Friday, October 9, 2009

DiGi BroadBand

Kali ni aku nak kongsikan sikit pasal DiGi BroadBand, kepada kawan² yang masih tercari² line manakah yang elok untuk berinternet aku nak suggest @ promot DiGi Broadband ni. Seperti yang aku nyatakan dalam entry aku yang lepas mengapa aku berehat seketika daripada berblog adalah salah satu sebabnya line internet kat rumah aku ada problem. Sebelum ni aku guna P1, line memang hampeh... sebab area aku out of coverage, mula² guna dulu memang ok sikit lah tapi sebab perkhidmatan tersebut kurang memuaskan aku terpaksa pulangkan modem wifi P1 kat Jalan Templer. Alhamdulillah dorang batalkan kontrak aku yang dua tahun tu sebab aku dah banyak kali buat aduan kat dorang punya Customer Service... Bila dapat tahu jer jalan untuk terminatekan perkhidmatan tersebut tanpa berlengah² aku terus pegi. Itu pun dengan surat rasmi sebagai sokongan... kalau tak aku kena bayar baki kontrak aku... pergghh... kepada rakan² yang nak apply apa² perkhidmatan lepas ni sila pastikan T&C dia betul² sebelum submit. Bukan aku nak kata P1 tak bagus... tapi dah memang out of coverage nak buat camanakan? Masa daftar dulu promoter dia cakap Boleh! Boleh!... ok arr stop cerita pasal P1.

Last 2 week aku pegi Lawyat carik windows xp original untuk company wife aku, dan kebetulan masa nak balik aku nak tukar DiGi Prepaid aku kepada Postpaid... Dalam masa penukaran, Promoter DiGi tu promot aku tentang DiGi Broadband dan dia pun mula laa bla bla bla dan aku mula rasa tertarik. Waktu tu dorang buat promotion untuk DiGi Broadband RM88 sebulan (Unlimited + Free Modem) dengan Download 700kbps / Upload 200kbps daftar RM100 jer... nanti RM88 daripada RM100 tu dorang akan deduct untuk bulan pertama. So pendaftaran dia takde Fee!!! (Percuma dan Takde Kontrak!) Aku daftar 28 September so 28 November baru bayar... kira ok la kan? bulan² bayar 88 hengget dan takde charge terlindung! Dorang akan bagi Trial dalam masa 7 hari.. so dalam masa 7 hari tu kalau perkhidmatan tak memuaskan wang akan dikembalikan 90%.

Bila sampai jer rumah aku terus test line dia... PERGHHH!!! memang MANTOP!!! tak sia² aku register, aku terus download Movie Naruto Shippuuden dan Bleach The Movie... yang dah lama aku nak tengok, buleh tahan laa... boleh cecah sehingga 140kb/sec dan kat bawah ni aku amek skit screenshot speed meter...

Sedut guna IDM

Test Guna DiGi Website

Test Guna P1 Website

14 comments:

Ivy Metaga said...

sememangnya digi broadband mmg best berbanding yg lain, sy pun dah lama pakai digi broadband ni ady hehe..
tapi sy ambik yg rm69 tiap2 bulan tu..

joegrimjow said...

bunyi macam bagus
tapi
broadband..
huhu

azlina said...

maklumat yg berguna sayangnya saya lambat mengetahuinya nak saya di beli celcom brnmd..harga modem je rm 299 punyalah mahal pastu bulanan 68..pakai x sampai seminggu modem buat hal tak detect lngsng la ni htr blk modem dah sembilan hr duk tggu x sampai2 modem baru pun ...geramnya masa nak promote bkn main lagi...

Suzana Ikram said...

wah.. info yg bagus ni. nk cuba jugak la nnti...

Taufik Jusoh said...

apa beza dgn rm69 sebulan tu?

Nurmala Mazlan said...

rasa nyer lepas abis contact ngan streamyx ni ingat nak amik DIGI arr..

Reza said...

Kalau bes sangat - cubalah hantar blog entri ni kat pimpmybroadband.com.my

Ku ingat boleh menang Macbook air!

suhz said...

yeah, digi broadband memang mantop.. dalam kategori wireless broadband.. digi is the best.. dah guna 3 bulan lebih, memang line dia stabil. lokasi kajang :)

Aspalela said...

oh ye ke Digi bodben ni bagus??

Ady Syam said...

DiGi Broadband ada sediakan special price untuk student.. package ada macam²... memang tak rugi kalau register... cubalah!~

Noraselin Samsuri said...

he he org kuning nora dan ixora best friend hek hek..hek

Nur Fatihah said...

mcm best je...huhuhu

Dee said...

kalo dee ada laptop sambar digi broadband gak..tipon pun guna digi je..

emak said...

caye la bro.mntap