Saturday, May 23, 2009

Night At The Museum 2


Movie lawak ni memang best, semalam aku dengan wife tengok kat tempat biasa di MBO Ampang, satu panggung gelak dibuatnya, watak² yang tak banyak berubah dari filem pertama dan ditambah denga beberapa watak baru ke dalam filem kedua ini membuatkan ianya lebih kelakar dan "adventure"! Jom layan sinopsis filem ni sedikit.

Larry Daley (Ben Stiller) seorang lelaki yang berjaya, mempunyai syarikat alat peralatan canggih untuk kegunaan rumah selepas 2 tahun meninggalkan kerjayanya sebagai Pengawal Keselamatan Muzium. Namun memiliki syarikat yang besar dan berharta bukanlah sesuatu yang Larry impikan kerana hidupnya telah berubah daripada seorang pengawal kepada hartawan. 2 tahun tidak berkunjung ke muzium yang dulunya adalah empat kegembiraannya berubah apabila suatu hari Larry singgah ke muzium, semua patung² didalam muzium tersebut akan dipindah ke Washington pusat pameran terbesar di dunia.

Melalui tajuknya Battle of the Smithsonian, Larry terpaksa pergi ke Smithsonian untuk menyelamatkan rakan² patungnya apabila Kahmunrah iaitu abang kepada Ahkmenrah raja firaun ingin menakluki bumi dengan memanggil bala tenteranya daripada zaman silam melalui jongkong emas yang menghidupkan kesemua replika didalam muzium tersebut.

Memang kelakar giler!!! apalagi tunggu lagi isikan hujung minggu anda dengan membawa keluarga ke pawagam yang berhampiran... pasti terhibur!!!

5 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

ohohoho
nak tgk jugak...
xD

Ivy Metaga said...

mesti bestt, tak sabar sy mo tgk juga...=)

@LiYaNNuaR ツ said...

pasti tengokkk... hehehe...

LUMUT said...

jon kite reramai serang cinema tgk cter nie!
hehe~

cendawanintim said...

lambat lagik la nak tunggu cd/dvd nih...huhuhuh