Sunday, December 6, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang

Salam...
Pejam celik, pejam celik dah setahun usia rumahtangga yang dibina, Masa berlalu begitu pantas dan rasa macam baru semalam jer kahwin (boleh?)... Musim tengkujuh sejuk² begini di akhir tahun teringat detik² pada 6/12/2008. Waktu tu hujan turun dengan gerimis di persekitaran Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan waktu itulah aku melafazkan ikrar pernikahan disaksikan keluarga dan sahabat dengan airmata kegembiraan. Kegembiraan sekali lagi menyerikan rumahtangga yang dibina apabila cahaya mata Muhammad Syahmi Danial selamat dilahirkan pada 13/10/2009. (Heuheuheu... Ekspressnya!)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama sayang... Terima kasih kerana menjaga keluarga yang indah dan sederhana ini... Semoga ikatan kasih cinta ini akan berkekalan selamanya... Sepanjang setahun bersama pelbagai rintangan dan dugaan yang telah kita hadapi bersama... Maafkan aku seandainya sepanjang bahtera yang kita layarkan ini aku tidak dapat memenuhi keinginanmu, aku mengendahkan luahan dan rintihanmu namun kesabaranmu adalah kekuatanku... semoga kita dapat mengharunginya untuk 100 tahun lagi... Tiada kata² dan ungkapan yang mampu ku ucapkan betapa gembira dan bertuahnya diriku memilikimu. Tika ini mataku seakan-akan ingin mengalirkan airmata... (Aku tak cengeng ek!) rasa seakan-akan jer... tapi aku kontrol heuheuheu...

Alhamdulillah....
Wassalam...

P/S : Sekarang ni hujung² tahun, ramai org kahwin... teringat memory tahun lepas.. jom layan Video kat bawah...


5 comments:

KUNTONG said...

Saudara:
Saya panjatkan doa agar rumahtangga saudara terus bahagia hingga bila-bila, semoga hidup anda suami isteri diberkati Allah swt. Amin.

jebat_durhaka said...

selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama ye ady

Suzana Ikram said...

semoga dipjgkan jodoh dan gembira selalu ye ady..

emy/mamasuri said...

selamat menyambut ulangtahun pkahwinan...semoga kekal ke anak cucu..jiwang jugak yek...

fzi said...

Salam...
hepi anniversary...moga sentiasa berbahagia... :)

p/s: tq sediakan banyak lagu kat sini...akak sekeluarga pakat2 ambik masuk blog...thanx