Thursday, July 19, 2012

Hampir 3 Tahun

Alhamdulillah bulan ni genap 3 tahun aku bekerja di BusPower Systems Sdn Bhd. Company aku ni merupakan pembekal untuk peralatan electrical bervoltan tinggi seperti busduct, switchgear, transformer dan lain-lain. Dari budak pembantu teknikal yang tidak ada pengalaman langsung dengan suasana opis kini telah menjadi teknikal eksekutif. Sepanjang 3 tahun bekerja macam² dugaan dan rintangan dilalui...
Suka duka asam garam makan gaji la katakan. Berkat kesabaran dan semangat untuk terus belajar serta mencari rezeki bagi menampung hidup keluarga di bandar besar tidak mematahkan semangat aku untuk terus berada di sini. Kalau dulu staff cuma beberapa orang saja dan opis ciput untuk beberapa staff, kini company aku telah berkembang dan terus berkembang. dari opis kecil pindah ke opis besar dan dari beberapa kerat orang pekerja sekarang sudah meriah... atas bawah ada staff dan department masing².

Minggu lepas secara tidak rasmi semasa keluar dengan bos pergi site, bos ada cakap nak review aku bulan ni. Alhamdulillah... p/s: bos up banyak skit ek! hahaha... Dulu aku 1st masuk sini badan maintain jer skrg hahaha boyot dan montok! bukan gemok tau!!! :) Semoga aku akan terus kekal di sini dan dimurahkan rezeki. Amin!


No comments: