Wednesday, December 9, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
(Sebuah Pengalaman Hidup Budak Takde SPM)

Sesuatu Kegagalan dalam kehidupan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya walaupun setelah tekun berusaha dan masih belum memperolehi kejayaan, ia tidak bermakna kita adalah orang yang tidak berjaya. Dalam kehidupan kita mestilah berani untuk mencuba sesuatu untuk memperolehi kejayaan dan kegagalan sebenar adalah bila kita berhenti untuk terus mencuba!



Pihak SII kali ini ingin berkongsi pengalaman erti sebuah kehidupan yang berani dan tidak mengenal erti kegagalan setelah tertarik dengan membaca contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" daripada blog MY ADHA™ : http://myadha.blogspot.com yang dianjurkan oleh Denaihati. Jom baca Cerita Sebuah Pengalaman daripada insan yang bernama Ady Syam.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
(Sebuah Pengalaman Hidup Budak Takde SPM)


Membesar tanpa ayah tidak sedikit memberi kesan negatif terhadap diriku kerana aku mendapat asuhan dan dididikan yang lengkap oleh seorang ibu yang sungguh prihatin. Menjadi anak yang terakhir melanjutkan pelajaran dalam keluarga yang sederhana dan indah membakar semangat aku untuk terus belajar. Walaupun di usia yang muda, aku banyak memasang impian dan cita-cita untuk masa depan. Teringat masa kecil dahulu, cita-cita ingin menjadi Pegawai Bank atau seorang Guru. Memasuki kelas tingkatan 4 Sains 1 di SMK Muhibbah, Sandakan merupakan memori manis dan paling pahit yang tidak pernah aku lupakan sepanjang hidupku. Di situ jugalah pendidikan terakhir yang aku terima dan segala cita-cita dan impianku musnah setelah rumah setinggan tempat berlindung hangus dijilat api dalam satu kebakaran dikampung. Segala harta benda tidak dapat diselamatkan dan adik aku melecur hampir 50% dijilat api namun, Alhamdulillah sempat diselamatkan. Keluarga yang sederhana dan indah dulu kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

Aku memilih untuk berhenti sekolah agar dapat membantu keluarga, walaupun dapat tentangan hebat daripada keluarga dan juga guru, aku tetap nekad untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan. Di awal usia 16 tahun aku telah mula bekerja sebagai pendawai elektrik (wireman). Aku memilih jalan ini semata-mata untuk membantu keluargaku, walaupun ada sanak saudara yang ingin membantu, namun berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Musim silih berganti, tahun demi tahun aku lalui, hampir 11 tahun berkerja bermacam-macam pekerjaan aku lakukan, banyak tempat telah aku terokai serta pengalaman yang aku perolehi.

Aku mula meminati komputer dan internet semasa mula bekerja sebagai penjaga di sebuah cyber cafe di Kota Kinabalu pada satu masa dahulu. Tahun 1999 cyber cafe tumbuh bagaikan cendawan di setiap bandar dan daerah di Sabah. Daripada seorang yang buta IT aku mula belajar, dan waktu itu aku hanya tahu bermain games Starcraft dan chatting menggunakan mIRC kerana sering melihat pelanggan menggunakannya. Aku mula berjinak-jinak untuk mengenali komputer dan internet dengan lebih mendalam dan pengalaman berkerja di cyber cafe aku manfaatkan sepenuhnya. Semasa bekerja di cyber cafe aku berkawan dengan beberapa pelajar yang menuntut di Kolej Ibu Kota yang mengambil jurusan sains komputer. Minat untuk belajar aku teruskan dengan rakan-rakan walaupun aku pernah terkandas dahulu, namun pembelajaran ini hanya untuk ilmu yang perlu aku penuhkan di dada dan rakan-rakan sedia memberi tunjuk ajar. Setelah sekian lama menggunakan komputer dan Internet kini aku telah bisa membaiki kerosakan luaran atau pun perisian komputer dan Alhamdulillah berkat daripada tunjuk ajar dari seorang yang bergelar kawan, kini aku telah boleh membina laman web dengan hosting percuma ataupun berbayar. Teringat suatu masa dahulu aku pernah berkata, "komputer, kalau salah tekan boleh meletupkah?"

Aku mula berhijrah Ke Semenanjung pada tahun 2005 setelah diajak oleh saudaraku untuk kerja kilang di Shah Alam dan menetap di Bayu Perdana, Klang. Pertama kali menerima gaji yang mencecah lebih seribu ringgit aku sungguh gembira, sewaktu kerja di cyber cafe aku hanya dibayar RM400 sahaja. Patutlah ramai Sabahan yang bekerja kilang di Shah Alam. Setiap hari aku akan ulang alik dari Klang ke Shah Alam dan diwaktu lapang aku akan pergi ke cyber cafe untuk bermain game, update friendster dan lain-lain, Akhirnya aku berhenti kerja kilang dan bekerja di cyber cafe tersebut yang selalu aku kunjungi. Aku dibayar 3 kali ganda daripada gaji aku dahulu semasa bekerja cyber cafe di Sabah, dan di sini aku juga berpeluang mencari duit sampingan dengan melakukan perkhidmatan membaiki komputer.

Sepanjang bekerja di Semenanjung aku dipertemukan dengan seorang wanita melalui kawan yang tidak pernah kutemui. Terima kasih kawan kerana pertemukan kami... Dan kini wanita tersebut telahpun menjadi isteriku dan kami dikurniakan seorang cahaya mata. Sekarang aku bekerja dengan sebuah Syarikat Korporat Swasta dan menetap di ibukota dengan kehidupan yang sederhana bersama keluarga tercinta. Pengalaman adalah guru yang terbaik dan sesuatu perjalanan yang indah bila ianya dihayati.

Wassalam...

Ady Syam
Anak Islam Sahabat Alam.


*****************************************************************

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" telah dilancarkan dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM3,750. Contest ini dianjurkan atas sokongan sponsor seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Contest mudah sahaja iaitu di penghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan juga perkataan - saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog MY ADHA™ : http://myadha.blogspot.com

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Sertai cabaran Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" sekarang! KLIK DI SINI UNTUK MENYERTAI

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

* Jangan lupa letakkan backlink contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Sederhana Itu Indah : http://ady.via.my

P/S : Thanx Bro Adha & Denaihati

5 comments:

denaihati said...

Kunci KEJAYAAN adalah apabila kita bersifat positif kepada kegagalan. GAGAL adalah keyword besar untuk sukses. Terima kasih join contest. Blog ini peserta ke 67.

Dee said...

good luck..kisah benar yg boleh dibanggakan bro..

aminjohar said...

Salam sejahtera dan selamat berkenalan En. Ady. :-)

TErima kasih kerana menyertai Cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini. :-)

Artikel pengalaman dari bro Ady cukup merangsangkan AJ tuk lebih berusaha lagi. Owah dulu pun Main StarCraft jugak ek. Leh buat kawan ni.. hehehe :D

Sama r AJ pun main sakan Starcraft dulu. otai StarCraft. ni time itu sekitar 1999-2001 famous kot.. AJ suka guna Protos. Senang nak curi Jet perang musuh. :D. Lawan 7 Hard pun No halnya.. huhuhu.

Sayang game tu dah xda dah... hehehe :D

Terima kasih kerana sharing Pengalaman dan dapatlah merangsang minda separa sedar AJ. Jika tak keberatan leh r membaca Artikel Hidup Berani Untuk Gagal dari AJ pula. :-)

Keep work dan selamat berkenalan sekali lagi. :-)

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Selamat berjaya bro! :)

syanumhaddad said...

salam bila bacanya kisah ini , hati aku bagai terdetik nak berkongsi pengalaman.Aku pernah gagal exam stpm dalam hidup ini, aku bangun semula dengan semangat ambil sekali lagi exam walaupun aku hanya jatuh kertas pengajian am, dan kalau bandingkan dengan kawan-kawanku keputusan tak juah beza dan mereka jauh meninggalkan aku di belakang masing-masing dengan plan tersendiri, walaupun hati masa tu bagai 50/50 tapi aku gagahkan juga sebabnya tak nak hidup susah di kemudian hari dan tak tahu apa akan terjadi.Rasa kegagalan itu aku lalui dengan segala ketabahan walaupun kadang kala penghinaan, kesukaran, dan segala macam mengekori aku namun semua itu aku tolak ke tepi, aku berkata Tuhan itu tak akan mengubah nasib aku dan rezeki yang ditabuh atas muka bumi ini telah dijanjikan.Dengan berkat kesungguhan itu aku berjaya dengan mendapat 1A, 1B DAN 2C.Dan kini aku boleh dikatakan mampu berdiri atas tapak kaki aku sendiri dan rasa syukur ini aku tunduk sujuk agar kesombongan dunia tak ada padaku. Kepada yang pernah gagal jangan sesekali merasakan dunia ini kosong terokailah dengan kesabaran kerana disebalik kesabaran ada sesuatu yang telah dijanjikan untuk kamu.