"Star Trek" menceritakan sebuah cerita mengenai seorang krew muda di dalam sebuah kapal angkasa lepas yang hebat pernah dicipta, USS Enterprise. Dalam filem yang dilengkapi dengan aksi dan komedi ini, mereka harus mencari jalan untuk menghentikan usaha seorang penjahat yang ingin memusnahkan manusia di muka bumi ini. Gabungan Watak Kirk dan Spock bersama² anak-anak kapal yang lain dalam USS Enterprise untuk misi menyelamat planet Vulcan bertukar kepada peperangan apabila kuasa jahat menjadikan mereka umpan. Aksi hebat dengan gambar efek khas yang menarik membuatkan filem ini buat aku tak rugi tengok :P

Ok ar tu jer untuk movie ni tak sabar nak tunggu Terminator, Transformer ngan Ice Age keluar :P

9 comments:

nana~ said...

movie star trek memang best gile!!!!!
hero pulak sangat hensem.
aku pun tak sabar nak tengok transofmer n ice age.

Vee Violet said...

Vee dari dulu tak pernah tgk star trek...
hihihi...
even dou rasa nak tgk...

Ivy Metaga said...

belum sempat tgk, nak p tengok lah nanti hehehe..
bnyk org cakap bestt..

Ady Syam said...

Ivy memang best!!! tak rugi beli tiket :D, Vee pun pegi laa tengok... :P

ARYN said...

mmg dh tgk..sgt best :)

green said...

esk mungkin nak tgk movie ni..
cm best

Dee said...

akan tgk citer ni..mesti!!

Dee said...

best ker citer nie?
nk tgk gak laa.. huhu....

maturedBOY said...

hello abg ady..saya aiman..org baru...abg,boleh xx abg buat blog saya jadi 3 colum???mcam abg edan punya..plis!!