Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 Alhamdulillah Syukur

Hari ni genap usiaku 30 tahun 8 bulan 10 hari
Hari ni genap usia perkahwinanku 4 tahun 6 hari
Hari ni genap usia anak ku Syahmi 3 tahun 2 bulan
Hari ni genap usia anak ku Syakir 9 Hari
Tidak akan ada lagi tahun 13.13.13
Reset untuk hari/bulan/tahun kepada 01.01.01 makan masa 989 tahun lagi pada tahun 3001


Alhamdulillah syukur hari ini aku masi menghembuskan nafas dan dikurniakan kesihatan tubuh badan. Syukur Alhamdulillah sekali lagi pada 3.12.12 aku dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan 6.12.12 sebagai ulangtahun perkahwinan yang ke 4. Pejam celik bulan ni dah dipenghujung tahun dengan bermacam liku-liku kehidupan bersama kenangan pahit dan manis yang dilalui. Aku rasa bersyukur sangat dengan rezeki dan kehidupan yang ada ini. Dan sempena kesyukuran yang ku panjatkan ke atasNya aku namakan anak bongsu aku Muhammd Syakir Areeb yang bermakna bersyukur/mengenang budi serta cerdik, mahir dan berakal.

Muhammad Syakir Areeb

Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

No comments: