Sunday, November 30, 2008

Sihat Bersama KML & My Lovely Sister

Pergghh..!~ Satu hari buat blog untuk KML Centre belajar punya pasal nak tukar template sampai ilang widget² yang lain huhuhu.. syukur alhamdulilah semuanya dah ok. Di kesempatan ini aku nak intro pasal KML Centre. KML Centre ini kedai akak aku dan sekarang aku bekerja dengannyasebagai pengurus pemasaran, pengalaman bekerja sebagai managment di Sugar Bun Corpration dan pengetahuan dalam bidang komputer membuatkan aku bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut lagipun gaji akak aku bagi buleh tahan jugak :P

KML Centre merupakan perniagaan trading menjual produk kesihatan, kecantikan dan wangian. Banyak manfaat daripada produk kesihatan yang ada, dari segi kualiti memang cukup memuaskan dan produk yang di pasarkan adalah 100% halal dan buatan Malaysia. Daripada technician komputer aku beralih kedalam bidang perniagaan kerana bukan saja peluang yang diberikan malahan aku dapat menimba pengalaman yang lebih mencabar di samping menambah pengetahuan aku mengenai kesihatan. hampir 6 tahun aku berjauhan dengan akak aku dan sekarang alhamdulilah akak aku yang dulu mempunyai 1 cawangan kini dah ada 5 cawangan (4 di sabah dan 1 di semenanjung) dan akak aku yang dulu kira noob dalam bab² kesihatan kini dah menjadi pakar dalam bab² pengetahuan dan penjagaan dalam kesihatan (ada customer cakap akak aku kalau bagi penerangan dan gaya bercakap macam doktor huehuehuehue) ni gambar dia kat sebelah bersama adiknya yang sedang posing seperti model (ahaks). Thanx kak, daripada sekolah sampai lah sekarang kakak banyak memberi tunjuk ajar dan membantu adikmu yang serba kekurangan ini. Semoga Kakak sekeluarga akan panjang umur dan murah rezeki. SIHAT BERSAMA KML!

No comments: