Sunday, August 30, 2009

Lawak Bulan Puasa

Salam... Selamat berhari minggu dan selamat menunaikan ibadah puasa, pejam celik pejam celik kita dah masuk puasa ke 9 dalam bulan Ramadhan. Dan esok kita rakyat Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan ke 52. Sungguh pantas masa berlalu, Semoga kita dapat manfaatkan hari² yang ada dengan amalan yang mulia kerana dibulan ini balasannya berlipat ganda . Eh jangan pulak bulan lain tak buat amalan . Baiklah... Aku tak nak tulis panjang²... Sementara menunggu waktu berbuka aku nak kongsi 2 cerita lawak untuk kawan²... semoga terhibur


3 Orang Sahabat
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Kelihatan ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi.

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhh... bikin bingung kepala, nak ikut tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita ikut tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak... kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketaw... biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki menaiki tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku... aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla... Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh... sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi... Cerita aku lagi
sedihhhh punya.

si A : Kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : Emmmm... Mungkin hari ini dalam sejarah

si B : Cerita aje le... Kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA...
UWAAAAAAAAAAAAAAA


Thank You Seven
Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Friday, August 28, 2009

Peristiwa Di Twin Tower KLCC

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tamatlah satu kesah.

Thursday, August 27, 2009

Air Mata Mutiara

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

"Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak dapat menolongmu."

Si ibu terdiam, sejenak, "Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat bondanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, kukuh berkilat, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.


Moral :

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yang menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa". Kerana itu dapat dipertegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa".

Banyak orang yang mundur saat berada di lorong transendental tersebut, kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang dapat mereka pilih: menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak mengherankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja'.

Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu cubalah untuk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu..

Tragedi Bulan Puasa

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya
menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah...
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Tuesday, August 25, 2009

Dapat Hadiah

Fuh!~ Lama tak posting , company baru ni buat aku banyak keja . Minggu lepas aku turun Kajang untuk ambil Lesen P yang dah keluar, Dah lama keluar tapi baru ada kesempatan nak ambil. Masa aku sampai kat Kedai, Abang aku bagi bungkusan Pos Malaysia berdaftar huhuhu... Ada Hadiah!!! Thanx to Sis Zana sebab sudi bagi aku hadiah, Hadiah ni ole² dari Sis Zana dari Cameron Highland. Teruja dapat hadiah daripada blogger... Sebelum ni aku pernah juga dapat hadiah daripada beliau semasa menang contest teka gambar yang diadakan di dalam blog beliau. 2 kali dapat hadiah teruja gitu... Terima kasih Sis sebab murah hati bagi kita hadiah... Aku sungguh menghargainya... Sis memang best!!!

Mouse Oren dan Kad yang aku pernah memang dulu masa contest


Tepek sama dia! dulu aku ada 4 jer... sekarang dah tambah 2 hadiah daripada Sis Zana.


P/S : Selamat menunaikan ibadah Puasa, rajin² bersedekah di bulan yang mulia ni nanti dapat banyak pahala :)

P/SS: Psssstt... ada nak bagi aku hadiah lagi ker?

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain-lain ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah
meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- Juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama orang tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pengunjung SII :)

Monday, August 17, 2009

Orang Kaya Dengan Pemandu

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Saturday, August 15, 2009

Alhamdulillah... Syahmi Sihat

Salam... Siapa Syahmi? Syahmi adalah bakal nama yang akan kami berikan pada anak sulung lelaki kami, hari tu scan doktor cakap anak lelaki, namun apa pun buleh terjadi atas ketentuanNya, ramai jugak dengar cerita kawan² scan baby girl sekalik keluar dapat baby boy. apa pun kami akan terima seadaanya jika itulah kehendakNya. Nama baby girl pun kami dah prepare... huhuhu semangat nak dapat baby.. semuanya dah prepare awal².

Minggu ni kami telah pergi ke Klinik Kita di Ampang untuk scan baby kali terakhir, dah lama Ima nak buat scan 3D dan finally hasrat beliau tercapai. Pergi hari Isnin hari tu dengan kawan opis Ima, Mumtaj. So kami pergi berempat dengan husband Taj iaitu Has. Last week ada pergi kat pudu tapi takde nasib sebab klinik tu tutup. So minggu ni dorang tag team untuk pergi bersama semula dan di temani suami masing². Thanx Mumtaj dan Has sebab sudi tumpangkan kitaorang.

Masa sampai klinik tu macam biasalah kena tulis borang bagi orang yang pertama kali datang, tapi Mumtaj dah regular kat situ so hanya Ima yang kena isi borang. After isi borang kita duduk sambil tunggu nama kena panggil. Tengah duduk-duduk tu sempat dorang posing dan seperti biasa aku la kena jadi kameramannya.

Peace! Peace! Has tengah sibuk bergayut dengan girlfriendnya.. Opss!! Mumtaj kat sebelah laa heuheuheu.... :)
Pertandingan Perot... Walaupun Ima Due awal dari Mumtaj namum Mumtaj berjaya memenangi kategori ini heuheuheu... wife aku besar tak tak seberapa nampak perot dia

Mumtaj: telefon siapa tu? Girlfriend ker?
Has : Kawan lah...
(heuheuheu)

Selang 5 Minit kemudian... Zarimatul Huda! Nama wife aku disebut dan kami pun masuk kedalam bilik doktor... Huhuhu.. Garang Doktor ni wa cakap lu!!! Tanya Main direct jer... heuheuheu... Tapi Garang² dia aku suka service Klinik ni, sebab semuanya dia beritahu secara detail. Dan aku rasa macam ada sesuatu tak kena pada pertengahan perbualan mereka. Doktor acakp Uri wife aku kebawah sikit, bla bla bla... kemungkinan nanti melahirkan kena operate. "Masyallah" berdebar aku dengar tu... aku pegang bahu Ima... Dia tenung wajah aku... nampak ada perasaan kurang senang disitu... Doktor tu terus dengan penerangan dia dan dia ada cakap yang ini masih peringkat awal type 1 dan 2... Bla bla bla... Darah mesti stabil... Jaga Makan... Bla Bla.. Huh! Best Doktor ni.. tak sangka garang² tapi service baik punya!!! aku ingat lagi doktor tu cakap "Ini delima seorang doktor.. bila kita bagitau perkara sebenar dorang cakap kita menambah²... bila kita tak bagitau nanti dorang cakap kita kerja main-main... lepas tu bila kita cakap orang takut pulak... nanti tak cakap lagi masalah pulak". Thanx Puan Zaimah (Nama Doktor tu).

After scan tu doktor tu ambil gambar 3D baby dalam perut Ima. Waktu ni sayu dan pilu melihat baby gambar baby masih dalam perut... Aku rasa terharu + Gembira dapat melihat baby dalam perut. Doktor cakap montel anak you... macam ikut Ummi dia... Alhamdulillah... Syahmi sihat didalam kandungan. Doktor cakap Due bukan 2 Oktober tetapi 15 Oktober tak silap... Kalau diikut kiraan dalam scan tersebut.

Akhir sekali sebelum meninggalkan bilik Doktor, aku sempat snap screen dia... hehehe aku nak gambar kaler...

Semalam Ima pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan di Ampang untuk pemeriksaan biasa, Sebab berat badan dia naik 2kg masa pemeriksaan sebelumnya so kali ni dia terpaksa minum air gula. Sian sayang di paksa minum air gula pulak... Kat sana ima ceritakan pada doktor berkenaan masalahnya semasa kami di Klinik Kita tempoh hari, Alhamdulillah.. doktor cakap Ima takde risiko sangat untuk melahirkan secara normal, memang ada tanda² uri kebawah tapi peringat awal jer, so kena jaga makan minum... tambah darah... etc... Insyallah buleh. Doakan kami sekeluarga selamat melahirkan zuriat. Amin!

Thursday, August 13, 2009

Kempen iLoveMalaysia Jom Join!!!



Inginkan Smartphone iPhone 3GS yang berharga lebih daripada RM2500 atau Western Digital Hard Disk 320GB, ah!!! ini la peluangnya! Exabytes Network kini sedang menjalankan perduan "Campaigns iLoveMalaysia" sempena Malaysia akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 52. Exabyte Network menawarkan 2 Smartphone iPhone 3GS dan 10 Western Digital Hard Disk 320GB kepada mereka yang mempunyai blog / website.

Syaratnya anda hanya perlu ke laman web Exabyte Network dengan Klik gambar yang ada pada tepi sebelah kanan di dalam blog ini dan ikut arahan yang diberikan. Ianya hanya memerlukan 5 langkah mudah dan anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan.


Smartphone iPhone 3GS


Western Digital Hard Disk 320GB

Isikan borang @ Registration Form yang di sediakan dan jangan lupa masukkan email aku adysyam2001@yahoo.com sebagai Referrer's Email di dalam borang tersebut. Selamat Mencuba dan Berjaya!!!

P/S : Kalau aku menang aku buat peraduan untuk Handphone atau External Hardisk aku, err... kira 2nd hand laaa heuheuheu

Tuesday, August 11, 2009

G.I. Joe - The Rise Of Cobra

Minggu lepas aku dengan orang rumah layan movie ni di MBO Ampang, Kurang aktiviti membuatkan aku bertindak untuk memujuk orang rumah untuk melihat movie ni. Atas rayuan dan pujukan maut akhirnya orang rumah sudi untuk pergi bersama (hehehe). Mungkin dah ramai yang tengok movie ni tapi seperti biasa aku akan review movie yang sudah aku tengok. Jom Layan...

G.I. Joe pada awalnya adalah sebuah animasi (katun) pada zaman kanak-kanak aku dulu, mereka yang sebaya mungkin pernah menonton katun G.I.Joe sebelum ini dan yang paling tidak dapat dilupakan apabila pasukan jahat bertempur dengan pasukan baik akan jerit Cobra!!! dan sebaliknya Yo Joe! Melalui Filem aksi sulung ini jalan cerita permulaannya banyak memperkenalkan karektor² dan bagaimana Cobra bangkit dan juga G.I. Joe di tubuhkan dan mengrekrut Askarnya. Movie ini dibintangi oleh 2 watak hero iaitu Marlon Wayne dan Channing Tatum. 2 Watak ini mungkin tidak seberapa popular bagi mereka namun aku memang meminati watak Marlon Wayne kerana filem-filem komidinya sebelum ini. Dalam movie ini beliau juga sempat menggeletek penonton dengan aksi lucu beliau. Jom Layan Sinopsis Movie ini:

Duke (Channing Tatum) Merupakan askar terlatih dan berkebolehan mengetuai sepasukan askar yang ditugaskan untuk menghantar suatu beg yang berisi senjata moden yang mampu menghancur sesebuah negara ke pangkalan rahsia. Dalam perjalanan, mereka di serang hendap oleh sepasukan penjahat yang menggunakan senjata canggih. Ripcord (Marlon Wayne) dan Duke terselamat didalam serangan tersebut atas bantuan pasukan khas. Mereka berdua akhirnya dilatih dan diterima menyertai pasukan khas tersebut yang di gelar G.I. Joe. Dapatkan G.I. Joe mempertahankan bumi daripada tangan penjahat, Siapakah Penjahat Cobra tersebut? Secanggih mana peralatan dan gambaran yang di war-warkan. Saksikan G.I. Joe - The Rise Of Cobra di pawagam berhampiran anda.

P/S : Tak rugi tengok movie ni... karektor dan lakonan dengan aksi yang mantop memang best lagi-lagi kesan effect yang "fuiyoo!". Suka watak Snake Eyes (Ninja) dan Ripcord (Lucu)

Monday, August 10, 2009

Cerita Lawak Pendek Part 3

Orang Asli
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt... .!!"

Nenek Oh Nenek
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."


Siot Punya Ayah
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan

untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,

"Kalau camtu hang cuba le lagi."

Boss Dan Setiausaha
Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya setiausaha masuk ke ofisnya... seperti biasa
setiausaha nya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. .. biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si
setiausaha pun mula bersuara...

Setiausahanya : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si setiausaha pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dan tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan macammana nak cover malu kat setiausaha dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

setiausaha : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya pancit
wakakaakakakaakakakkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware. ....

Saturday, August 8, 2009

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29sederhana itu indah
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 4, & 13sederhana itu indah
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 5 & 17sederhana itu indah
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27sederhana itu indah
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31sederhana itu indah
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 8 & 23sederhana itu indah
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21sederhana itu indah
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.sederhana itu indah
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 12 & 19sederhana itu indah
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.sederhana itu indah
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26sederhana itu indah
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.sederhana itu indah
sederhana itu indah
Tarikh Lahir pada 22 & 25sederhana itu indah
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.sederhana itu indah

Friday, August 7, 2009

Selamat Hari Jadi Sayang

Genap Jam 12 malam dan aku masih depan pc, pejam celik pejam celik dah masuk 7 Ogos 2009. Bulan ini penuh makna bagi kita Rakyat Malaysia kerana di bulan ini kita akan menyambut hari kemerdekaan ke 52. Dan pada tahun ini, di bulan ini juga Ramadhan akan kunjung tiba, Bulan yang di tunggu-tunggu oleh semua umat Islam untuk menunaikan Ibadah Puasa. Mungkin anda tertanya-tanya tentang tajuk posting aku kali ini, siapakah gerangan yang menyambut hari jadi, tapi sebelum aku meneruskan posting, izinkan jari jemari ini terus menekan "Keyboard" untuk meluahkan segalanya.

Tahun ni cukup bermakna buat aku kerana aku akan bakal bergelar "Abah" (Insyallah). Hari ini genap 32 minggu baby dalam perut Ummi dia... "Sayang sabar ek, lagi sebulan lebih". Melihat wanita hamil di zaman bujang dulu sungguh berbeza bila melihat Insan tersayang bakal melahirkan zuriat sendiri. Aku pasti Abah² di luar sana mungkin juga pernah merasai apa yang aku rasakan sekarang. Satu perasaan yang sukar untuk aku nyatakan, sungguh banyak perasaan tapi ianya menggembirakan. Aku suka letak tapak tangan di perutnya yang bulat dan merasakan gerakan baby di dalamnya, perasaan yang membuatkan aku tenang dan rasa sungguh gembira.

7 Ogos amat bermakna bagi aku kerana tarikh ini merupakan tarikh kelahiran Isteri yang tercinta, "Selamat Hari Jadi Sayang". Semoga dikurniakan kesihatan dan tabah menghadapi dugaanNya. Terima kasih kerana menjaga dan melayan karena diri ini sepanjang kita disatukan.

Wednesday, August 5, 2009

Kerja Baru Dan Bz

Salam... Lama tak posting mengenai diri sendiri heuheuheu... Untuk pengetahuan kawan² aku dah bertukar kerja dan tidak lagi bekerja di KML Centre, Alhamdulilah seminggu menjadi penganggur aku di terima bekerja di BusPower System iaitu syarikat supply barangan elektrik di Taman Komersial Pandan Indah, Kalau dulu berulang alik dari Pandan Indah Ke Kajang kali ni syukur tempat kerja dekat sahaja dengan rumah.

Kerja baru, suasana baru, kira best jugalah dapat boss dan kawan kerja yang peramah. Bekerja sebagai Technician Assistant di syarikat ni memang besar cabarannya, maklumlah study pun SPM tak lepas, namun berkat pengalaman berkerja dalam bidang elektrik dan boleh mengendalikan komputer dengan baik membuatkan aku diterima bekerja di sini. (Pengalaman Itu Penting) Hari pertama aku bekerja, Boss ajak pergi luar untuk tengok projek di salah satu Hospital di KL. Hospital tu nak pasang Exclator di tingkat bawah bahagian tengah bangunan tersebut. Bila tengok peralatan elektrik yang digunakan baru aku tahu syarikat tempat aku ni membekalkan Busway@Busduct, SwitchBox, Transformer iaitu peralatan-peralatan elektrik berkuasa tinggi untuk bangunan komersial. dan yang best tempat kerja baru ni sama macam tempat kerja lama dulu.. Hehehe... Ada Computer dan Internet (Buleh YM dan Blogging).

Malam ni aku baru balik dari Kuala Terengganu ikut Boss Outstation... Penat dan Bz memanjang, blog pun aku boleh jenguk sekali dua dalam sehari, dan 2 hari lepas aku tak update langsung. Maaf kalau ada² soalan yang tidak dapat dijawab. Insyallah kalau ada masa terluang aku akan jawab segala persoalan yang diajukan. Doakan aku sekeluarga agar terus sihat dan dimurahkan rezeki untuk mencari nafkah dan terus berblog ek :P, Alhamdulillah orang rumah sihat... baby dalam perut sihat (suka tendang²)... Rindu nak tengok empunya blog ni? heuheuheu ok aku tepek gambar semasa aku di tempat kerja baru...

Makin Tombam

P/S : Peraduan Pengunjung Bertuah Ke 30,000 Sedang Berlangsung, Orang Pertama yang hantar Print Screen ke email adysyam2001@yahoo.com akan mendapat hadiah misteri

Sunday, August 2, 2009

Seni Cinta Sejati

Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan. Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu,dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya.Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta.

Berikut adalah Seni Cinta Sejati untuk anda praktikkan :-

Seni Berfikir

  • Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.
  • Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.
  • Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.
  • Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.
  • Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda, cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.
  • Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.


Seni Merasa

  • Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
  • Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau. Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.
  • Jika kecewa bercinta, jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.


Seni Bertindak

  • Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta. Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta, barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.
  • Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja. Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya, kerana nikah adalah ikatan cinta.
  • Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.
  • Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah. Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.

Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta.

Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya, tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta'

Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah, atau Saidina Ali dan Fatimah.

Rahsia Mata Dan Pemikiran

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..

3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh, orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. Fazilah Kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

7. Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.

8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

Panduan Memasang Lagu





Ceriakan blog anda dengan SII Muzik, terdapat pelbagai genre lagu yang buleh di dapati . Macam-macam lagu ada... Melayu, Indonesia dan English, berikut adalah cara memasang lagu SII Muzik di blog anda.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke "Dashboard"

2. Klik "Layout" kemudian ke Bahagian Tab "Page Element"

3. Klik mana-mana "Add a Gadget" dan pilih "HTML/JavaScript"

4. Langkah seterusnya adalah mencari code lagu pilihan anda pergi ke SII Muzik dan pilih code lagu yang diminati.

5. Select All dan Copy code lagu pilihan anda kemudian paste code tersebut kedalamnya HTML/Javascript tadi seperti di bawah


5. Akhi sekali Save dan Enjoy!~ Lagu akan kedengaran setiap kali blog anda dilawati.

Saturday, August 1, 2009

Sudirman - Tanggal 31



Sederhana Itu Indah


Lirik Lagu : Sudirman - Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

OST Full House - Gomawuh Hal Geh Yo (Byul)



Sederhana Itu Indah