Tuesday, May 19, 2009

Push 2009


Ahad lepas aku pegi tengok cerita ni kat MBO, hero hensem dan nakal dalam Filem Fantastic Four Chris Evans diberi kepercayaan memegang watak utama sebagai Nick Gant, beliau memiliki kuasa istimewa daripada ayahnya yang mampu menggerakkan benda hanya dengan mengawal daripada kuasa dalamanan. Dia dan kawan²nya diburu oleh sekumpulan pemerintah yang di gelar "Divison" kerana salah seorang kawan dan heroin dalam movie ini Camilla Bella yang memegang watak Kira mempunyai kuasa yang boleh mempengaruhi minda sesorang telah di tahan oleh pihak Division dan berjaya melarikan diri dengan membawa benda yang amat diperlukan oleh pihak itu. Nick yang dibanu oleh heroin muda Dakota Fanning yang memegang watak Cassie harus mencari Kira jika mereka ingin terus hidup. Cassie mempunyai kuasa dimana hero kecik ini boleh mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.


Remaja-remaja yang memiliki kemampuan psikik luar biasa ini telah diburu Division yang mana ahli² Division jugak mempunyai kuasa luar biasa seperti mereka. Hampir Keseluruhan cerita ini di filemkan di Hong Kong dan mereka juga di buru oleh penduduk tempatan kerana Kira memiliki benda yang pihak Division inginkan. Mereka dikelilingi oleh orang yang berkeupayaan luar biasa dan harus mencapai matlamat mereka untuk terus hidup. Memang dasyat laa movie ni, aksi tembak menembat yang tidak memerlukan tangan, teriakan yang mampu membunuh, penguasaan minda yang akan melakukan apa saja adalah kuasa² hebat dalam movie kali ini. So apa tunggu lagik layan laa PUSH 2009 di pawagam berhampiran.

3 comments:

Ann said...

best ker? erm kurg minat ckit citer sains fiksyen ni...dulu mmg minat, skng selera dh berubah lah..mybe makin dewasa kot..haha

Sri said...

dakota fanning cute giler.. nak tgk la muvie nih.. mcm style je alih2 mende guna kuase psikik!

Aku Tidak Juga Kau said...

Film bagus ini :)