Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 Alhamdulillah Syukur

Hari ni genap usiaku 30 tahun 8 bulan 10 hari
Hari ni genap usia perkahwinanku 4 tahun 6 hari
Hari ni genap usia anak ku Syahmi 3 tahun 2 bulan
Hari ni genap usia anak ku Syakir 9 Hari
Tidak akan ada lagi tahun 13.13.13
Reset untuk hari/bulan/tahun kepada 01.01.01 makan masa 989 tahun lagi pada tahun 3001

Monday, September 10, 2012

Begedil Jagung DIY Terjun Style

Nah ni kali lah... Bitin mo makan bergedil jagung beliau di kampung.. finaly aku belajar buat sendiri... setelah mendapat resepi kilat dari beliau trus praktikan di dapur.  Ini bukan post resepi yang boleh di tiru bulat² tapi kalau mo try... buli bah kalau ko! silakan

Hiris 5 biji jagung... hiris sampai licin

Saturday, July 21, 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Hari pertama berpuasa dan berada di ofis huhuhu... senyap jer opis hari ni... termasuk aku sendiri yang dah berkali-kali menguap. Nasib baik hari ni kerja setengah hari tapi begitulah lumrah bila menahan lapar dan dahaga di bulan ramadhan... pernah dengar orang cakap awal² berpuasa memang begitu dah masuk seminggu nanti takde rasa dah. Ye ke? hahaha.. tak tau ^_^"

Thursday, July 19, 2012

Hampir 3 Tahun

Alhamdulillah bulan ni genap 3 tahun aku bekerja di BusPower Systems Sdn Bhd. Company aku ni merupakan pembekal untuk peralatan electrical bervoltan tinggi seperti busduct, switchgear, transformer dan lain-lain. Dari budak pembantu teknikal yang tidak ada pengalaman langsung dengan suasana opis kini telah menjadi teknikal eksekutif. Sepanjang 3 tahun bekerja macam² dugaan dan rintangan dilalui...

Friday, July 13, 2012

Kereta Baru


Proton Saga FLX 1.3 Standard Auto CVT

Alhamdulillah... Setelah 3 tahun memiliki lesen memandu dan 3 tahun gak bawak kereta company akhirnya dengan rezeki yang diberikan aku sekeluarga telah mampu memiliki kereta sendiri. Walaupun kereta tempatan tidak sehebat kereta import aku tetap bersyukur kerana memiliki kenderaan sendiri.

Mula2 bawak memang lain... totally different dengan kereta sebelumnya maklumlah 3 tahun drive 1 jenis kereta jer namun alhamdulillah kini dah selesa. aku  nak cerita dan kongsi sikit sepanjang membeli kereta baru ni. 

Tuesday, July 10, 2012

Ku Kan Kembali BerBLOG!


10/07/2012 4:46PM - Kat Opis :P

Setelah hampir 1 setahun berdiam... dan 2 tahun tidak aktif berblog kini aku akan kembali untuk mengisi dan mewarnai blog ini. Kini blogspot sudah bertukar wajah... SII juga akan turut bertukar wajah... Ada lagi ker peminat SII kat sini? Huhuhu...


Tak nak type banyak2.... Tunggu dan lihat jer la ek... 


Wednesday, July 27, 2011

Dinding (Hatiku)


Dinding itu mula nipis
Angkara cakaran kemarahan
Percikan asid kata nista
Bersalutan kesumat akal kekal

Dinding itu mula berlubang
Angkara tusukan lirik tajam
Keluar cecair benci dari rongga
Deras tak bertakung dan bertubi-tubi

Dinding itu mula roboh
Angkara manisnya silam mula rapuh
Salam dan senyum tiada lagi
Berganti ungkitan tak berharga

Dinding itu tiada lagi
Dulu dibina atas cinta sejati
Tanpa hirauan rahsia lama
Roboh bersama keperitan duniawi

Wednesday, January 26, 2011

Berhenti BerBlog


Pihak SII berhenti berblog dengan rasminya.
Terima kasih atas segala sokongan anda.
Insyallah akan kembali jika ada kelapangan.

Wednesday, August 11, 2010

Tips Untuk Bulan Puasa


1. Jangan Tinggalkan Sahur


Sahur merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa Ramadhan yang sangat disarankan, dalam sebuah Hadist disebutkan bahwa "Bersabda Rasulullah SAW: "Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkah yang besar". Kenapa sahur penting bagi kita yang menjalankan puasa?, ketika menjalankan puasa tubuh kita tidak mendapatkan asupan gizi kurang lebih selama 14 jam. Untuk itu supaya tubuh dapat berfungsi dengan baik, sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga dalam jumlah yang cukup. Untuk menu sahur sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi, dan hindari terlalu banyak yang manis-manis.

Mengambil makanan manis diketika sahur akan membuat anda cepat lapar di siang hari. Makanan manis membuat tubuh bereaksi melepaskan insulin secara cepat, insulin berfungsi memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber energi. Sedangkan makan makanan berserat membuat proses pencernaan lebih lambat dan membantu insulin dikeluarkan secara perlahan. Untuk membuat tenaga dari sahur tahan lama, bersahurlah lebih akhir ketika mendekati imsak.

2. Jangan Lambat Berbuka

Setelah seharian menahan lapar dan dahaga tentunya tenaga kita berkurangan, untuk memulihkan tenaga kembali, ketika berbuka makanlah karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandung gula mengembalikan tenaga kita yang digunakan seharian. Tetapi hindari minum ais atau yang bersoda, karana jenis minuman ini dapat membuat pencernaan berfungsi secara tidak normal.

3. Makanlah Secara Teratur

Kebiasaannya setelah mendengar azan magrib, tanpa lengah-leangah lagi kita langsung menyantap habis hidangan yang disediakan diatas meja. Ini bukanlah tabiat yang bagus untuk kesihatan, setelah seharian perut kita tak terisi dan organ cerna beristirahat, sebaiknya jangan langsung menyantap hidangan dalam jumlah besar. ketika tiba waktu berbuka makan makanan manis, seperti kuih muih, atau minum teh panas, dan beristirahat seketika dan menjalankan solat magrib sambil memberi waktu organ cerna kita menyesuaikan. Setelah solat anda dapat boleh kembali makan makanan yang lebih berat seperti nasi dan lauk-pauknya. Dan setelah Tarawih dilanjutkan lagi dengan sesi makan kecil-kecilan.

4. Jangan Tinggalkan Sukan

Menjalankan puasa bukan bererti berhenti bersukan. Jesteru itu aktiviti fizik tetap diperlukan untuk menjaga kelancaran peredaran darah agar kita tidak mudah loya. Namun untuk perkara sebegini pilihlah sukan ringan yang tidak memerlukan tenagai berlebihan, seperti joging atau jalan kaki. Sebaiknya lakukan sukan menjelang waktu berbuka. Selain bersukan Tarawih juga disarankan untuk menjaga kesihatan jasmani, kerana ketika melakukan solat tarawih sama dengan membakar kalori.

5. Minum Air Secukupnya

Air merupakan zat yang sangat diperlukankan tubuh. Lebih dari 60 % tubuh kita terdiri dari air. Untuk menjalankan fungsinya dengan baik setiap organ tubuh kita memerlukankan air. Tanpa air yang cukup tubuh akan mengalami gangguan. Untuk itu perbanyak minum air untuk simpanan dalam tubuh supaya semua organ berfungsi dengan baik. Yang disebut air disini bukan hanya berupa air putih, tapi susu dan teh pun juga termasuk di dalamnya. Supaya keperluan tubuh mencukupi, aturlah agar anda minum lapan gelas air sebelum menjalani puasa esok hari.

6. Kendalikan Emosi

Rasulallah bersabda bahawa puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Dengan kata lain tujuan puasa adalah mengawal emosi, belajar bersabar dan berupaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Secara psikologi ini mempengaruhi mental-spiritual kita, dengan mengendalian emosi membuat jiwa kita tumbuh lebih sihat, dan merasakan kedekatan dengan Allah membuat hati kita damai.

Tuesday, June 29, 2010

Hj Kelentong punya Story

Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dandisahkan akan padam dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

Saturday, June 26, 2010

Butakah Cinta

Ada sorang gadis buta yang mana semua orang bencikan dan memandang rendah dirinya kecuali sang kekasih yang taat setia pada dirinya...

setiap kali dirinya di hina dan d herdik hanya kepada kekasihnya la tempat dya mengadu kasih dan segala masalah akan d selesaikan bersama...

Gadis itu selalu berkata :

“saya akan mengahwini awak kalau saya dpt melihat agar awak tidak dapat merasa kekurangan diri saya”

tiba pada Satu hari, ada orang mendermakan mata kepada gadis tu…

setelah pembedahan berjaya d jalankan gadis tersebut tidak sabar untuk melihat kekasih hati yang selalu menjadi tempat mengadu segala isi hati...

setelah dia melihat kekasihnya dia merasa sungguh terkejut dan malu kerana kelasihnya juga buta sama sepertinya dahulu!

Kekasihnya bertanya :

“oleh kerana ada orang yang telah mendermakan mata kepada awak dan awak boleh melihat sekarang. Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?

…….Gadis itu menolak!!!

Kekasihnya mengukir sebuah senyuman kecil tanda redha dgn jawapan gadis tersebut dan pergi sambil berkata

“TOLONG JAGA BAIK-BAIK MATA SAYA…”

Monday, June 7, 2010

Kenapa Advertlets Tak Nak Bayar?

Sungguh bz kerja hari ni, maklumlah hari isnin, banyak kerja yg perlu di settlekan, Sambil tunggu makanan lunch aku sampai, aku nak kongsi dengan kawan² satu perkara mengenai advertlets. Jangan hairan kalau sudah tiada iklan advertlets dalam blog ni lagi, sebab semuanya sudah aku delete dan tidak akan meletakkannya lagi sampai bila². Sakit ati... kecewa.. itu laa perkataan yang mampu aku luahkan apabila payment aku tak dapat² setelah menunggu sekian lama dan 3 kali aku email kat support / dan kat owner advertlets tu namun tiada jawapan. Kenapa ek?

Mungkin ada kawan² yang pernah mengalami nasib yang sama amacam aku? boleh tolong advice sikit?

Bila aku search kat google rupanya ramai jugak orang yang komplen pasal advertlets ni, payment lambat dan tak bayar. Tengok jer laa keywords dia... Hurmmm... sedih aku...


P/S : Sabar jer laa...

Wednesday, May 26, 2010

Hadiah Dari Ayah

Sehari sebelum saya berangkat ke kota, ayah memanggil saya ke pejabatnya. Saya agak hairan ketika itu, apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya. Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya, terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

"Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna.

Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut.

Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :-

"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah.

Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan.

Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.

Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

~Muhammad Salleh~

Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.

Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya.


Moral:

Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.

Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.

Monday, May 24, 2010

Kembali Berblog

Salam... Pergghh... Lamanya aku menghilang... Hampir 5 Bulan aku tidak menconteng di sini, mohon maaf kepada pengunjung yang menantikan post terbaru daripada SII dan segala permintaan yang tertunda Insyallah akan di update ASAP. Kalau aku terlupa tolong ingatkan. Sepanjang berehat ni banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama, banyak yang telah berubah dan macam² hal yang berlaku. Namun Alhamdulillah pintu hati ini terbuka untuk terus berblog di sini.


Domain SII kini telah berubah kepada adysyam.blogspot.com tetapi masih boleh di layari melalui ady.via.my ini adalah kerana dahulu SII memilih untuk menggunakan ady.via.my sebagai domain asalnya tetapi kerana pihak via.my telah mengubah beberapa peraturan pihak SII telah menjadikan domain ady.via.my sebagai fowarder sahaja.

Kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan SII Muzik, perkhidmatan tersebut telah aku pindahkan 100% ke siimuzik.blogspot.com, segala permintaan yang tertunda akan di update kesitu.

Memandangkan blogger ada memperkenalkan beberapa setting terbaru, SII akan mengemaskini semula beberapa tutorial yang berkenaan dan akan membuat tutorial terbaru dalam masa terdekat.

Untuk terus berblog, pihak SII ingin meminta nasihat dan idea daripada pengunjung dan emailkan kepada adysyam2001@yahoo.com jika terdapat sebarang pandangan yang ingin di kongsikan bersama.

Wednesday, December 16, 2009

SII Berehat Lagi

Salam... Hampir 2 minggu aku tak update blog... Dan kali ini SII akan berehat lagi untuk jangka masa yang agak panjang memandangkan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Minggu lepas aku baru balik dari Ipoh, dan besok aku akan ke Jakarta untuk lawatan dan mesyuarat selama 3 hari. Minggu depan pulak kena pergi JB dan Pulau Pinang. Huhuhu....

Mohon maaf kepada pengunjung yang menantikan post terbaru dan juga kepada mereka yang menggunakan SII Muzik. Aku dapat tahu semalam setelah seorang blogger mengadu, lagu di dalam blog beliau tidak berfungsi. Ini kerana kesemua lagu yang aku upload di hugedrive.com tidak dapat dimainkan kerana server tersebut mengalami sedikit masalah. harap bersabar Insyallah server tersebut akan kembali pulih dan jika berlarutan aku akan pindahkan kesemua lagu tersebut ke server baru nanti.

Sungguh bz kehidupan ini sekarang.
Maaf dariku...

Thursday, December 10, 2009

Kisah Tiga Budak Hitam

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.


Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

Wednesday, December 9, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
(Sebuah Pengalaman Hidup Budak Takde SPM)

Sesuatu Kegagalan dalam kehidupan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya walaupun setelah tekun berusaha dan masih belum memperolehi kejayaan, ia tidak bermakna kita adalah orang yang tidak berjaya. Dalam kehidupan kita mestilah berani untuk mencuba sesuatu untuk memperolehi kejayaan dan kegagalan sebenar adalah bila kita berhenti untuk terus mencuba!



Pihak SII kali ini ingin berkongsi pengalaman erti sebuah kehidupan yang berani dan tidak mengenal erti kegagalan setelah tertarik dengan membaca contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" daripada blog MY ADHA™ : http://myadha.blogspot.com yang dianjurkan oleh Denaihati. Jom baca Cerita Sebuah Pengalaman daripada insan yang bernama Ady Syam.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
(Sebuah Pengalaman Hidup Budak Takde SPM)


Membesar tanpa ayah tidak sedikit memberi kesan negatif terhadap diriku kerana aku mendapat asuhan dan dididikan yang lengkap oleh seorang ibu yang sungguh prihatin. Menjadi anak yang terakhir melanjutkan pelajaran dalam keluarga yang sederhana dan indah membakar semangat aku untuk terus belajar. Walaupun di usia yang muda, aku banyak memasang impian dan cita-cita untuk masa depan. Teringat masa kecil dahulu, cita-cita ingin menjadi Pegawai Bank atau seorang Guru. Memasuki kelas tingkatan 4 Sains 1 di SMK Muhibbah, Sandakan merupakan memori manis dan paling pahit yang tidak pernah aku lupakan sepanjang hidupku. Di situ jugalah pendidikan terakhir yang aku terima dan segala cita-cita dan impianku musnah setelah rumah setinggan tempat berlindung hangus dijilat api dalam satu kebakaran dikampung. Segala harta benda tidak dapat diselamatkan dan adik aku melecur hampir 50% dijilat api namun, Alhamdulillah sempat diselamatkan. Keluarga yang sederhana dan indah dulu kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

Aku memilih untuk berhenti sekolah agar dapat membantu keluarga, walaupun dapat tentangan hebat daripada keluarga dan juga guru, aku tetap nekad untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan. Di awal usia 16 tahun aku telah mula bekerja sebagai pendawai elektrik (wireman). Aku memilih jalan ini semata-mata untuk membantu keluargaku, walaupun ada sanak saudara yang ingin membantu, namun berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Musim silih berganti, tahun demi tahun aku lalui, hampir 11 tahun berkerja bermacam-macam pekerjaan aku lakukan, banyak tempat telah aku terokai serta pengalaman yang aku perolehi.

Aku mula meminati komputer dan internet semasa mula bekerja sebagai penjaga di sebuah cyber cafe di Kota Kinabalu pada satu masa dahulu. Tahun 1999 cyber cafe tumbuh bagaikan cendawan di setiap bandar dan daerah di Sabah. Daripada seorang yang buta IT aku mula belajar, dan waktu itu aku hanya tahu bermain games Starcraft dan chatting menggunakan mIRC kerana sering melihat pelanggan menggunakannya. Aku mula berjinak-jinak untuk mengenali komputer dan internet dengan lebih mendalam dan pengalaman berkerja di cyber cafe aku manfaatkan sepenuhnya. Semasa bekerja di cyber cafe aku berkawan dengan beberapa pelajar yang menuntut di Kolej Ibu Kota yang mengambil jurusan sains komputer. Minat untuk belajar aku teruskan dengan rakan-rakan walaupun aku pernah terkandas dahulu, namun pembelajaran ini hanya untuk ilmu yang perlu aku penuhkan di dada dan rakan-rakan sedia memberi tunjuk ajar. Setelah sekian lama menggunakan komputer dan Internet kini aku telah bisa membaiki kerosakan luaran atau pun perisian komputer dan Alhamdulillah berkat daripada tunjuk ajar dari seorang yang bergelar kawan, kini aku telah boleh membina laman web dengan hosting percuma ataupun berbayar. Teringat suatu masa dahulu aku pernah berkata, "komputer, kalau salah tekan boleh meletupkah?"

Aku mula berhijrah Ke Semenanjung pada tahun 2005 setelah diajak oleh saudaraku untuk kerja kilang di Shah Alam dan menetap di Bayu Perdana, Klang. Pertama kali menerima gaji yang mencecah lebih seribu ringgit aku sungguh gembira, sewaktu kerja di cyber cafe aku hanya dibayar RM400 sahaja. Patutlah ramai Sabahan yang bekerja kilang di Shah Alam. Setiap hari aku akan ulang alik dari Klang ke Shah Alam dan diwaktu lapang aku akan pergi ke cyber cafe untuk bermain game, update friendster dan lain-lain, Akhirnya aku berhenti kerja kilang dan bekerja di cyber cafe tersebut yang selalu aku kunjungi. Aku dibayar 3 kali ganda daripada gaji aku dahulu semasa bekerja cyber cafe di Sabah, dan di sini aku juga berpeluang mencari duit sampingan dengan melakukan perkhidmatan membaiki komputer.

Sepanjang bekerja di Semenanjung aku dipertemukan dengan seorang wanita melalui kawan yang tidak pernah kutemui. Terima kasih kawan kerana pertemukan kami... Dan kini wanita tersebut telahpun menjadi isteriku dan kami dikurniakan seorang cahaya mata. Sekarang aku bekerja dengan sebuah Syarikat Korporat Swasta dan menetap di ibukota dengan kehidupan yang sederhana bersama keluarga tercinta. Pengalaman adalah guru yang terbaik dan sesuatu perjalanan yang indah bila ianya dihayati.

Wassalam...

Ady Syam
Anak Islam Sahabat Alam.


*****************************************************************

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" telah dilancarkan dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM3,750. Contest ini dianjurkan atas sokongan sponsor seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Contest mudah sahaja iaitu di penghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan juga perkataan - saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog MY ADHA™ : http://myadha.blogspot.com

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Sertai cabaran Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" sekarang! KLIK DI SINI UNTUK MENYERTAI

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

* Jangan lupa letakkan backlink contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Sederhana Itu Indah : http://ady.via.my

P/S : Thanx Bro Adha & Denaihati

Sunday, December 6, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang

Salam...
Pejam celik, pejam celik dah setahun usia rumahtangga yang dibina, Masa berlalu begitu pantas dan rasa macam baru semalam jer kahwin (boleh?)... Musim tengkujuh sejuk² begini di akhir tahun teringat detik² pada 6/12/2008. Waktu tu hujan turun dengan gerimis di persekitaran Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan waktu itulah aku melafazkan ikrar pernikahan disaksikan keluarga dan sahabat dengan airmata kegembiraan. Kegembiraan sekali lagi menyerikan rumahtangga yang dibina apabila cahaya mata Muhammad Syahmi Danial selamat dilahirkan pada 13/10/2009. (Heuheuheu... Ekspressnya!)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama sayang... Terima kasih kerana menjaga keluarga yang indah dan sederhana ini... Semoga ikatan kasih cinta ini akan berkekalan selamanya... Sepanjang setahun bersama pelbagai rintangan dan dugaan yang telah kita hadapi bersama... Maafkan aku seandainya sepanjang bahtera yang kita layarkan ini aku tidak dapat memenuhi keinginanmu, aku mengendahkan luahan dan rintihanmu namun kesabaranmu adalah kekuatanku... semoga kita dapat mengharunginya untuk 100 tahun lagi... Tiada kata² dan ungkapan yang mampu ku ucapkan betapa gembira dan bertuahnya diriku memilikimu. Tika ini mataku seakan-akan ingin mengalirkan airmata... (Aku tak cengeng ek!) rasa seakan-akan jer... tapi aku kontrol heuheuheu...

Alhamdulillah....
Wassalam...

P/S : Sekarang ni hujung² tahun, ramai org kahwin... teringat memory tahun lepas.. jom layan Video kat bawah...


Sunday, November 29, 2009

The Twilight Saga & Ninja Assassin

Baru balek dari tengok movie kat MBO, Galaxy Ampang. Seperti biasa hujung minggu ni aku pergi tengok sorang² memandangkan tiada aktiviti yang hendak dilakukan selepas 2 Hari Raya Korban berlalu. Tak dapat ajak orang rumah sebab baby masih kecik huhuhu... Peluang tengok wayang minggu ini aku layan direct 2 movie berturut². Jom layan review....


The Twilight Saga : New Moon
Movie ni merupakan filem kedua selepas movie pertamanya Twilight (2008), terus terang aku cakap movie pertama aku tak pernah tengok, aku layan movie ni sebab tengok trailer dia kat nuffnang macam best. Tapi after layan hurmm... buleh tahan laaa... Cerita The Twilight Saga : New Moon ni mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Bella lakonan Kristen Stewart yang telah jatuh cinta dengan seorang vampire.

Edward adalah vampire, tapi ia tidak memiliki taring dan keluarganya adalah unik kerana mereka memilih untuk tidak minum darah manusia. Kecergasan dan jenaka, Edward melihat langsung ke jiwa Bella membuatkan mereka terjerumus ke dalam sebuah gairah, mendebarkan dan asmara yang tidak lazim, bagi Edward, Bella adalah apa yang ia tunggu sepanjang 90 tahun untuk dijadikan pasangannya. Tetapi semakin rapat mereka, semakin banyak halangan Edward harus perjuangkan untuk melawan tarikan primal baunya, yang boleh menghantar dia ke hiruk-pikuk tak terkendali. Apa yang akan Edward & Bella lakukan ketika sebuah klan vampire baru - James (Cam Gigandet), Laurent (Edi Gathegi) dan Victoria (Rachelle Lefevre) datang ke bandar dan mengancam akan mengganggu cara hidup mereka? Anda juga akan disajikan dengan watak serigala jadian iaitu Jacob (Taylor Lautner) yang amat meminati Bella dan bertanggungjawab melindunginya. Saksikanlah cinta tiga segi dan pertarungan antara vampire dan serigala jadian dipawagam berhampiran.

Cerita ni kalau tak silap akan ada sambungan pada tahun depan dan 2011 iaitu The Twilight Saga: Eclipse dan The Twilight Saga: Breaking Dawn.


Ninja Assassin
Movie ni untuk 18SG, dan memang betul² ganazz... Hero movie ni Raizo lakonan Rain (Korea) adalah salah satu pembunuh paling kejam di dunia. Dia diambil dari jalanan sebagai anak angkat dan dilatih serta diubah untuk menjadi pembunuh terlatih oleh Klan Ozunu iaitu sebuah kumpulan rahsia yang dianggap sebagai mitos. Setelah meningkat dewasa Raizo tidak dapat menerima pegangan yang dipegang kuat oleh Klannya sehingga pada suatu hari temannya dibunuh kerana cuba melarikan diri daripada klan tersebut. Dia cuba bangkit namun ditewaskan tetapi berjaya melarikan diri dan akan membalas dendam suatu hari nanti.

Di Berlin, agen Europol Mika Coretti (Naomie Harris) telah menemui sebuah jejak wang yang menghubungkan beberapa pembunuhan politik ke rangkaian bawah tanah yang tidak boleh mengesan pembunuh dari Timur Jauh. Menentang perintah atasannya, Ryan Maslow (Ben Miles), Mika cuba membongkar fail agen rahsia untuk mengetahui kebenaran di sebalik pembunuhan. Siasatannya membuahkan hasil, dan Klan Ozunu menghantar pasukan pembunuh untuk menghapuskan Mika yang dipimpin oleh Takeshi (Rick Yune). Raizo menyelamatkan Mika tetapi dia tahu bahawa klan Ozunu tidak akan berehat sehingga mereka berdua dihapuskan. Raizo dan Mika harus mempercayai satu sama lain jika mereka ingin bertahan untuk terushidup dan sekaligus untuk menumbangkan klan Ozunu yang sukar difahami.

Tak rugi tengok movie ni, betul² kaw... dia tetak orang guna samurai macam real... putus sana sini.. huhuhu.. ada berani? tengoklah!!!!

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam... Bagi pihak SII aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua warga muslim di Malaysia. Tahun ini mungkin ramai yang akan pulang ke kampung halaman memandangkan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat sekaligus buleh bercuti selama 3 hari. Seperti tahun sebelumnya Aidiladha kusambut secara sederhana di kota. Tahun ni juga merupakan Aidiladha pertama kali kusambut bersama isteri dan anak tersayang. Alhamdulillah kini Syahmi genap 44 hari dan isteri aku telah habis berpantang. (tapi dia kata nak pantang 100 hari huhuhu).

Mohon maaf sekiranya sepanjang aku berblog ada tertaip, terkasar, tersendir bahasa yang kurang menyenangkan kepada pengunjung dan juga blogger. Hujung tahun ini juga genap setahun aku berblogging. Jika ada tersalah dan tersilap mohon tunjuk ajar.

Maaf sekali lagi sekiranya ada request yang belum dapat ditunaikan memandangkan keadaan sekarang tidak mengizinkan aku untuk kerap berblogging. Semalamaku baru sahaja kembali daripada Terengganu dan Pulau Pinang selepas 2 minggu berturut-turut outstation dan minggu depan pula Insyallah aku akan ke Cikarang, Indonesia atas urusan kerja. Jika masih ada request yang belum dilaksanakan sila emailkan apa jua request ke email atau YM sahaja semasa aku online.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha......