Saturday, August 15, 2009

Alhamdulillah... Syahmi Sihat

Salam... Siapa Syahmi? Syahmi adalah bakal nama yang akan kami berikan pada anak sulung lelaki kami, hari tu scan doktor cakap anak lelaki, namun apa pun buleh terjadi atas ketentuanNya, ramai jugak dengar cerita kawan² scan baby girl sekalik keluar dapat baby boy. apa pun kami akan terima seadaanya jika itulah kehendakNya. Nama baby girl pun kami dah prepare... huhuhu semangat nak dapat baby.. semuanya dah prepare awal².

Minggu ni kami telah pergi ke Klinik Kita di Ampang untuk scan baby kali terakhir, dah lama Ima nak buat scan 3D dan finally hasrat beliau tercapai. Pergi hari Isnin hari tu dengan kawan opis Ima, Mumtaj. So kami pergi berempat dengan husband Taj iaitu Has. Last week ada pergi kat pudu tapi takde nasib sebab klinik tu tutup. So minggu ni dorang tag team untuk pergi bersama semula dan di temani suami masing². Thanx Mumtaj dan Has sebab sudi tumpangkan kitaorang.

Masa sampai klinik tu macam biasalah kena tulis borang bagi orang yang pertama kali datang, tapi Mumtaj dah regular kat situ so hanya Ima yang kena isi borang. After isi borang kita duduk sambil tunggu nama kena panggil. Tengah duduk-duduk tu sempat dorang posing dan seperti biasa aku la kena jadi kameramannya.

Peace! Peace! Has tengah sibuk bergayut dengan girlfriendnya.. Opss!! Mumtaj kat sebelah laa heuheuheu.... :)
Pertandingan Perot... Walaupun Ima Due awal dari Mumtaj namum Mumtaj berjaya memenangi kategori ini heuheuheu... wife aku besar tak tak seberapa nampak perot dia

Mumtaj: telefon siapa tu? Girlfriend ker?
Has : Kawan lah...
(heuheuheu)

Selang 5 Minit kemudian... Zarimatul Huda! Nama wife aku disebut dan kami pun masuk kedalam bilik doktor... Huhuhu.. Garang Doktor ni wa cakap lu!!! Tanya Main direct jer... heuheuheu... Tapi Garang² dia aku suka service Klinik ni, sebab semuanya dia beritahu secara detail. Dan aku rasa macam ada sesuatu tak kena pada pertengahan perbualan mereka. Doktor acakp Uri wife aku kebawah sikit, bla bla bla... kemungkinan nanti melahirkan kena operate. "Masyallah" berdebar aku dengar tu... aku pegang bahu Ima... Dia tenung wajah aku... nampak ada perasaan kurang senang disitu... Doktor tu terus dengan penerangan dia dan dia ada cakap yang ini masih peringkat awal type 1 dan 2... Bla bla bla... Darah mesti stabil... Jaga Makan... Bla Bla.. Huh! Best Doktor ni.. tak sangka garang² tapi service baik punya!!! aku ingat lagi doktor tu cakap "Ini delima seorang doktor.. bila kita bagitau perkara sebenar dorang cakap kita menambah²... bila kita tak bagitau nanti dorang cakap kita kerja main-main... lepas tu bila kita cakap orang takut pulak... nanti tak cakap lagi masalah pulak". Thanx Puan Zaimah (Nama Doktor tu).

After scan tu doktor tu ambil gambar 3D baby dalam perut Ima. Waktu ni sayu dan pilu melihat baby gambar baby masih dalam perut... Aku rasa terharu + Gembira dapat melihat baby dalam perut. Doktor cakap montel anak you... macam ikut Ummi dia... Alhamdulillah... Syahmi sihat didalam kandungan. Doktor cakap Due bukan 2 Oktober tetapi 15 Oktober tak silap... Kalau diikut kiraan dalam scan tersebut.

Akhir sekali sebelum meninggalkan bilik Doktor, aku sempat snap screen dia... hehehe aku nak gambar kaler...

Semalam Ima pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan di Ampang untuk pemeriksaan biasa, Sebab berat badan dia naik 2kg masa pemeriksaan sebelumnya so kali ni dia terpaksa minum air gula. Sian sayang di paksa minum air gula pulak... Kat sana ima ceritakan pada doktor berkenaan masalahnya semasa kami di Klinik Kita tempoh hari, Alhamdulillah.. doktor cakap Ima takde risiko sangat untuk melahirkan secara normal, memang ada tanda² uri kebawah tapi peringat awal jer, so kena jaga makan minum... tambah darah... etc... Insyallah buleh. Doakan kami sekeluarga selamat melahirkan zuriat. Amin!

16 comments:

Norsyakiela said...

semoga ima selamat melahirkan bayi secara normal,insyaAllah...amin...jge mkn n minum ok...

sambil tue,byk2x kan berdoa...

Anak Wak Yat n Kak Som said...

wahhhhh... leh nmpk baby... bezz nyer... ape rase nk dpat anak 1st yer?? mesti bezz kan?

Ady Syam said...

sangat bez.. excited jugak laaa.. doakan Ima dan baby selamat ek :D thanx

june said...

wahh excited nampaknya ady nak dpt bby ni... didoakan ima ngn bby selamat dan baik2 je

CIKGU NAMAN said...

dah bp minggu? boleh scan 3D lagi ke?bkn maximum stakat 30bulan je 3D?

Ady Syam said...

june : sunggu excited ni.. ^_^v thanx!!!

n@m@n: doktor ada kata should be 6 bulan yg paling cantek kalau nak scan 3D... but dah nak sangat orang rumah scan... scan jer laaa... tut* dia pun dah tak leh nampak sebab dah besar...

Rinna said...

Salam Ady,

Moga Isteri Ady sihat..dan selamat hingga melahirkan. So Ady kena sama2 jaga Ima jugak dan bagi dia semangat..yer..

Bezznya..tunggu saat kelahiran anak pertama kan..hehehe.:)

azman said...

wah, da ada ada nama utk soon to be born baby.

sapa pengasuhnya, kt mana taskanya, sekolah,
dah plan?

CIKGU NAMAN said...

maksudnya wife xsampai 7 bulan lagi ker? sebab aritu doktor 7bln lebih xboleh scan 3D dh..aritu scan gak 3d kt kajang..50 hinggit je..tapi muka xjelas lagi

LuVidA^^ said...

ida doakan abg ady ngn kak ima..dapat baby yg sihat n kiut..abg ady jage kak ima bek2 tau..hehekk..excited gile ni. :D
syahmi..sedap..nnti ida nk pgl baby syah :)

noorafzan.blogspot.com said...

wah..
x lama lagi dah tu..
semoga puan ima selamat melahirkan baby boy itu secara normal..
aaminnn~

Ivy Metaga said...

moga Ima dan baby baik2 dan sihat sentiasa...=)

Ady Syam said...

Rinna: Terima kasih... Sentiasa beri semangat ni

azman: Insyallah.. pengasuh dah ada depan rumah jer, taskanya dan sekolah nanti dah tiba masanya aku maklumkan ya :)

n@m@n: vwife aku dah masuk 8 bulan, bukan tak boleh scan but tak sesuai sebab 7 bulan ke atas baby dah nampak besar dalam perut so kalau scan tak nampak apa², Ikut nasib laa.. kalau ada rezeki leh nampak... sebab kawan Ima (Mumtaj) 7 bulan tak dapat nampak muka baby, Cuba try kat Klinik Kita, Bandar Baru Ampang.. hari tu kita buat RM65

Ady Syam said...

LuVidA^^, noor afzan, Ivy Metaga thanx guys!!!

minTanG_teLip2 said...

eEreI~. .BeBy gewAk2 La. . .eEei~. .hOpe minik brO uwES CEaT aGI gAgah perkAce . . .wEe~. .bebY pOm caMEr

Suzana Ikram said...

bro.. doa bnyk2 ye.. insyallah semua akan selamat..comel la baby ady..

zana lahirkn ank2 pun dua2 pembedahn.. ok gak.. tapi ada 2 masaalah klu g swasta bil mahal(nasib la ada under panel) dan susah bila lepas besalin nk jaga.