Tuesday, November 10, 2009

Jennifer's Body & Papadom

Lamanya tak tengok wayang... Memandangkan baby Syahmi dah nak dekat² masuk sebulan so aku dah ada chance keluar tengok wayang sebab orang rumah pun dah takde masalah dalam pergerakkan hehehe... Minggu lepas aku layan 2 movie di hari yang berlainan... sebab teramat lah boring tiada aktiviti hujung minggu, sabtu lepas aku layan tengok movie seram... Jennifer's Body lakonan Megan Fox (Heroin Transformer) dan pada hari Ahad pulak aku keluar dengan salah seorang blogger yang lama menyepi iaitu encik PJ Selamba dengan menonton filem Papadom... aku review sikit pasal movie² ni...

Jennifer's Body
Jennifer (Megan Fox) dan Needy (Amanda Seyfried) bersahabat baik di sebuah kolej. Sehingga pada suatu malam jeniffer mengajak Needy kesebuah kelab yang akan didatangi sebuah kumpulan indie band baru. Ahli kumpulan indie band tersebut berniat jahat ke atas Jennifer dan cuba untuk menjadikannya korban pemujaan syaitan agar kumpulan mereka lebih dikenali ramai dan popular mengikut kepercayaan karut mereka. Tiba² kelab tersebut terbakar dan Needy terpisah dengan Jennifer kerana dibawah oleh ahli kumpulan tersebut. Sekembalinya Needy kerumah, dia berjumpa Jennifer dan merasakan satu kelainan berlaku. Hari benganti hari... Jennifer telah berganti menjadi seorang blood sucker... Jennifer mencari mangsa lelaki di kolejnya untuk dijadikan makanan agar dapat kelihatan cantik dan bertenaga. Sehinggalah pada suatu hari teman lelaki Needy menjadi mangsa. pergghh!!! cerita ni seram sejuk kalau tengok... aku tengok movie ni sebab aku minat dengan Megan Fox... kalau seram² tu.. hurmm.. takde laa seram sangat sebab aku tengok Megan Fox ni... cute jer walaupun dah jadi blood sucker... heuheuheu... kalau nak tengok dia punya suspen... ah pergi laa tengok sendiri kat pawagam berhampiram... cerita dia memang best dan aku bagi 4/5 bintang!


Papadom (Buat Papa Diseluruh Malaysia)
Movie Papadom ni telah memenangi 4 anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-22 sebelum tayangannya. Dan setelah menyaksikannya sendiri... memang filem ini berhak mendapat anugerah tersebut. Aku jarang tengok wayang melayu, tapi filem Afdlin kali ini memang memberi kelainanan, dimana plot² cerita filem ini mampu membawa satu panggung gelak bersama dan bersedih.. (huhuhu aku sedih jugak woo tapi aku kontrol).
Papadom diilhamkan daripada perjalanan kisah keluarga Afdlin sendiri lantaran kesibukannya membina kerjaya membuatkan masa untuk bersama family dan anak-anak terbatas. Miasara terpisah dengan Ibunya selepas kemalangan jalan raya bersama, dan papanya encik Saadom seorang peniaga berjaya atas kesungguhan, kerajinan dan dedikasi beliau. Sehinggalah dia sedar bahawa anaknya adalah segala-galanya selepas ketiadaan isterinya, dia menjaga Miasara bagai menatang minyak yang penuh sehingga Miasara dewasa dan masuk ke alam Universiti. Mia berasa sungguh terkongkong atas sikap ayahnya dan ingin melanjutkan Kolej di ibukota agar berjauhan dan ingin berdikari. Perjanjian termetri diantara kedua insan ini namun encik Saadom tidak dapat berjauhan dengan anaknya dan sanggup menjadi pekerja landskap di universiti tempat anaknya belajar. Saksikanlah detik² manis... kehidupan sebuah keluarga antara anak dan bapa yang sungguh menyentuh hati dan memberi pengajaran khususnya buat papa² di Malaysia. Memang tak menyesal kalau tengok!!! 5/5 bintang!!!


P/S : Minggu ni aku ngan PJ tunggu movie 2012 pulak. Ada sesiapa nak join???

8 comments:

JanG45 said...

dah layan jugak citer Jennifer tu..Memang boleh dikatakan best, tapi unsus suspen dalam bab seramnya kurang menyengat..

http://jagindaz.blogspot.com/2009/10/jennifers-body-movie.html

JanG45 said...

bab bodynye tulah buat citer ni jadik tak seram..menggigil je tengok hahaahah

Ady Syam said...

hahah aku setuju bro!!!! hilang keseraman beliau apabila terlihat tubuhnya itu heuheuheu...

LuVidA^^ said...

amboi2...body megan fox lak yg die perati ek =p
ida da tgk jen's body 2x hehee...
papadom xde org bnje agi =(

eh nape abg pj selamba da senyap ek..abg ady...die da g kwen ke? kem slm je la =p

Ady Syam said...

biasa laa luvida... jantan.. :P
best tgk papadom tu.. tak rugik...
pj sibuk nak jadi abah dah kot macam aku... hahaha takde laa... ada tu.. cuma dia jarang2 updated... online selalu...

Anonymous said...

waaaa datink ngn pj x ajak ekh

abe jali said...

lol

Wansteddy Tales said...

kalau tak salah, megan fox tu sbnrnya lelaki. masa remaja megan dah jalani pembedahan jantina sebab dia rasa dirinya bercirikan kewanitaan. wallahualam. sumber dari adikku yang kini geli2 kat megan fox sbb dulu kemain suka kui3...