Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 Alhamdulillah Syukur

Hari ni genap usiaku 30 tahun 8 bulan 10 hari
Hari ni genap usia perkahwinanku 4 tahun 6 hari
Hari ni genap usia anak ku Syahmi 3 tahun 2 bulan
Hari ni genap usia anak ku Syakir 9 Hari
Tidak akan ada lagi tahun 13.13.13
Reset untuk hari/bulan/tahun kepada 01.01.01 makan masa 989 tahun lagi pada tahun 3001

Monday, September 10, 2012

Begedil Jagung DIY Terjun Style

Nah ni kali lah... Bitin mo makan bergedil jagung beliau di kampung.. finaly aku belajar buat sendiri... setelah mendapat resepi kilat dari beliau trus praktikan di dapur.  Ini bukan post resepi yang boleh di tiru bulat² tapi kalau mo try... buli bah kalau ko! silakan

Hiris 5 biji jagung... hiris sampai licin

Thursday, July 19, 2012

Hampir 3 Tahun

Alhamdulillah bulan ni genap 3 tahun aku bekerja di BusPower Systems Sdn Bhd. Company aku ni merupakan pembekal untuk peralatan electrical bervoltan tinggi seperti busduct, switchgear, transformer dan lain-lain. Dari budak pembantu teknikal yang tidak ada pengalaman langsung dengan suasana opis kini telah menjadi teknikal eksekutif. Sepanjang 3 tahun bekerja macam² dugaan dan rintangan dilalui...

Wednesday, July 27, 2011

Dinding (Hatiku)


Dinding itu mula nipis
Angkara cakaran kemarahan
Percikan asid kata nista
Bersalutan kesumat akal kekal

Dinding itu mula berlubang
Angkara tusukan lirik tajam
Keluar cecair benci dari rongga
Deras tak bertakung dan bertubi-tubi

Dinding itu mula roboh
Angkara manisnya silam mula rapuh
Salam dan senyum tiada lagi
Berganti ungkitan tak berharga

Dinding itu tiada lagi
Dulu dibina atas cinta sejati
Tanpa hirauan rahsia lama
Roboh bersama keperitan duniawi

Monday, June 7, 2010

Kenapa Advertlets Tak Nak Bayar?

Sungguh bz kerja hari ni, maklumlah hari isnin, banyak kerja yg perlu di settlekan, Sambil tunggu makanan lunch aku sampai, aku nak kongsi dengan kawan² satu perkara mengenai advertlets. Jangan hairan kalau sudah tiada iklan advertlets dalam blog ni lagi, sebab semuanya sudah aku delete dan tidak akan meletakkannya lagi sampai bila². Sakit ati... kecewa.. itu laa perkataan yang mampu aku luahkan apabila payment aku tak dapat² setelah menunggu sekian lama dan 3 kali aku email kat support / dan kat owner advertlets tu namun tiada jawapan. Kenapa ek?

Mungkin ada kawan² yang pernah mengalami nasib yang sama amacam aku? boleh tolong advice sikit?

Bila aku search kat google rupanya ramai jugak orang yang komplen pasal advertlets ni, payment lambat dan tak bayar. Tengok jer laa keywords dia... Hurmmm... sedih aku...


P/S : Sabar jer laa...

Monday, May 24, 2010

Kembali Berblog

Salam... Pergghh... Lamanya aku menghilang... Hampir 5 Bulan aku tidak menconteng di sini, mohon maaf kepada pengunjung yang menantikan post terbaru daripada SII dan segala permintaan yang tertunda Insyallah akan di update ASAP. Kalau aku terlupa tolong ingatkan. Sepanjang berehat ni banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama, banyak yang telah berubah dan macam² hal yang berlaku. Namun Alhamdulillah pintu hati ini terbuka untuk terus berblog di sini.


Domain SII kini telah berubah kepada adysyam.blogspot.com tetapi masih boleh di layari melalui ady.via.my ini adalah kerana dahulu SII memilih untuk menggunakan ady.via.my sebagai domain asalnya tetapi kerana pihak via.my telah mengubah beberapa peraturan pihak SII telah menjadikan domain ady.via.my sebagai fowarder sahaja.

Kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan SII Muzik, perkhidmatan tersebut telah aku pindahkan 100% ke siimuzik.blogspot.com, segala permintaan yang tertunda akan di update kesitu.

Memandangkan blogger ada memperkenalkan beberapa setting terbaru, SII akan mengemaskini semula beberapa tutorial yang berkenaan dan akan membuat tutorial terbaru dalam masa terdekat.

Untuk terus berblog, pihak SII ingin meminta nasihat dan idea daripada pengunjung dan emailkan kepada adysyam2001@yahoo.com jika terdapat sebarang pandangan yang ingin di kongsikan bersama.

Wednesday, December 16, 2009

SII Berehat Lagi

Salam... Hampir 2 minggu aku tak update blog... Dan kali ini SII akan berehat lagi untuk jangka masa yang agak panjang memandangkan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Minggu lepas aku baru balik dari Ipoh, dan besok aku akan ke Jakarta untuk lawatan dan mesyuarat selama 3 hari. Minggu depan pulak kena pergi JB dan Pulau Pinang. Huhuhu....

Mohon maaf kepada pengunjung yang menantikan post terbaru dan juga kepada mereka yang menggunakan SII Muzik. Aku dapat tahu semalam setelah seorang blogger mengadu, lagu di dalam blog beliau tidak berfungsi. Ini kerana kesemua lagu yang aku upload di hugedrive.com tidak dapat dimainkan kerana server tersebut mengalami sedikit masalah. harap bersabar Insyallah server tersebut akan kembali pulih dan jika berlarutan aku akan pindahkan kesemua lagu tersebut ke server baru nanti.

Sungguh bz kehidupan ini sekarang.
Maaf dariku...

Wednesday, December 9, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
(Sebuah Pengalaman Hidup Budak Takde SPM)

Sesuatu Kegagalan dalam kehidupan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya walaupun setelah tekun berusaha dan masih belum memperolehi kejayaan, ia tidak bermakna kita adalah orang yang tidak berjaya. Dalam kehidupan kita mestilah berani untuk mencuba sesuatu untuk memperolehi kejayaan dan kegagalan sebenar adalah bila kita berhenti untuk terus mencuba!



Pihak SII kali ini ingin berkongsi pengalaman erti sebuah kehidupan yang berani dan tidak mengenal erti kegagalan setelah tertarik dengan membaca contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" daripada blog MY ADHA™ : http://myadha.blogspot.com yang dianjurkan oleh Denaihati. Jom baca Cerita Sebuah Pengalaman daripada insan yang bernama Ady Syam.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
(Sebuah Pengalaman Hidup Budak Takde SPM)


Membesar tanpa ayah tidak sedikit memberi kesan negatif terhadap diriku kerana aku mendapat asuhan dan dididikan yang lengkap oleh seorang ibu yang sungguh prihatin. Menjadi anak yang terakhir melanjutkan pelajaran dalam keluarga yang sederhana dan indah membakar semangat aku untuk terus belajar. Walaupun di usia yang muda, aku banyak memasang impian dan cita-cita untuk masa depan. Teringat masa kecil dahulu, cita-cita ingin menjadi Pegawai Bank atau seorang Guru. Memasuki kelas tingkatan 4 Sains 1 di SMK Muhibbah, Sandakan merupakan memori manis dan paling pahit yang tidak pernah aku lupakan sepanjang hidupku. Di situ jugalah pendidikan terakhir yang aku terima dan segala cita-cita dan impianku musnah setelah rumah setinggan tempat berlindung hangus dijilat api dalam satu kebakaran dikampung. Segala harta benda tidak dapat diselamatkan dan adik aku melecur hampir 50% dijilat api namun, Alhamdulillah sempat diselamatkan. Keluarga yang sederhana dan indah dulu kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

Aku memilih untuk berhenti sekolah agar dapat membantu keluarga, walaupun dapat tentangan hebat daripada keluarga dan juga guru, aku tetap nekad untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan. Di awal usia 16 tahun aku telah mula bekerja sebagai pendawai elektrik (wireman). Aku memilih jalan ini semata-mata untuk membantu keluargaku, walaupun ada sanak saudara yang ingin membantu, namun berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Musim silih berganti, tahun demi tahun aku lalui, hampir 11 tahun berkerja bermacam-macam pekerjaan aku lakukan, banyak tempat telah aku terokai serta pengalaman yang aku perolehi.

Aku mula meminati komputer dan internet semasa mula bekerja sebagai penjaga di sebuah cyber cafe di Kota Kinabalu pada satu masa dahulu. Tahun 1999 cyber cafe tumbuh bagaikan cendawan di setiap bandar dan daerah di Sabah. Daripada seorang yang buta IT aku mula belajar, dan waktu itu aku hanya tahu bermain games Starcraft dan chatting menggunakan mIRC kerana sering melihat pelanggan menggunakannya. Aku mula berjinak-jinak untuk mengenali komputer dan internet dengan lebih mendalam dan pengalaman berkerja di cyber cafe aku manfaatkan sepenuhnya. Semasa bekerja di cyber cafe aku berkawan dengan beberapa pelajar yang menuntut di Kolej Ibu Kota yang mengambil jurusan sains komputer. Minat untuk belajar aku teruskan dengan rakan-rakan walaupun aku pernah terkandas dahulu, namun pembelajaran ini hanya untuk ilmu yang perlu aku penuhkan di dada dan rakan-rakan sedia memberi tunjuk ajar. Setelah sekian lama menggunakan komputer dan Internet kini aku telah bisa membaiki kerosakan luaran atau pun perisian komputer dan Alhamdulillah berkat daripada tunjuk ajar dari seorang yang bergelar kawan, kini aku telah boleh membina laman web dengan hosting percuma ataupun berbayar. Teringat suatu masa dahulu aku pernah berkata, "komputer, kalau salah tekan boleh meletupkah?"

Aku mula berhijrah Ke Semenanjung pada tahun 2005 setelah diajak oleh saudaraku untuk kerja kilang di Shah Alam dan menetap di Bayu Perdana, Klang. Pertama kali menerima gaji yang mencecah lebih seribu ringgit aku sungguh gembira, sewaktu kerja di cyber cafe aku hanya dibayar RM400 sahaja. Patutlah ramai Sabahan yang bekerja kilang di Shah Alam. Setiap hari aku akan ulang alik dari Klang ke Shah Alam dan diwaktu lapang aku akan pergi ke cyber cafe untuk bermain game, update friendster dan lain-lain, Akhirnya aku berhenti kerja kilang dan bekerja di cyber cafe tersebut yang selalu aku kunjungi. Aku dibayar 3 kali ganda daripada gaji aku dahulu semasa bekerja cyber cafe di Sabah, dan di sini aku juga berpeluang mencari duit sampingan dengan melakukan perkhidmatan membaiki komputer.

Sepanjang bekerja di Semenanjung aku dipertemukan dengan seorang wanita melalui kawan yang tidak pernah kutemui. Terima kasih kawan kerana pertemukan kami... Dan kini wanita tersebut telahpun menjadi isteriku dan kami dikurniakan seorang cahaya mata. Sekarang aku bekerja dengan sebuah Syarikat Korporat Swasta dan menetap di ibukota dengan kehidupan yang sederhana bersama keluarga tercinta. Pengalaman adalah guru yang terbaik dan sesuatu perjalanan yang indah bila ianya dihayati.

Wassalam...

Ady Syam
Anak Islam Sahabat Alam.


*****************************************************************

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" telah dilancarkan dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM3,750. Contest ini dianjurkan atas sokongan sponsor seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Contest mudah sahaja iaitu di penghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan juga perkataan - saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog MY ADHA™ : http://myadha.blogspot.com

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Sertai cabaran Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" sekarang! KLIK DI SINI UNTUK MENYERTAI

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

* Jangan lupa letakkan backlink contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Sederhana Itu Indah : http://ady.via.my

P/S : Thanx Bro Adha & Denaihati

Sunday, December 6, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang

Salam...
Pejam celik, pejam celik dah setahun usia rumahtangga yang dibina, Masa berlalu begitu pantas dan rasa macam baru semalam jer kahwin (boleh?)... Musim tengkujuh sejuk² begini di akhir tahun teringat detik² pada 6/12/2008. Waktu tu hujan turun dengan gerimis di persekitaran Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan waktu itulah aku melafazkan ikrar pernikahan disaksikan keluarga dan sahabat dengan airmata kegembiraan. Kegembiraan sekali lagi menyerikan rumahtangga yang dibina apabila cahaya mata Muhammad Syahmi Danial selamat dilahirkan pada 13/10/2009. (Heuheuheu... Ekspressnya!)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama sayang... Terima kasih kerana menjaga keluarga yang indah dan sederhana ini... Semoga ikatan kasih cinta ini akan berkekalan selamanya... Sepanjang setahun bersama pelbagai rintangan dan dugaan yang telah kita hadapi bersama... Maafkan aku seandainya sepanjang bahtera yang kita layarkan ini aku tidak dapat memenuhi keinginanmu, aku mengendahkan luahan dan rintihanmu namun kesabaranmu adalah kekuatanku... semoga kita dapat mengharunginya untuk 100 tahun lagi... Tiada kata² dan ungkapan yang mampu ku ucapkan betapa gembira dan bertuahnya diriku memilikimu. Tika ini mataku seakan-akan ingin mengalirkan airmata... (Aku tak cengeng ek!) rasa seakan-akan jer... tapi aku kontrol heuheuheu...

Alhamdulillah....
Wassalam...

P/S : Sekarang ni hujung² tahun, ramai org kahwin... teringat memory tahun lepas.. jom layan Video kat bawah...


Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam... Bagi pihak SII aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua warga muslim di Malaysia. Tahun ini mungkin ramai yang akan pulang ke kampung halaman memandangkan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat sekaligus buleh bercuti selama 3 hari. Seperti tahun sebelumnya Aidiladha kusambut secara sederhana di kota. Tahun ni juga merupakan Aidiladha pertama kali kusambut bersama isteri dan anak tersayang. Alhamdulillah kini Syahmi genap 44 hari dan isteri aku telah habis berpantang. (tapi dia kata nak pantang 100 hari huhuhu).

Mohon maaf sekiranya sepanjang aku berblog ada tertaip, terkasar, tersendir bahasa yang kurang menyenangkan kepada pengunjung dan juga blogger. Hujung tahun ini juga genap setahun aku berblogging. Jika ada tersalah dan tersilap mohon tunjuk ajar.

Maaf sekali lagi sekiranya ada request yang belum dapat ditunaikan memandangkan keadaan sekarang tidak mengizinkan aku untuk kerap berblogging. Semalamaku baru sahaja kembali daripada Terengganu dan Pulau Pinang selepas 2 minggu berturut-turut outstation dan minggu depan pula Insyallah aku akan ke Cikarang, Indonesia atas urusan kerja. Jika masih ada request yang belum dilaksanakan sila emailkan apa jua request ke email atau YM sahaja semasa aku online.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha......

Monday, October 26, 2009

My Baby Boy Part 2


Huhuhu jarang² mengUPDATE blog ni, maklumlah ada orang baru, tambah² lagi kat ofis banyak keja, anyway nak continue entry lepas...

13/10/2009 (Selasa)
4.40 pagi... setelah menyaksikan kelahiran anak sulung kami, misi menghalau aku dari bilik bersalin dan menyuruh aku menukar pas lawatan aku semula dan mengemaskan barang² dikatil isteri aku di wad 4D untuk penukarkan ke katil wad 4C. Aku bergegas keluar dari wad tersebut dan menukar pas lawatan kemudian pergi ke wad 4D untuk mengemas barang² isteri dan baby. Setelah selesai mengemas aku keluar dari wad 4D dan menunggu isteri aku di wad 4C. Wad 4C merupakan wad ibu² yang telah bersalin, tidak lama kemudian isteri dan anak aku dihantar oleh 2 orang misi menuju masuk ke wad 4C. Aku kemaskan barang2 di almari yang disediakan dan Syahmi berada didalalm troli khas yang disediakan. Aku tak buleh lama disitu sebab sekarang bukan masa untuk melawat. Kedengaran jelas tangisan baby orang lain didalam wad tersebut... Sayu... anak aku lena didalam trolinya... mungkin dia ingat masih dalam perut lagi kot... kukucup dahi isteriku sekali lagi.. dan meninggalkan wad 4C dan pulang kerumah.

5.30 pagi... kereta kupandu perlahan meninggalkan perkarangan hospital... sungguh lengang suasana pagi ini. Aku membawa uri anakku bersama untuk dicuci dirumah, Alamak! macamana nak cuci uri ini? aku panik sedikit, lantas teringat Abang Man di Kajang. Aku terus telefon... Alhamdulillah Abang Man setuju tolong aku untuk cuci uri baby dan aku terus pandu kereta ke Kajang dan ambil Abang Man dan pulang semula ke Pandan Indah. Sampai di rumah Aku dan Abang Man mencuci uri baby sampai bersih... Aku sempat telefon Mak Aji di Sandakan untuk minta petua sebelum menanam uri anak aku. setelah semua selesai kami rehat. Aku betul² mengantuk...nak tak nak kerja perlu disettlekan secepat mungkin. Jam dah 7.20 pagi, aku dan Abang Man menuju ke Masjid Al-Amin Pandan Indah untuk menanam uri baby. Namun hampa... takde seorang pun disitu yang boleh aku minta kebenaran untuk menanam uri baby. Aku pergi ke pejabat masjid tersebut dan terlihat waktu berurusan... pejabat hanya akan dibuka setelah jam 9.00 pagi... aku dan Abang Man terus ke hospital untuk melawat Isteriku sesambil menunggu jam 9 pagi nanti. Malang sungguh apabila sampai di Hospital kami tidak dibenarkan melawat kerana sekarang bukan waktu melawat. Waktu tu macik guard tu hanya membenarkan aku seorang melawat atas sebab² tertentu tapi Abang Man tidak dibenarkan. Aku telefon Ima dan nyatakan akan datang jam 12.30 tengah hari nanti. Sambil menunggu jam 9 pagi aku dan abang lepak di hospital.. kami pergi beli waffle dan minum... (sedap worr waffle yang di jual di hospital tu)

Tepat jam 9.00 pagi kami kembali semula ke Masjid dan kali ini aku terlihat seseorang tengah menyapu di dalam perkarangan masjid. Lantas memberikan salam dan menyatakan hajat aku. Abang tu bagitau tanam jer kat tepi atau belakang masjid tu.. orang ramai semua tanam disitu... setelah berterima kasih aku dan Abang Man bergerak pantas menggali lubang di tepi sebelah kanan masjid... kelihatan ada banyak tanda uri baby lain ditanam disitu, setelah selesai kami pun pulang kerumah.

12.30 tengah hari... aku dan Abang Man tiba dihospital... terkezut aku lihat Mumtaj dan Has sampai dulu dari kami... huhuhu Thanx Mumtaj... Has... Sudi lawat isteri dan anak aku... kami pun mula laa pok pek pok pek... sambil menceritakan pengalaman kami kepada Has dan Mumtaj yang dah masuk 8 bulan... Isteri aku bagitau yang hari ni jugak dia buleh keluar memandangkan baby dan dia takde apa²... Aku di suruh pergi bayar bil... sekali pergi kaunter ALAMAK! dompet duit aku tertinggal di rumah... huhuhu satu hal... aku terus pandu balik ke rumah... nasib baik hospital dengan rumah tak jauh... drive pun 5 minit buleh sampai, setelah settle bayar bil, jam 2.20 petang kami semua meninggalkan Hospital Ampang dan Isteri dan anakku selamat sampai ke rumah... huhuhu... home sweet home... suite M6-1-12 kini telah bertambah penghuni seorang lagi... lepas ni kalau boring tengok muka isteri aku jer sekarang buleh tengok² muka baby pulak heuheuheu....(gurau sayang)

Aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Hospital Ampang yang mempunyai service dan kakitangan yang sungguh memuaskan. tak hairan kenapa orang luar gombak dan selayang tunggu sakit nak beranak datang ke Ampang... Service dia memang Tip Top!!! Thanx kepada Misi² yang menjaga isteri dan menyambut kelahiran anak aku... Korang memang Misi yang terbaik... thanx to awek dan macik guard yang menjaga keselamatan wad isteri aku di tempatkan... dan terima kasih kepada kawan² yang sentiasa mendoakan isteri dan anak aku sihat sejahtera... semoga Allah akan membalas kebaikkan mereka² yang terbabit... Amin...

26.10.2009 (Isnin)
Hari ni Muhammad Syahmi Danial dah masuk 2 minggu... Kuning dia dah hilang... (Alhamdulillah) Syahmi sekarang kuat menetek... Syahmi dah naik 3.8KG... Dan yang penting Syahmi sihat...

Wassalam...

Hadiah Syahmi dari kawan² Sembang-rumahtangga.net

Lena Di Ulit Intan

Kroohh!~~zzzZZZzzZZZzZz

Jelir skit.... Uweekk!~ (Bergaya Hadiah Bouncher Daripada RED)

Puutt... terkentut... heuheuheu

Apa tengok² ni? nak bagi susu ker?

Syahmi = Bijak, Berani & Mulia

Friday, October 16, 2009

My Baby Boy

Huhuhu... baru jer rehat berblog... sekarang kena rehat lagi... aku kena jaga orang rumah dengan baby... apapun aku ada sedikit catitan...

Alhamdulillah... Akhirnya orang yang ditunggu² kini muncul tiba, selamat datang ke dunia baru wahai anakku... Muhammad Syahmi Danial bin Ady Syam selamat dilahirkan pada 13 Oktober 2009 bersamaan 23 Syawal 1430 Hijrah jam 3.25 pagi di Hospital Ampang. Kesabaran dan detik² cemas menanti 9 bulan kini berakhir bila melihat Syahmi keluar. Kini aku telah bergelar seorang Abah kepada soeorang anak lelaki bernama Syahmi. Sungguh mengujakan, sungguh menggembirakan, dan sungguh mengharukan apabila melihat sendiri dan berada di sisi isteri tercinta menyaksikan kehadiran anak sulung kami. Alhamdulillah kini semuanya telah selamat... Izinkan aku kongsikan memori ini bersama kawan² dan buat anakku Muhammad Syahmi Danial... Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan berjaya.

11 Oktober 2009 (Ahad)
Memandangkan Isteriku yang telah overdue 10 hari, hari ini adalah hari yang sepatutnya dia berada di hospital untuk ditahan. Kami bergerak dari rumah seawal pagi dan aku bawah dia meronda² di sekitar Pandan Indah dan akhirnya pergi ke Tesco kerana dia teringin untuk makan di Restoran Santai. Selepas bersalin dah tak buleh makan sedap²... kena makan lauk pantang jer... setelah selesai makan kami berangkat ke Hospital Ampang dan tiba di sana jam 1 tengahari. Daftar diri di kaunter dan terus diarah ke Dewan Bersalin tingkat 4 untuk checkup. Aku menunggu di luar dewan bersalin hampir 2 jam dan isteri aku SMS... "Sayang.. tunggu nak scan baby jap.. dah bukak 2cm... dah masuk air... kena masuk wad sekejap lagik...Sakit!" aku terus call dia dan sok sek sok sek... turun kebawah ke tempat parking kereta ambil barang² keperluan dia dan baby, dan bila naik jer ke tingkat 4 semula isteri aku berada di Wad 4D katil No. 23. Cute jer dia dah bersalin baju guna baju yang pihak hospital bagi... (Pink Kaler) Sok sek sok sek... dia ceritalah bagaimana dia telah diperlakukan oleh misi terhadapnya masa di dewan bersalin tadi, heuheuheu... (suspen jer ayat) isteri aku cakap "tadi doktor dan masuk ubat". Waktu tu Jam dah 4.30 petang, tepat untuk waktu melawat sehingga jam 7.00 Petang. Sepanjang masa melawat ada kawan yang datang menziarah iaitu Nopal dan Isteri, kawan daripada sembangrumah-tangga.net. Selepas jam 7.00 Petang makwe guard yang jaga pintu wad tersebut datang kedalam dan memakumkan masa melawat dah habis, aku beriya² duduk disitu ingatkan buleh temankan isteri sampai melahirkan... namun sungguh sedih kerana aku terpaksa dihalau kerana wad tersebut ada ramai lagi bini orang nak bersalin... dan tak dibenarkan masuk selepas masa melawat jika tidak ada perkara important untuk berjumpa isteri... huhuhuhu... Rasa tanak balek je... tapi nak buat camanakan.. Hospital dengan rumah aku 5 minit jer kalau drive... so aku ambik keputusan untuk balek rumah... sambil SMS dan call sekali dua isteri aku waktu malam tu... aku bukak pc aku layan cerita Bleach Anime yang dah banyak aku donlot... dan akhirnya aku zzzZZzzzZZZzZZz....


12 Oktober 2009 (Isnin)
Hari ni aku telepon Sis Sorna admin kat opis aku... aku bagitau wife aku dah nak delivery aku tak masuk kerja dalam 2-3 hari ni. Tapi dia suruh jugak turun opis sebab ada projek yang aku incharge dan perlu di follow up. Haizzz... Aku terus drive ke opis dan settlekan kerja aku... sambil² buat kerja opis aku SMS wife aku dan everything ok, still 2 cm tak bukak² lagi dan mungkin petang ni dia kata... doktor akan masuk ubat lagi. Masa melawat pertama 12.30 tengah hari sampai jam 2.30 petang. Aku tiba seawalnya untuk melawat dan masa tu jugak ada hidangan lunch time pihak hospital bagi... wife aku cakap makanan dia ala kadar tapi buleh laa... kurang goreng²... dan wife aku time tu teringin nak makan French Fries... nak tanak aku turun bawah seberang hospital ada McD dan beli Double Cheese Meal set untuk aku (heuheuheu...) dan extra Large Fries untuk wife... kemudian naik ke atas semula dan makan sama². sok sek sok sek.. dan pukul 2.00 petang dan sekali lagi awek guard yang jaga wad tu menghalau aku serta pelawat² yang lain dan buleh datang melawat semula jam 4.30 petang... haizzz... kaco ar!!!

4.40 petang aku sampai ke hospital untuk melawat semula (awal sampai tapi menunggu kat bawah tu untuk beli waffle dan air punyalaa lama sebab ramai orang) dan setibanya aku di wad tersebut aku terus bedal waffle yang aku order 2... Nopal dan Isterinya juga datang... wahh terharu aku... bagus kawan² Ima ni rajin melawat dan kebetulan anak mereka operation di hospital yang sama... sok sek sok sek... ima cakap tadi doktor masuk ubat lagik... huhuhu.... tapi tak bukak²... still 2cm... aku temani dia disitu sehingga habis waktu melawat tapi kali ni dah jam 7.15 awek guard tak masuk² untuk menghalau aku.. hehehe bagus!!! buleh stay lama²... akhirnya aku memblahkan diri jam 7.30 sebab misi² kat situ dah sok sek sok sek.. dan aku terdengar masa melawat dah habis dorang soksekkan... sampai jer kat luar pintu wad aku senyum kat awek guard tu... hehehe dia termiss menghalau aku dan dia pun balas balek senyumanku yang manja... ahaks!~... sabar jer laa... baby tanak keluar lagik...

10.50 malam... Wife aku call... "Habie datang ke hospital terus ke Labour Room... (dewan bersalin) dah bukak 4cm...." Yahooo!!!! dah bukak! dah bukak! happy sakan aku.. terus aku bangun dari sofa... amek baju... amek kunci.. vroom.... sampai hospital.. kat bawah aku kena tahan.. "iyer encik nak pergi mana" aku terus menjawab... nak naik atas, isteri aku dah nak bersalin suruh naik dewan bersalin.. macik guard kat bawah tu amek IC aku dan tukarkan ic aku kepada Pas Pelawat 4D... sampai jer labour room... aku kena tukar pas lagik... dorang amek Pas Pelawat 4D dan bagi aku Pas Pelawat Dewan Bersalin... huhuhu sungguh secure systems dorang... dan akhirnya aku masuk bilik bersalin no. 8... dan melihat isteri aku yang tenang berbaring di atas katil. Dia lemparkan aku sebuah senyuman... Alhamdulillah... semuanya OK!!!

13 Oktober 2009 (Selasa)
12.01 pagi.... waktu ni wife aku takde rasa apa² lagi.. aku sembang² kosong dalam bilik tu... aku tertanya²... lama lagik ker baby nak keluar ni... dah 5cm ... jam 1.00 pagi... misi masuk dan check lagi... dan kali ni dia kata dah bukak 6-7cm... huhuhu... kalau ikut kiraan sejam bukak 1cm... bersalin kena tunggu sampai 10cm baru buleh baby keluar... aku sentiasa pegang tangan wife aku... bersabar... Jam 2 pagi... misi masuk dan check lagik... 7-8cm dah... waktu ni isteri aku mengadu perut dia sakit²... macam senggugut... 3.00 pagi misi check lagi... dan cm, isteri aku mengadu sakit... tak dapat aku gambar kesakitan yang dia rasakan... sehingga dia ingin berdiri, rasa macam nak bangun dari katil tersebut... akhirnya misi benarkan dia duduk dikatil... aku panik... tapi misi² dalam bilik tu rileks jer... misi cakap suruh wife aku baring... senang sikit nanti baby nak keluar... wife aku masih mengerang kesakitan... dan ada rasa macam nak berak... misi cek lagi dan kali ni dah full 10cm.
.....................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................

3.25pagi... Aku saksikan segalanya... Alhamdulillah my baby boy selamat dilahirkan dan my wife menangis tanda kegembiraan... ku pegang erat tanggannya... ku kucup dahinya... Alhamdulillah... semuanya dah settle... setelah baby misi bersihkan... baby di letakkan di dada wife aku.. dan aku azankan ditelinganya... di dakapan isteri... (touching wooo!!!)... baby sihat dan sungguh montel... berat dia 3.53KG... misi ambik baby semula... bagi dokumen untuk wife aku tandangan....


Saat² ini memang tidak akan dapat aku lupakan...

Bersambung....

Friday, October 9, 2009

DiGi BroadBand

Kali ni aku nak kongsikan sikit pasal DiGi BroadBand, kepada kawan² yang masih tercari² line manakah yang elok untuk berinternet aku nak suggest @ promot DiGi Broadband ni. Seperti yang aku nyatakan dalam entry aku yang lepas mengapa aku berehat seketika daripada berblog adalah salah satu sebabnya line internet kat rumah aku ada problem. Sebelum ni aku guna P1, line memang hampeh... sebab area aku out of coverage, mula² guna dulu memang ok sikit lah tapi sebab perkhidmatan tersebut kurang memuaskan aku terpaksa pulangkan modem wifi P1 kat Jalan Templer. Alhamdulillah dorang batalkan kontrak aku yang dua tahun tu sebab aku dah banyak kali buat aduan kat dorang punya Customer Service... Bila dapat tahu jer jalan untuk terminatekan perkhidmatan tersebut tanpa berlengah² aku terus pegi. Itu pun dengan surat rasmi sebagai sokongan... kalau tak aku kena bayar baki kontrak aku... pergghh... kepada rakan² yang nak apply apa² perkhidmatan lepas ni sila pastikan T&C dia betul² sebelum submit. Bukan aku nak kata P1 tak bagus... tapi dah memang out of coverage nak buat camanakan? Masa daftar dulu promoter dia cakap Boleh! Boleh!... ok arr stop cerita pasal P1.

Last 2 week aku pegi Lawyat carik windows xp original untuk company wife aku, dan kebetulan masa nak balik aku nak tukar DiGi Prepaid aku kepada Postpaid... Dalam masa penukaran, Promoter DiGi tu promot aku tentang DiGi Broadband dan dia pun mula laa bla bla bla dan aku mula rasa tertarik. Waktu tu dorang buat promotion untuk DiGi Broadband RM88 sebulan (Unlimited + Free Modem) dengan Download 700kbps / Upload 200kbps daftar RM100 jer... nanti RM88 daripada RM100 tu dorang akan deduct untuk bulan pertama. So pendaftaran dia takde Fee!!! (Percuma dan Takde Kontrak!) Aku daftar 28 September so 28 November baru bayar... kira ok la kan? bulan² bayar 88 hengget dan takde charge terlindung! Dorang akan bagi Trial dalam masa 7 hari.. so dalam masa 7 hari tu kalau perkhidmatan tak memuaskan wang akan dikembalikan 90%.

Bila sampai jer rumah aku terus test line dia... PERGHHH!!! memang MANTOP!!! tak sia² aku register, aku terus download Movie Naruto Shippuuden dan Bleach The Movie... yang dah lama aku nak tengok, buleh tahan laa... boleh cecah sehingga 140kb/sec dan kat bawah ni aku amek skit screenshot speed meter...

Sedut guna IDM

Test Guna DiGi Website

Test Guna P1 Website

Thursday, October 8, 2009

Update Gambar Raya


Tahun ni raya tak seberapa sebab tak dapat balek ke kampung halaman di Sandakan, namun raya musti raya kan? Baju raya orang rumah belikan... kira sedondon gak laa(main beli jer) dan kebetulan kakak aku di Kajang pun pakai warna yang sama. Kerana wife Due dekat² time tu so kami hanya dapat beraya di KL sahaja tapi sampai sekarang baby tanak kuar lagi... huhuhu...

wife aku due 3 Oktober dan skrg ni hanya menunggu hari sahaja lagi... masa hari due hari tu kitaorang ada pegi scan dan alhamdulillah semuanya ok... dan just tunggu baby nak keluar jer... doktor cakap baby terlalu selesa dalam perut Umi dia... huhuhu... ok laa tanak merepek lagi ni sedikit gambar raya aku nak tepek.




Wednesday, October 7, 2009

Kembali BerBlog Yiiihaaa!!!

Salam... Alhamdulillah akhirnya kini aku kembali, sekian lama menyepi dan sekarang rasa tak tau plak nak posting apa, apapun terima kasih kepada rakan² yang terus berkungjung kesini. Ada banyak soalan dan request yang diajukan, Insyallah aku usahakan untuk settlekan sehari dua ni. Sepanjang berehat daripada berblog banyak perkara yang nak aku kongsikan dengan rakan². Oh ya! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... Raya sebulankan? Cerita raya tahun ni tak semeriah tahun lepas sebab tak dapat balik kampung tahun ni, cuti pun tak apply, namun ada jugak laa dua tiga rumah yang aku kunjungi termasuk rumah kakak aku di Kajang. Gambar Raya tak banyak tahun ni, tapi aku akan try upload malam ni sebab gambar tu aku belum transfer ke PC.

Salah satu sebab aku terpaksa berehat berblog sebenarnya sebab aku dah berhenti menggunakan perkhidmatan internet P1 di rumah atas sebab-sebab tertentu. Sekarang aku telah beralih kepada DiGi Broadband dan alhamdulillah perkhidmatannya cukup memuaskan. Nanti aku try buat posting untuk DiGi Broadband supaya kita buleh berkongsi mengenainya. Slow² aku akan rajinkan diri untuk membuat posting disini walaupun masa aku terhad kerana ada 2-3 blog yang perlu aku update dan web company yang masih dalam proses. Kalau nak tahu aku kerja apa kawan² buleh layari web company aku di http://www.buspowersystems.com.

Ok laa setakat ni sahaja buat kali ni, lepas ni aku nak update Lagu dan Lirik... banyak request dan lagu yang perlu diupdate. See Ya!~

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya, S.I.I Berehat...

Salam... Terlebih dahulu aku nak bagi kad raya di atas ni kepada semua follower dan pengunjung S.I.I, Alhamdulillah dalam kesibukan ni sempat jugak aku create kad raya ni, mungkin masih awal untuk aku ucapkan tetapi memandangkan selepas ni teramat banyak kerja dan perkara yang perlu dilakukan aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" yang bakal kita rayakan dalam minggu ni (Insyallah).

Macam mana persiapan Aidilfitri tahun ni? Mesti meriahkan seperti tahun² yang lalu... Namun tahun ni amat mencabar bagi aku kerana terpaksa beraya di KL dan tidak dapat balik cuti ke Sandakan seperti tahun² sebulannya. Kena wajib beraya di sini sebab my wife dah masuk 38 minggu dan bila² masa sahaja boleh melahirkan anak sulung kami. Insyallah semuanya selamat.

Selepas ni mungkin aku akan berehat sementara untuk berblogging memandangkan banyak perkara yang perlu di lakukan, banyak posting yang perlu di ubah didalam blog ini terutama sekali di bahagian SII Muzik sebab bandwith exceeded hari tu. Maaf kepada pengunjung tidak dapat aku jawab soalan dan sediakan request, Insyallah sekembalinya aku nanti... Aku akan cuba yang terbaik...

Wassalam...

Thursday, September 10, 2009

Waarrgghh!!! Bandwidth Exceeded

Salam... terlebih dahulu aku ingin memohon maaf atas kesulitan yang terdapat pada blog yang pernah aku service atau pernah menggunakan perkhidmatan SII. Untuk makluman, kesemua gambar yang diupload melalui Photobucket tidak dapat dipaparkan seperti sediakala kerana telah mencecah limit dan bermaksud aku kena update daripada free kepada berbayar. Dah lama aku nak nak bayar tapi aku tak reti buat transaction luar negara ni lebih² guna Dollar, So untuk temporary aku dah masukkan kesemua gambar tersebut kedalam hosting berbayar sementara sehingga aku dapat hosting sendiri.

Jika anda menggunakan sebarang gambar daripada Photobucket sila ubah LINK url gambar tersebut daripada photobucket ke buspowersystems.

contoh :

http://i278.photobucket.com/albums/kk115/jiwangzz/merdeka.gif

Kepada

http://www.buspowersystems.com/jiwangzz/merdeka.gif

Harap Maaf.

Yang Betul
Ady Syam,
Anak Islam Sahabat Alam.
Di Sini Kita Bertemu Dan Saling Bertukar Ilmu.

Tuesday, August 25, 2009

Dapat Hadiah

Fuh!~ Lama tak posting , company baru ni buat aku banyak keja . Minggu lepas aku turun Kajang untuk ambil Lesen P yang dah keluar, Dah lama keluar tapi baru ada kesempatan nak ambil. Masa aku sampai kat Kedai, Abang aku bagi bungkusan Pos Malaysia berdaftar huhuhu... Ada Hadiah!!! Thanx to Sis Zana sebab sudi bagi aku hadiah, Hadiah ni ole² dari Sis Zana dari Cameron Highland. Teruja dapat hadiah daripada blogger... Sebelum ni aku pernah juga dapat hadiah daripada beliau semasa menang contest teka gambar yang diadakan di dalam blog beliau. 2 kali dapat hadiah teruja gitu... Terima kasih Sis sebab murah hati bagi kita hadiah... Aku sungguh menghargainya... Sis memang best!!!

Mouse Oren dan Kad yang aku pernah memang dulu masa contest


Tepek sama dia! dulu aku ada 4 jer... sekarang dah tambah 2 hadiah daripada Sis Zana.


P/S : Selamat menunaikan ibadah Puasa, rajin² bersedekah di bulan yang mulia ni nanti dapat banyak pahala :)

P/SS: Psssstt... ada nak bagi aku hadiah lagi ker?

Saturday, August 15, 2009

Alhamdulillah... Syahmi Sihat

Salam... Siapa Syahmi? Syahmi adalah bakal nama yang akan kami berikan pada anak sulung lelaki kami, hari tu scan doktor cakap anak lelaki, namun apa pun buleh terjadi atas ketentuanNya, ramai jugak dengar cerita kawan² scan baby girl sekalik keluar dapat baby boy. apa pun kami akan terima seadaanya jika itulah kehendakNya. Nama baby girl pun kami dah prepare... huhuhu semangat nak dapat baby.. semuanya dah prepare awal².

Minggu ni kami telah pergi ke Klinik Kita di Ampang untuk scan baby kali terakhir, dah lama Ima nak buat scan 3D dan finally hasrat beliau tercapai. Pergi hari Isnin hari tu dengan kawan opis Ima, Mumtaj. So kami pergi berempat dengan husband Taj iaitu Has. Last week ada pergi kat pudu tapi takde nasib sebab klinik tu tutup. So minggu ni dorang tag team untuk pergi bersama semula dan di temani suami masing². Thanx Mumtaj dan Has sebab sudi tumpangkan kitaorang.

Masa sampai klinik tu macam biasalah kena tulis borang bagi orang yang pertama kali datang, tapi Mumtaj dah regular kat situ so hanya Ima yang kena isi borang. After isi borang kita duduk sambil tunggu nama kena panggil. Tengah duduk-duduk tu sempat dorang posing dan seperti biasa aku la kena jadi kameramannya.

Peace! Peace! Has tengah sibuk bergayut dengan girlfriendnya.. Opss!! Mumtaj kat sebelah laa heuheuheu.... :)
Pertandingan Perot... Walaupun Ima Due awal dari Mumtaj namum Mumtaj berjaya memenangi kategori ini heuheuheu... wife aku besar tak tak seberapa nampak perot dia

Mumtaj: telefon siapa tu? Girlfriend ker?
Has : Kawan lah...
(heuheuheu)

Selang 5 Minit kemudian... Zarimatul Huda! Nama wife aku disebut dan kami pun masuk kedalam bilik doktor... Huhuhu.. Garang Doktor ni wa cakap lu!!! Tanya Main direct jer... heuheuheu... Tapi Garang² dia aku suka service Klinik ni, sebab semuanya dia beritahu secara detail. Dan aku rasa macam ada sesuatu tak kena pada pertengahan perbualan mereka. Doktor acakp Uri wife aku kebawah sikit, bla bla bla... kemungkinan nanti melahirkan kena operate. "Masyallah" berdebar aku dengar tu... aku pegang bahu Ima... Dia tenung wajah aku... nampak ada perasaan kurang senang disitu... Doktor tu terus dengan penerangan dia dan dia ada cakap yang ini masih peringkat awal type 1 dan 2... Bla bla bla... Darah mesti stabil... Jaga Makan... Bla Bla.. Huh! Best Doktor ni.. tak sangka garang² tapi service baik punya!!! aku ingat lagi doktor tu cakap "Ini delima seorang doktor.. bila kita bagitau perkara sebenar dorang cakap kita menambah²... bila kita tak bagitau nanti dorang cakap kita kerja main-main... lepas tu bila kita cakap orang takut pulak... nanti tak cakap lagi masalah pulak". Thanx Puan Zaimah (Nama Doktor tu).

After scan tu doktor tu ambil gambar 3D baby dalam perut Ima. Waktu ni sayu dan pilu melihat baby gambar baby masih dalam perut... Aku rasa terharu + Gembira dapat melihat baby dalam perut. Doktor cakap montel anak you... macam ikut Ummi dia... Alhamdulillah... Syahmi sihat didalam kandungan. Doktor cakap Due bukan 2 Oktober tetapi 15 Oktober tak silap... Kalau diikut kiraan dalam scan tersebut.

Akhir sekali sebelum meninggalkan bilik Doktor, aku sempat snap screen dia... hehehe aku nak gambar kaler...

Semalam Ima pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan di Ampang untuk pemeriksaan biasa, Sebab berat badan dia naik 2kg masa pemeriksaan sebelumnya so kali ni dia terpaksa minum air gula. Sian sayang di paksa minum air gula pulak... Kat sana ima ceritakan pada doktor berkenaan masalahnya semasa kami di Klinik Kita tempoh hari, Alhamdulillah.. doktor cakap Ima takde risiko sangat untuk melahirkan secara normal, memang ada tanda² uri kebawah tapi peringat awal jer, so kena jaga makan minum... tambah darah... etc... Insyallah buleh. Doakan kami sekeluarga selamat melahirkan zuriat. Amin!

Friday, August 7, 2009

Selamat Hari Jadi Sayang

Genap Jam 12 malam dan aku masih depan pc, pejam celik pejam celik dah masuk 7 Ogos 2009. Bulan ini penuh makna bagi kita Rakyat Malaysia kerana di bulan ini kita akan menyambut hari kemerdekaan ke 52. Dan pada tahun ini, di bulan ini juga Ramadhan akan kunjung tiba, Bulan yang di tunggu-tunggu oleh semua umat Islam untuk menunaikan Ibadah Puasa. Mungkin anda tertanya-tanya tentang tajuk posting aku kali ini, siapakah gerangan yang menyambut hari jadi, tapi sebelum aku meneruskan posting, izinkan jari jemari ini terus menekan "Keyboard" untuk meluahkan segalanya.

Tahun ni cukup bermakna buat aku kerana aku akan bakal bergelar "Abah" (Insyallah). Hari ini genap 32 minggu baby dalam perut Ummi dia... "Sayang sabar ek, lagi sebulan lebih". Melihat wanita hamil di zaman bujang dulu sungguh berbeza bila melihat Insan tersayang bakal melahirkan zuriat sendiri. Aku pasti Abah² di luar sana mungkin juga pernah merasai apa yang aku rasakan sekarang. Satu perasaan yang sukar untuk aku nyatakan, sungguh banyak perasaan tapi ianya menggembirakan. Aku suka letak tapak tangan di perutnya yang bulat dan merasakan gerakan baby di dalamnya, perasaan yang membuatkan aku tenang dan rasa sungguh gembira.

7 Ogos amat bermakna bagi aku kerana tarikh ini merupakan tarikh kelahiran Isteri yang tercinta, "Selamat Hari Jadi Sayang". Semoga dikurniakan kesihatan dan tabah menghadapi dugaanNya. Terima kasih kerana menjaga dan melayan karena diri ini sepanjang kita disatukan.