Monday, November 16, 2009

Teka Teki Lawak Part2

Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan : Kotak penalti lah.. wawawa!


Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan : Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!


Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan : Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawak ayam.

Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan : lilin masa sambut EPI BESDAY

Scorpion kaler apa?
Jawapan : Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan : Kerani

Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG
IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Yg nih.. jangan pikir bukan2 plak ek...
Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk.
Jawapan : Masukkan benang dlm lubang jarum
Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
Bus skolah lah... The OnLY bus yng pergi skolah

Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
Jawapan : Milo AIS

Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Jawapan : Sbb kalau angkat dua kaki jatuh lah.. hahahahha


Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Jawapan: Semut bermate BENGKAK hahahahha

Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Jawapan : Motosikal sbb dia pakai tongkat

Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
Jawapan: Panjat pokok kelapa amek BUAH KELAPA

Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan : Kambing binATANG

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Jawapan : Betina ikan duyung jantang ikan BAKAR maner der betina nama BAKAR

4 comments:

LuVidA^^ said...

huhu klaka yg las tu =p

azman said...

apa petua nk hasilkan teka teki loyar buruk camni??

wanshah said...

banyak betul idea utk wat posting lawak kat sini ek bro. huhuhu..

Ady Syam said...

sumber² tertentu bro :P