Friday, July 13, 2012

Kereta Baru


Proton Saga FLX 1.3 Standard Auto CVT

Alhamdulillah... Setelah 3 tahun memiliki lesen memandu dan 3 tahun gak bawak kereta company akhirnya dengan rezeki yang diberikan aku sekeluarga telah mampu memiliki kereta sendiri. Walaupun kereta tempatan tidak sehebat kereta import aku tetap bersyukur kerana memiliki kenderaan sendiri.

Mula2 bawak memang lain... totally different dengan kereta sebelumnya maklumlah 3 tahun drive 1 jenis kereta jer namun alhamdulillah kini dah selesa. aku  nak cerita dan kongsi sikit sepanjang membeli kereta baru ni. 
Dulu tak pernah terfikir nak beli kenderaan sendiri sebab company dah sediakan kereta, dah tu honda city plak tu. 1st time dapat lesen kereta tros bawak kereta honda. Namun bila company jual kereta tu dan nak bagi aku bawak kereta lain aku terus terfikir untuk beli kereta sendiri. Yer la bila dah ada kereta sendiri tak terikat laa pergerakan walaupun seblom ni bos aku tak kisah pun. (untung dapat bos macam ni... -p.s: bodek skit) hahaha jangan marah yer bos... tapi bos aku bukan reti baca blog pon.

Proses mencari kereta bermula selepas sahaja bos inform nak jual kereta company tu sebab dah lama dah kereta tu tahun 05 dan enjin pun dah semacam bunyiknya. Kemudian bos suruh bawak kereta myvi se manual. Bila aku dengar jer manual ngee... aku tros cakap... sorry bos, i tak pandai bawak kereta manual.. honestly memang tak reti bawak manual sebab time dapat lesen dulu pun cukup2 makan jer lulus masa test JPJ dan 3 tahun bawak kereta auto takde pengalaman bawak kereta manual. bukan tak boleh tapi... memang tak berani.. macamana tu? huhuhuhu....

Terlintas nak beli kereta second hand jer janji auto, so aku prepare semua document yang diperlukan untuk submit loan. 1st used car aku pegi kat mahkota cheras tengok kereta Kembara Auto. Tengok kat mudah.my gambar memang cantek... cat baru.. harga boleh tahan memang kategori mampu milik dengan jangka hayat kereta tersebut. Sebab aku tak reti langsung pasal kereta ni aku ajak kawan yang memang betol² terer tentang kereta dan enjin. Bila sampai sana teros pegi tengok kereta... memang cantek seperti dalam gambar warna putih.. cat baru... Time start cantek jer... tapi bila bukak enjin.... member aku cakap minyak hitam ada bocor... bila tengok btol2 memang bahagian bawah enjin tu dibasahi dengan minyak itam... report kat salesman dia tros promise akan baiki after aku submit document. Kawan tolong test drive kereta tu dan comment beliau kereta tu ok smooth cuma tu la enjin ada liking. Huhuhu fikir punya fikir aku tak berani bagi document aku lagi. Aku cakap nanti aku fikir2kan. Sblom balek salesman tu buat kira2 untuk harga kereta dan bayaran ansuran. Hurmm... memang mampu tapi... untuk kereta 2nd mungkin ada lagi kot yang lebih baik. so kami blah dari situ dan pergi ke destinasi used car seterusnya. ada 2-3 tempat hari tu kami servay dan semuanya macam tak menepati citarasa. Mula2 nak Kembara pastu Gen2 2nd pastu...... bila dan malas nak fikir janji ada kereta bleh pakai, Atos pun aku go head. Itu la lumrah bila tak sabar2 nak ada kereta sendiri. Sabar 1.. tapi memang payah duk KL ni kalau dah ada family takde kereta.

Setelah hampir sebulan fikir punya fikir dan atas rundingan bersama dengan orang rumah. Kami setuju ambil kereta baru. so tak yah fikir maintenance walaupun installment kereta agak tinggi. Proses pembelian kereta ni orang rumah aku yang tolong uruskan, kawan atas kawan begitu la ceritanya sehingga pihak bank call aku dan dealer proton tu cakap loan aku lepas untuk kereta yang ada dalam gambar di atas. Kalo boleh memang nak buat full loan jer tak yah keluar duit tapi sekarang ni tak macam dulu-dulu. Bank takkan lepaskan loan kalau betol2 tak berkelayakan. Finaly deposit untuk downpayment pun terpaksa gak keluar. proses kereta baru ni memang cepat, hari  ni sign agreement dengan bank, minggu depan kereta dah dapat. Alhamdulillah setelah sebulan lebih memikirkan pasal kereta.

So begitulah alkisahnya... Alhamdulillah dah 5 hari dengan kereta baru ni sungguh puas hati. Terima kasih kepada kawan2 yang banyak nasihatkan pasal kereta dan membantu family aku untuk dapatkan kereta ni. tak lupa member opis aku yang sudi tumpangkan aku hari2 pegi keje sebelum ni. ilebiu guys! adios...

No comments: